Ketidaktentuan ringgit merupakan kesan daripada faktor kumulatif termasuk jangkaan penormalan kadar faedah di Amerika Syarikat.
Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz berkata ia menjejaskan kebanyakan ekonomi negara-negara sedang pesat membangun dan tidak terhad kepada Malaysia.
"Kejatuhan harga komoditi dan tenaga misalnya sekali lagi tidak hanya membabitkan Malaysia. Ada persepsi bahawa Malaysia akan terjejas teruk kerana kita merupakan sebuah ekonomi pengeluar minyak," katanya dalam temu bual 'CNBC Conversation' semasa Forum Kewangan Asia di Hong Kong.
Bercakap kepada pengacara CNBC Asia, Bernard Lo, Zeti menjelaskan Malaysia menyusun semula ekonominya dan mempelbagaikan struktur ekonomi kepada perkhidmatan dan pembuatan.
"Kedua-dua sektor itu menyumbang sebanyak 80 peratus daripada ekonomi kami. Bagi kerajaan, mereka telah melaksanakan pembaharuan fiskal, rasionalisasi subsidi serta GST (Cukai Barang dan Perkhidmatan)," kata Zeti.
Beliau berkata pergantungan kepada hasil minyak telah dikurangkan daripada lebih 40 peratus kepada kira-kira 20 peratus manakala defisit fiskal diturunkan sejak beberapa tahun daripada enam peratus kepada 3.2 peratus.
Katanya, dalam keadaan itu, negara telah mengurangkan pergantungannya terhadap tenaga sebagai sektor ekonomi penting, dari segi struktur ekonomi, pekerjaan dan pendapatan fiskal, namun pasaran masih tidak pulih.
"Justeru itu, kita mempunyai persepsi bahawa setiap kali berlaku pemulihan harga minyak, mata wang akan meningkat.
"Itulah kaitannya dengan mata wang, dan sudah pasti sebarang ketidaktentuan domestik atau ketegangan politik, semua ini menyebabkan kemelut itu, jadi apa kita semua mahu lihat adalah melihat penyelesaian segera kepada semua masalah tersebut," katanya.
Mengenai ekonomi global, beliau berkata ketika ini, terdapat banyak perkembangan yang berlaku, dan pada masa sama turut mempengaruhi pasaran kewangan.
"Pertama, anda menyaksikan perubahan dasar oleh Bank Rizab Persekutuan...penormalan dasar-dasarnya. Kedua, anda berdepan kejatuhan harga minyak serta berlakunya perkembangan geopolitik.
"Tidak ketinggalan perkembangan di China yang menyaksikan ekonominya yang semakin perlahan.
Perkembangan pasaran kewangan mereka telah menjejaskan sistem pasaran kewangan global, jangkaan dan sentimen pelabur pasaran kewangan," katanya.
Bernama
Fri Jan 22 2016
Menurut Zeti, perkembangan pasaran kewangan mereka telah menjejaskan sistem pasaran kewangan global, jangkaan dan sentimen pelabur pasaran kewangan. - Gambar Fail
Pemain ragbi meninggal dunia selepas perlawanan pasukan pilihan MB Kedah
Seorang bekas pemain Sukma Kedah meninggal dunia selepas menyertai perlawanan pertunjukkan pasukan pilihan Menteri Besar Kedah pada Ahad.
OCC: Masih banyak usaha perlu dibuat dalam isu hak kanak-kanak
Masih banyak yang perlu dilakukan kerana Malaysia masih ketinggalan berbanding negara lain dalam menangani isu penderaan dan masalah sosial melibatkan kanak-kanak.
iPad Pro mungkin dijana dengan cip Apple M4 terbaharu, fokus ciri AI
Cip Apple M4 dijangka memfokuskan kepada keupayaan enjin neural yang disertakan bersama dengannya membolehkan ia menawarkan ciri AI yang lebih baik.
Lebih 840,000 permohonan untuk London Marathon 2025 pecah rekod dunia
Jumlah permohonan untuk menyertai larian TCS London Marathon tahun depan telah memecahkan rekod dunia.
WEF: Anwar jumpa 50 pemimpin industri & perniagaan, yakin pelabur bernilai tinggi pilih Malaysia
Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan keyakinan lebih banyak pelabur bernilai tinggi akan memilih Malaysia sebagai destinasi pelaburan mengikut jejak langkah syarikat-syarikat gergasi seperti Tesla, AWS, Infineon dan Nvidia.
AWANI Ringkas: Ikut jejak syarikat gergasi lain
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Bursa Malaysia dibuka tinggi seiring prestasi Wall Street
Bursa Malaysia dibuka rendah pada Isnin, mengambil petunjuk pasaran serantau dan kenaikan di Wall Street pada hari Jumaat.
Kementerian Perpaduan kaji keperluan pelan tindakan pendidikan & penghargaan Rukun Negara
Kementerian Perpaduan Negara melalui Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional akan mengkaji keperluan untuk melancarkan Pelan Tindakan Pendidikan & Penghargaan Rukun Negara sejajar dengan Dasar Perpaduan Negara 2021-2030.
Akta pekerjaan bagi lindungi pekerja OKU/Autistik diperlukan
Beatrice yang juga merupakan individu autistik berkata, bagi mengadakan akta atau menggubal dasar berkaitan, kerajaan perlu libatkan lebih banyak golongan autistik sebagai pemegang taruh utama.
Mesyuarat FOMC: The Fed dijangka kekalkan kadar faedah Mei 2024
Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, ia selepas unjuran awal beberapa pakar ekonomi melihat The Fed masih belum cukup yakin dengan usaha menurunkan kadar inflasi di negara itu.
Rizab Antarabangsa BNM berjumlah AS$113.4 bilion pada 15 April 2024
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah US$113.4 bilion pada 15 April, 2024 berbanding dengan US$113.8 bilion pada 29 Mac, 2024.
BNM sedia guna instrumen, pastikan pasaran kewangan Malaysia kekal teratur
Operasi pasaran BNM akan memastikan mudah tunai yang memadai serta pasaran pertukaran asing berfungsi secara teratur.
Rizab antarabangsa BNM AS$113.8 bilion
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah AS$113.8 bilion pada 29 Mac 2024.
Pemecatan salah: Bekas pengurus menang saman terhadap BNM
Mahkamah Tinggi hari ini memutuskan bahawa pemecatan bekas pengurus Bank Negara Malaysia (BNM) kerana menyertai aktiviti politik pada 2016 sebagai tidak sah dan menyalahi undang-undang.
Aset rizab rasmi Malaysia AS$114.28 bilion akhir Februari 2024 - BNM
Aset rizab rasmi Malaysia berjumlah US$114.28 bilion pada akhir Februari 2024 manakala aset mata wang asing lain adalah US$202.69 juta (US$1=RM4.73), kata Bank Negara Malaysia (BNM).
OPR Malaysia dijangka kekal stabil pada 3.0 peratus sepanjang 2024 - PIVB Research
Ini selaras dengan pandangan BNM bahawa tahap OPR semasa mencerminkan pendirian dasar monetari yang menyokong serta kondusif kepada ekonomi.
Jualan asing di Bursa Malaysia susut 24.4 peratus minggu lepas
MIDF Research berkata pelabur asing merupakan penjual bersih dari Isnin hingga Rabu, menjual ekuiti bernilai RM757.5 juta.
Ringgit dibuka rendah sedikit menjelang pengumuman data IHP
Pada 9.05 pagi, ringgit turun kepada 4.7390/7430 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.7340/7390 pada Jumaat minggu lepas.
Inflasi kos perubatan dorong peningkatan kadar premium insurans - Timbalan Menteri Kewangan
Inflasi kos perubatan tinggi dan trend penggunaan perkhidmatan kesihatan yang semakin meningkat merupakan antara faktor utama yang mendorong peningkatan kadar premium MHIT.
Bagasi berisi wang tunai lebih RM500,000 ditemukan, polis kesan pemilik
Seorang pengawal keselamatan menemukan sebuah bagasi berisi wang tunai berjumlah lebih RM500,000 di tempat letak kereta di sebuah pusat beli-belah di Damansara pagi semalam.