Laman sosial paling popular, Facebook mula memikirkan masa depan syarikat itu sekiranya pengasas Mark Zuckerberg dipecat atau mengundurkan diri daripada jawatannya sebagai ketua pegawai eksekutif suatu hari nanti.

Antara yang difikirkan mereka adalah untuk menamatkan kuasa memilih yang dimiliki Zuckerberg dalam syarikat.

Dalam kenyataan Facebook kepada Suruhanjaya Keselamatan dan Bursa Saham, langkah ini penting untuk memastikan Facebook tidak berterusan menjadi syarikat yang dikawal sepenuhnya oleh pengasasnya.

Sekali gus, ia memudahkan pihak syarikat mencari pengganti Zuckerberg untuk mengisi jawatan itu.


Pada masa sama, langkah ini juga diharapkan dapat membantu mengekalkan Zuckerberg sebagai ketua pegawai eksekutif dan bersama Facebook untuk satu tempoh yang lama.

Ia bagaimanapun masih di peringkat cadangan, dan ahli lembaga pengarah perlu mengundi sebelum mengetahui sama ada ia boleh dilaksanakan atau sebaliknya.