awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rose, Bruno Mars buka Anugerah Grammy dengan persembahan bertenaga
LHDN kenal pasti 14,858 pemastautin cukai Malaysia dengan baki kewangan luar negara lebih RM10bilion
Polis keluar 247 saman, sita 117 motosikal dalam operasi bersepadu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

FGV kembali untung tahun ini

Najib Aroff
Najib Aroff
28/05/2018
05:46 MYT
FGV kembali untung tahun ini
Keuntungan Selepas Cukai FGV cecah RM8.47 juta berbanding rugi R M32.20 juta dalam suku sama. - Foto AstroAWANI
Sinar baharu buat Felda Global Venture Holdings Berhad (FGV) apabila merekodkan keuntungan RM26.22 juta bagi suku pertama tahun kewangan berakhir 31 Mac 2018.
Ia berbanding kerugian RM32.26 juta suku sama tahun lepas.
FGV dalam kenyataan berkata prestasi cemerlang itu dipacu peningkatan produktiviti selain sumbangan lebih baik sektor gula serta Logistik dan Perniagaan Sokongan (LSB).
“Keuntungan Selepas Cukai FGV cecah RM8.47 juta berbanding rugi R M32.20 juta dalam suku sama, ” kata FGV dalam kenyataan.
Sektor gula mencatatkan keuntungan sebanyak RM22.01 juta pada suku pertama 2018, berbanding kerugian sebanyak RM23.16 juta dalam suku yang sama tahun sebelumnya.
Ini sebahagian besar disumbangkan oleh kos bahan mentah yang lebih rendah, kadar per tukaran asing yang menggalakkan dan penurunan perbelanjaan pentadbiran sebanyak 33 peratus berbanding suku sama tahun lalu.
Bagi sektor LSB pula mencatatkan keuntungan sebanyak RM25.36 juta pada suku pertama 2018, berbanding dengan kerugian sebanyak RM39.50 juta pada suku tahunan sebelumnya.
Ini terutamanya disebabkan oleh peningkatan yang lebih tinggi dalam perniagaan pukal dan peningkatan jumlah pengangkutan yang dibawa oleh operasi pengangkutan Kumpulan.
"Tumpuan yang diberikan kepada penambahbaikan operasi untuk meningkatkan produktiviti telah membuahkan hasil," kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV, Datuk Zakaria Arshad.
Topic Berkaitan
#Felda
#FGV
#gula
#Rugi FGV
#Untung FGV
#Zakaria Arshad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan