awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kadar zakat fitrah di Pulau Pinang RM10, RM15 dan RM25
Perselisihan faham dengan kelab, Ronaldo tidak beraksi untuk Al Nassr
Datuk Bandar KL diarah perkemas SOP DBKL, tutup ruang rasuah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

FGV diberi masa 6 bulan lagi untuk patuh keperluan pemegangan saham awam

Bernama
Bernama
31/01/2022
12:08 MYT
FGV diberi masa 6 bulan lagi untuk patuh keperluan pemegangan saham awam
FGV Holdings Bhd diberi tempoh lanjutan enam bulan lagi oleh Bursa Malaysia Securities Bhd (Bursa Securities) untuk mematuhi syarat berkaitan Keperluan Tebaran Pemegangan Saham Awam bursa. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: FGV Holdings Bhd telah diberi tempoh lanjutan enam bulan lagi oleh Bursa Malaysia Securities Bhd (Bursa Securities) untuk mematuhi syarat berkaitan Keperluan Tebaran Pemegangan Saham Awam bursa.
Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini, FGV berkata ia telah dimaklumkan oleh Bursa Securities dalam surat bertarikh 28 Jan, 2022 mengenai tempoh lanjutan berkenaan sehingga 3 Ogos, 2022 bagi membolehkannya mematuhi keperluan berkaitan Ketetapan Penyenaraian Pasaran Utama.
"Mengikut Rekod Pendeposit, tebaran pemegangan saham awam syarikat terus berkurangan daripada 13.69 peratus setakat 30 Jun, 2021 kepada 13.07 peratus setakat 31 Dis, 2021.
"Syarikat juga masih belum mematuhi ketetapan tebaran pemegangan saham awam dan akan terus melakukan libat urus dengan pemegang saham utama berkaitan rancangan untuk menangani kekurangan tersebut dalam tempoh masa diberikan oleh Bursa Securities," katanya.
Menurut FGV, ia akan turut membuat pengumuman sewajarnya berkaitan status usahanya dalam mematuhi ketetapan terbabit.
Dalam dagangan separuh hari pada Isnin, saham-saham FGV naik 0.66 peratus kepada RM1.53 dengan 1.11 juta saham-saham saling berpindah tangan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#FGV Holdings
#Bursa Malaysia
#Bursa Malaysia Securities Bhd
#Bursa Securities
#Keperluan Tebaran Pemegangan Saham Awam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan