awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

EVE Energy bina kilang pembuatan baharu bernilai AS$422 juta di Kedah

Bernama
Bernama
07/08/2023
21:00 MYT
EVE Energy bina kilang pembuatan baharu bernilai AS$422 juta di Kedah
Joe Chen berkata projek awal itu akan dibina secara berperingkat dan tempoh pembinaan tidak akan melebihi tiga tahun. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Pengeluar bateri litium global, EVE Energy Co Ltd, pada Isnin mengumumkan majlis pecah tanah bagi kilang pembuatan baharunya dengan pelaburan awal sebanyak AS$422 juta (RM1.924 bilion) di Kulim, Kedah.
Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dalam satu kenyataan bersama berkata, kemudahan baharu itu, yang akan menjadi kilang ke-53 EVE, bakal menumpukan pada pengeluaran bateri litium ion silinder untuk menyokong alatan kuasa dan pembuatan kenderaan beroda dua elektrik di negara ini dan di seluruh Asia Tenggara.
Pengarah EVE Energy Malaysia Sdn Bhd Joe Chen berkata projek awal itu akan dibina secara berperingkat dan tempoh pembinaan tidak akan melebihi tiga tahun.
"Ini merupakan satu peristiwa penting bagi EVE untuk mengembangkan perniagaan global kami, meningkatkan daya saing komprehensif dan mengembangkan lagi bahagian pasaran global kami.
"Bersandarkan kepada kelebihan domestik dan pengalaman operasi EVE, kami akan membina kilang pengeluaran bateri silinder di Malaysia untuk menyokong kenderaan beroda dua elektrik dan alatan kuasa di Malaysia," katanya.
Sementara itu, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (pembangunan pelaburan) MIDA Lim Bee Vian berkata projek tersebut sejajar dengan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12) dan Dasar Automotif Negara 2020 (NAP) ke arah mencapai pelepasan gas rumah hijau bersih-sifar menjelang 2050.
"Dengan pembinaan kilang pembuatan bateri silinder ini di Malaysia, ia menunjukkan komitmen kita terhadap daya saing di pasaran antarabangsa.
"Upacara hari ini menandakan peristiwa penting yang bukan sahaja memberi manfaat kepada EVE tetapi juga membuka jalan kepada lebih banyak syarikat untuk melabur di Malaysia dalam industri kenderaan elektrik (EV) dan ekosistemnya," tambahnya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pelaburan
#kenderaan elektrik
#MIDA
#gas rumah hijau
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan