KUALA LUMPUR:Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) yang memiliki 21.24 peratus kepentingan dalam FGV Holdings Bhd, akan meningkatkan pegangannya kepada 35.12 peratus selain bercadang mengambil alih saham persendirian syarikat itu pada RM1.30 sesaham.
FELDA telah memeterai perjanjian belian saham bersyarat dengan Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) membabitkan sejumlah 222.48 juta saham FGV yang mewakili 6.1 peratus pada harga RM289.2 juta atau RM1.30 sesaham.
Dalam kenyataan hari ini, Maybank Investment Bank Bhd (Maybank IB) berkata FELDA turut memeterai perjanjian pembelian saham dengan Urusharta Jamaah Sdn Bhd membabitkan pembelian sebanyak 283.71 juta saham FGV yang mewakili 7.78 peratus kepentingan ekuiti dalam FGV pada harga RM368.8 juta atau RM1.30 sesaham.
Apabila cadangan pengambilalihan itu selesai, FELDA berserta pihak yang berkepentingan sama (PAC) akan secara kolektif memegang lebih daripada 50 peratus saham-saham FGV.
"Selain itu, apabila perjanjian pembelian saham bersyarat (CSPA) menjadi tidak bersyarat, FELDA akan menyerahkan notis tawaran mandatori kepada Lembaga Pengarah FGV," kata Maybank IB yang turut berperanan sebagai penasihat prinsipal FELDA terhadap cadangan-cadangan tersebut.
Cadangan pengambilalihan itu turut menjadi peluang untuk FELDA mendapatkan kawalan statutori ke atas FGV berserta pihak PAC bagi meneruskan pelan transformasi dan penstrukturan semulanya dan syarikat-syarikat berkaitannya untuk memperkukuh perniagaan teras dalam sektor perladangan.
"Usaha pengambilalihan itu akan meningkatkan keupayaan FELDA untuk menguasai tanah ladang dan penyepaduan rantaian nilai FGV dan anak-anak syarikatnya.
"Ini akan membuka jalan bagi kerjasama lebih besar dalam aktiviti perniagaan FELDA dan FGV Group selain memberi akses terhadap aktiviti hiliran yang dinilai tambah tinggi dan dilaksanakan oleh FGV dalam sektor perladangan," kata Maybank IB.
Pada masa sama, pengambilalihan itu dijangka menyumbang secara positif terhadap pendapatan FELDA di masa depan serta mewujudkan sinergi mantap dengan kumpulan FELDA secara meluas dan membolehkan agensi itu mempunyai aliran tunai kukuh bagi meningkatkan semula prestasi dan kemampanannya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 08 2020
Apabila cadangan pengambilalihan itu selesai, FELDA berserta pihak yang berkepentingan sama (PAC) akan secara kolektif memegang lebih daripada 50 peratus saham-saham FGV. - Gambar fail
Penyakit berkaitan haba dikhuatiri meningkat di Gaza
Penularan penyakit berkaitan haba panas menjadi kebimbangan terbaharu di Gaza selepas suhu luar jangka melampau melanda wilayah itu setiap hari. Ia sudah semestinya diburukkan lagi dengan kekurangan air bersih dan ketiadaan sistem pembuangan sisa pepejal yang sepatutnya wujud di sesebuah kawasan didiami manusia.
Ilhan Omar melawat peserta tunjuk perasaan
Wakil Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Ilhan Omar mengadakan lawatan di kampus penyokong Pro Palestin di Universiti Columbia New York pada Khamis.
Dua lelaki didakwa jadi 'tali barut' kepada China
Dua lelaki yang mana salah seorangnya pernah bertugas di Parlimen United Kingdom (UK) enjalani proses perbicaraan di mahkamah London pada Jumaat selepas didakwa menjadi tali barut menyalurkan maklumat sulit kerajaan kepada negara tembok besar itu.
Polis serbu pejabat 'Save the Children' di Guatemala
Polis Guatemala melakukan serbuan mengejut ke atas pejabat-pejabat Pertubuhan Save the Children di pelbagai lokasi di negara itu. Ia bagi mencari bukti dakwaan pertubuhan yang memperjuangkan kebajikan kanak-kanak itu, terlibat dalam jenayah penderaan terhadap golongan itu.
LIMA '25 dianjurkan pada 20-24 Mei tahun depan
Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LlMA ‘25) akan dianjurkan pada 20 hingga 24 Mei tahun depan bertemakan Innovate Today, Thrive Tomorrow.
Malaysia komited tingkat hubungan dua hala bersama Libya
Malaysia terus komited mempertingkatkan hubungan dua hala yang berterusan bersama Libya demi manfaat bersama dalam pelbagai sektor.
Demi rakyat, Zahid-Muhyiddin henti saman fitnah
Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersepakat untuk menamatkan pertikaian peribadi antara mereka.
Sultan Selangor berangkat ke Majlis Bacaan Yassin di Pangkalan TLDM
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkenan berangkat ke Pangkalan TLDM Lumut di Perak bagi menghadiri Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Khutbah Khas sempena Sambutan Hari TLDM ke-90.
PM Anwar pulangkan elaun Pengerusi Khazanah
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau memulangkan elaun sebagai pengerusi Khazanah Nasional Berhad yang diterimanya dan sekali lagi menegaskan tidak menerima gaji bagi jawatan Perdana Menteri yang disandangnya sejak November 2022.
10 Berita Pilihan - (26 April 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Beli kondo mewah: Isa Samad, Mohd Emir diperintah bayar RM3.31 juta kepada FGV
Mahkamah Tinggi memerintahkan bekas Mohd Isa dan bekas Mohd Emir membayar lebih RM3.31 juta kepada syarikat itu berhubung pembelian dua unit kondominium mewah di ibu negara.
Keuntungan bersih FGV turun kepada RM103 juta bagi tahun kewangan 2023
Keuntungan perniagaan perladangan sebelum zakat dan cukai merosot daripada RM2.12 bilion kepada RM294.82 juta.
Syarikat milik FGV dianugerah RM12.6 juta kes tamat kontrak bina rumah pekerja
AIAC memutuskan Multazam Development membayar FGV Plantations RM12.52 juta.
FGV bayar balik RM72.2 juta yuran pengambilan kepada 19,673 pekerja migran
FGV membayar balik yuran pengambilan berjumlah RM72.2 juta kepada 19,673 pekerja migrannya dalam usaha menangani Perintah Pelepasan Penahanan (WRO) Jabatan Kastam dan Perlindungan Sempadan AS.
FGV komited sokong agenda keselamatan makanan negara
Razak berkata sekiranya semua petani dapat menggandakan hasil, negara tidak perlu lagi bergantung kepada import.
LZS kutip RM562 juta zakat setakat Julai tahun ini
Lembaga Zakat Selangor (LZS) berjaya mengutip zakat berjumlah RM562 juta sehingga Julai tahun ini, dengan RM89 juta daripadanya merupakan zakat perniagaan.
FGV di landasan capai 50 peratus dapur isi rumah Malaysia guna jenama makanannya pada 2030
Saji dinobatkan sebagai 'Jenama Terunggul dengan Pertambahan Pembeli Terbanyak pada 2022' oleh Kantar.
1.3 juta hektar tanaman sawit di Malaysia miliki MSPO - Fadillah
1.3 juta hektar tanaman sawit di negara ini telah dipersijilkan dengan MSPO, 661,844.12 hektar daripadanya milik pekebun kecil persendirian.
FGV lantik semula Shahrol Anuwar sebagai pengerusi interim
Shahrol Anuwar akan mengambil alih peranan baharu itu sehingga pelantikan pengerusi baharu oleh Pemegang Saham Khas FGV.
Keuntungan bersih FGV naik kepada RM1.32 bln untuk tahun kewangan 2022
Peningkatan disebabkan harga purata minyak sawit mentah yang lebih tinggi dan sumbangan lebih baik daripada logistik perniagaannya.