awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 14,000 penerbangan dibatalkan susulan ribut musim sejuk di AS
Dua gol Mbappe lonjak Real Madrid ke puncak La Liga
Amanah Perak bimbang Musyawarah Nasional tidak berjaya
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Felda lanjut tarikh tutup tawaran ambil alih FGV kepada 15 Ogos

Bernama
Bernama
03/07/2025
22:30 MYT
Felda lanjut tarikh tutup tawaran ambil alih FGV kepada 15 Ogos
Felda mengumumkan pelanjutan tawaran pengambilalihan sukarela tanpa syarat untuk baki saham dalam FGV Holdings Bhd (FGV), kepada 5 petang, Jumaat, 15 Ogos 2025 sebagai tarikh kedua dan tarikh tutup terakhir bagi penerimaan.
KUALA LUMPUR: Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) pada Khamis mengumumkan pelanjutan tawaran pengambilalihan sukarela tanpa syarat untuk baki saham dalam FGV Holdings Bhd (FGV), kepada 5 petang, Jumaat, 15 Ogos 2025 sebagai tarikh kedua dan tarikh tutup terakhir bagi penerimaan.
"Tiada pelanjutan lagi selepas tarikh tutup tawaran itu," kata Maybank Investment Bank Bhd (Maybank IB) dalam satu kenyataan bagi pihak Felda.
Felda telah menghantar dokumen tawaran bagi rancangannya untuk menswastakan FGV Holdings pada 16 Jun, dengan tawaran RM1.30 sen setiap saham dijadualkan, dengan tarikh tutup tawaran pada 5 petang, Isnin, 7 Julai, melainkan ia dilanjutkan.
Setakat semalam, Felda dan pihak yang melaksanakan langkah pelaburan untuk mencapai matlamat yang sama memegang 3.24 bilion saham FGV, mewakili 89 peratus daripada jumlah saham terbitan syarikat. Mereka mempunyai 3.19 bilion saham atau 87.46 peratus pada tarikh tawaran.
"Pemegang yang masih belum, tetapi berharap untuk menerima tawaran itu dinasihatkan untuk merujuk kepada dokumen tawaran untuk butiran, terma dan syarat tawaran serta prosedur untuk penerimaan tawaran dan mempertimbangkan dengan teliti pekeliling penasihat bebas bertarikh 26 Jun, 2025, sebelum membuat sebarang keputusan," kata kenyataan itu.
Terdahulu, pada 26 Mei, 2025, Maybank IB bagi pihak pembuat tawaran, menyampaikan notis itu kepada Lembaga Pengarah FGV, memaklumkan hasrat Felda untuk melaksanakan tawaran pengambilalihan sukarela tanpa syarat.
FGV yang membuat penampilan sulungnya di Pasaran Utama Bursa Malaysia pada 2012 pada RM4.55 sesaham, berjaya memperoleh RM10.5 bilion dalam salah satu tawaran awam permulaan terbesar di Malaysia.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Felda
#pengambilalihan sukarela
#FGV Holdings
#maybank investment
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan