Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) menyasarkan peningkatan jualan produknya sebanyak RM1.9 bilion tahun depan berbanding RM1.7 bilion setakat ini.
Ketua Pengarah FAMA Datuk Ahmad Ishak berkata sasaran itu yakin dicapai berdasarkan prestasi memberangsangkan setiap tahun dan trend peningkatan penjualan produknya iaitu kira-kira RM200 juta setahun.
"Penyumbang utama kepada peningkatan ini dijangka melalui projek Pasar Tani iaitu sebanyak RM800 juta sehingga Ogos tahun ini," katanya kepada Bernama selepas menjadi tetamu dalam rancangan 'Ala Carte' terbitan Bernama Radio24 sempena sambutan ulang tahun ke-50 FAMA di sini, hari ini.
Ahmad Ishak berkata selain pasar tani, projek lain termasuk Agrobaazar Kedai Rakyat 1Malaysia, Gerai Buah-buahan Segar (GBBS), Pasar Bergerak 1Malaysia dan Karavan Tani yang semakin mendapat sambutan.
Katanya, FAMA berjaya mewujudkan sebanyak 71,564 usahawan pemasar dan meningkatkan jualan produknya dalam usaha menyumbang kepada agenda pembangunan negara khususnya dari segi peningkatakan ekonomi dan pembangunan usahawan serta menangani kos sara hidup rakyat.
Mengulas misi dan cabaran FAMA selama 50 tahun, Ahmad Ishak berkata lembaga itu sentiasa memastikan ia kekal relevan sepanjang zaman dalam meningkatkan perkhidmatan pemasaran produk agro makanan negara ke tahap yang lebih tinggi.
"Sejak penubuhan FAMA pada 30 Sept 1965 hingga 30 Sept 2015, FAMA banyak berbakti kepada negara dalam membantu petani, usahawan Industri Asas Tani (IAT), pemasar dan pengguna di sepanjang rantaian bekalan agro makanan negara.
"Dalam tempoh itu juga, kita berjaya mendidik usahawan tani agar dapat memahami mengenai trend pemasaran, kompeten dalam menginterprestasi maklumat pasaran, faham dan mengadaptasi amalan dalam pemasaran agar produk dapat dipasarkan serta memperoleh pendapatan setimpal," katanya.
Selain itu, katanya FAMA telah melahirkan usahawan berjaya sebagai pemasar, pengeksport, pemproses dan pengeluar, serta memperkenal dan mempromosikan produk agro makanan Malaysia ke peringkat antarabangsa.
FAMA juga katanya, membeli hasil keluaran petani dalam pelbagai keadaan bagi memastikan petani yang tidak mampu menjual sendiri mendapat pasaran dan harga yang setimpal terutama apabila berlaku lambakan.
Mengulas acara sempena sambutan ulang tahun itu yang berlangsung dari 4 hingga 6 Dis depan di Dataran Merdeka, Ahmad Ishak berkata ia bakal mengadakan pelbagai aktiviti.
Antaranya, pesta Dagangan dan karnival/festival, pameran, promosi dan jualan, pendedahan dan perkongsian maklumat terkini, penonjolan usahawa muda, sajian makanan popular dan peluang berinteraksi serta membina jaringan perniagaan antara pemain dalam sektor pertanian.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka merasmikan sambutan berkenaan pada 3 petang, 5 Dis ini.
Objektif sambutan itu antara lain memberi pendedahan dan meningkatkan tahap pengetahuan masyarakat mengenai peranan FAMA dan menawarkan perkhidmatan pemasaran kepada masyarakat umum khasnya kumpulan sasar, katanya.
Bernama
Fri Nov 27 2015
FAMA telah melahirkan usahawan berjaya sebagai pemasar, pengeksport, pemproses dan pengeluar, serta memperkenal dan mempromosikan produk agro makanan Malaysia ke peringkat antarabangsa. - Foto FAMA
Qatar akan buka semula kedutaan di Damsyik selepas 13 tahun
Doha akan membuka semula kedutaannya di Syria tidak lama lagi selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.
Rusia: Penipu curi puluhan juta dolar melalui pusat panggilan ditahan
Penipu yang mencuri puluhan juta dolar daripada penduduk lebih 20 negara melalui tiga pusat panggilan telah ditahan di Moscow.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Ladang tembikai wangi premium pertama di Malaysia: Mardi, Fama beri khidmat rundingan
Antara bantuan yang diberikan Mardi dan FAMA ialah khidmat rundingan berhubung pengendalian lepas tuai.
Lebih 85,000 anak pokok terjual di MAHA 2024
Lebih 85,000 anak pokok dijual sepanjang Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2024 yang boleh memanfaatkan tanah seluas 839 hektar.
MAHA 2024 catat 2.3 juta pengunjung setakat hari ketujuh
FAMA yakin sasaran tiga juta pengunjung pada MAHA 2024 yang sedang berlangsung di MAEPS Serdang ini mampu dicapai dalam tempoh terdekat.
FAMA Fest 2024 catat nilai jualan RM8.4 juta di tujuh negeri - Arthur
Program itu memberi manfaat kepada 808 usahawan serta dimeriahkan dengan kehadiran sebanyak 459,417 pengunjung.
FAMA sasar RM5 juta jualan di MAHA 2024
Sasaran itu meliputi lima kluster termasuk Kingdom of Agro Food; Food Empire & Food Viral; Food Truck Fiesta; Food Trade dan Rhythm of Farmers.
FAMA, TikTok anjur Kursus Pemasaran Digital buat usahawan OKU
FAMA dengan kerjasama TikTok Shop menganjurkan Kursus Upskilling Live Marketing bagi meningkatkan kemahiran usahawan OKU dalam pemasaran digital bermula Jumaat hingga Ahad lepas.
Ekspo Malaysia Fest sasar jualan RM20 juta, 140,000 pengunjung di Singapura
Ekspo Malaysia Fest 2024 selama empat hari bermula Khamis di Singapore Expo, Changi, menyasarkan nilai jualan langsung hampir RM20 juta dan 140,000 pengunjung.
Diskaun saman PDRM di pelancaran Bulan Kebangsaan di Cyberjaya
Orang ramai berpeluang menikmati tawaran pengurangan kadar kompaun saman PDRM sehingga 50 peratus pada Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2024.
Jelajah di Sabah diharap tarik pengunjung ke MAHA 2024 di MAEPS September ini
Jelajah Road to MAHA@Sabah bermula di Kota Kinabalu semalam, diikuti ke Kota Belud, Kundasang, Telupid dan berakhir di Sandakan.
FAMA sasar RM2 juta nilai jualan Karnival Agro Madani 2024
Aminuddin berkata karnival itu dijangka mampu menarik lebih 200,000 pengunjung dengan penyertaan seramai 689 usahawan.