Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) menyerahkan kepada budi bicara kerajaan untuk memutuskan sama ada tiga lantikan kerajaan yang menduduki Lembaga Pengarahnya perlu dikekalkan.
Bagaimanapun, kata Pengerusinya, Datuk Wira Azhar Abdul Hamid, walaupun kerajaan baharu mempunyai kuasa menukar lantikan terbabit, ia sewajarnya memastikan tadbir urus korporat yang baik.
Tiga lantikan itu adalah beliau, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Datuk Zakaria Arshad dan Pengarah Bukan Bebas Bukan Eksekutif, Datuk Siti Zauyah Md Desa.
Azhar berkata, walaupun kerajaan mempunyai kuasa untuk melantik mana-mana individu menduduki Lembaga Pengarah, "kerajaan baharu tidak boleh mengatakan bahawa ia tidak akan tidak menghormati kontrak tersebut."
"Walaupun berlaku perubahan parti politik yang memerintah, senario itu tidak berubah. Kita perlu memastikan proses tadbir urus ini berjalan dengan betul," katanya pada sidang media selepas mesyuarat agung tahunan (AGM) dan mesyuarat agung luar biasa (EGM) di sini, pada Khamis.
EGM itu bertujuan mendapatkan kelulusan pemegang saham untuk menukar nama syarikat itu kepada FGV Holdings Bhd.
Mengulas selanjutnya, Azhar berkata sejak beliau dilantik menganggotai Lembaga Pengarah, syarikat itu tidak menerima sebarang arahan atau campur tangan daripada kerajaan.
Beliau bagaimanapun maklum bahawa kerajaan mahu melihat FGV mencatat prestasi kukuh dan meraih untung bagi menghasilkan pulangan dividen yang menarik kepada para pemegang saham, khususnya untuk Felda yang memiliki kepentingan 33.7 peratus dalam syarikat perniagaan agro itu.
"Itu adalah hak mutlak kerajaan dan bukannya politik," katanya, menambah bahawa pertemuannya dengan Menteri Kewangan Lim Guan Eng baru-baru ini sebagai berhasil.
Dalam pada itu, kesemua usul yang dikemukakan telah diluluskan pada AGM itu kecuali resolusi bagi pelantikan semula Pengarah Bukan Bebas Bukan Eksekutif Datuk Seri Abu Bakar Harun yang merupakan wakil Felda.
Menurut makluman FGV kepada Bursa Malaysia, resolusi itu ditarik balik berikutan ketiadaan penyokong kedua terhadap usul tersebut.
Berhubung pertukaran nama, Azhar berkata, ia adalah sebahagian daripada usaha penjenamaan semula syarikat bagi menyelesaikan kekeliruan di pasaran antara FGV dengan Felda yang mana secara tidak langsung memisahkannya daripada Felda.
Beliau berharap, ia akan meningkatkan prospek perniagaan FGV dan memperbaiki persepsi orang ramai terhadap syarikat itu.
Berhubung ikrar Pakatan Harapan untuk meningkatkan gaji minimum kepada RM1,500, Azhar berkata, FGV perlu menanggung tambahan RM33 juta untuk kos pengeluaran setahun bagi setiap peningkatan RM100 dalam gaji.
Gaji minimum di Semenanjung Malaysia pada masa ini adalah RM1,000 manakala di Malaysia Timur ialah RM920.
Katanya, secara purata, FGV membayar gaji asas sebanyak RM1,300 kepada kakitangannya, tidak termasuk manfaat seperti perumahan, levi, insurans dan lain-lain yang mana menjadikan jumlah pembayaran lebih daripada RM1,500 sebulan.
Dalam perkembangan lain, Azhar berkata, FGV melantik firma guaman berpangkalan di United Kingdom untuk melaksanakan audit forensik berhubung kemungkinan salah laku dalam pembelian berjumlah RM1.1 bilion Asian Plantations Ltd pada 2014.
Mengulas spekulasi bahawa FGV sebagai sasaran kemungkinan pengambilalihan dengan Sime Darby Plantation Bhd sebagai pihak yang berminat, beliau berkata pihaknya terbuka kepada sebarang urusan yang boleh memberi nilai tambah kepada syarikat.
Pada penghujung 2017, FGV memiliki jumlah aset sebanyak RM20.56 bilion dan modal pasaran bernilai RM6.17 bilion.
Simpanan tanahnya adalah sebanyak 440,577 hektar di Malaysia dan Indonesia, termasuk ladang getah, 69 kilang menghasilkan 2.99 juta tan minyak sawit mentah dan 10 kilang penapis di seluruh dunia termasuk usaha sama.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 28 2018
Azhar berkata sejak beliau dilantik menganggotai Lembaga Pengarah, syarikat itu tidak menerima sebarang arahan atau campur tangan daripada kerajaan.
Che'gubard direman dua hari
Che'gubard atau nama sebenarnya Badrul Hisham Shaharin ditahan reman dua hari bagi membantu siasatan berkaitan hantaran mengenai pengoperasian kasino di Forest City.
Buletin AWANI Khas: Mesyuarat khas WEF di Arab Saudi, PM Anwar & Pemimpin dunia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menyampaikan ucapan dalam Sidang Plenari Pembukaan Mesyuarat Khas World Economic Forum (WEF) di Arab Saudi. Ikuti analisis menyeluruh bersama Penganalisis Ekonomi, Fithra Faisal Hastiadi; Ketua Pengarang Astro AWANI, @AshwadIsmail; dan Pengarang Niaga AWANI, @NajibAroff #BuletinAWANIKhas
Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pindaan) 2022 berkuat kuasa 1 Jun
Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pindaan) 2022 akan berkuat kuasa pada 1 Jun ini.
AWANI Ringkas: BERSATU serah tujuh notis kosongkan kerusi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
[KOLUMNIS] PRK Kuala Kubu Baharu: Pertandingan untuk tawan atau tahan
PRK DUN KKB menyaksikan pertembungan empat penjuru antara calon PH, PN, PRK, PRM dan calon Bebas.
Sultan Selangor ingatkan jemaah haji persiapkan diri sebaiknya
Sultan Selangor menasihatkan bakal jemaah haji untuk mempersiapkan diri sebaik-baiknya, bagi melaksanakan Rukun Islam kelima.
PRK Kuala Kubu Baharu: Calon PN harap tiada lagi serangan peribadi
Khairul Azhari Saut berharap tiada lagi isu peribadi yang akan dijadikan 'peluru' untuk menyerangnya sepanjang kempen.
Kelantan: 70 peratus kemalangan maut babit penunggang, pembonceng motosikal
70 peratus kes kemalangan maut yang dicatat berlaku dari 1 hingga 26 April di Kelantan, membabitkan penunggang dan pembonceng motosikal.
[TERKINI] WEF | Pembangunan dunia yang tidak seimbang, Apa Solusi?
Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Arab Saudi merungkai masalah ekonomi dan ketidakseimbangan pembangunan yang sedang melanda dunia. Menteri MITI, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz dan Menteri Kewangan Arab Saudi, Mohammed Al-Jadaan berada sepentas merungkai masalah dunia yang memberi impak kepada semua negara.
PRK Kuala Kubu Baharu: Calon PH, PN bertembung ketika kempen
Dua calon yang bersaing bagi PRK Kuala Kubu Baharu hari ini bertembung buat kali pertama sejak hari penamaan calon semalam.
Perbicaraan bela diri Syed Saddiq bermula 22 Februari tahun depan
Mahkamah menetapkan 22 hingga 24 Februari, 13 dan 14 Mac, serta 10 hingga 14 April 2023 untuk prosiding tersebut.
Pendakwaan akan buktikan semua kesalahan Syed Saddiq berniat jahat, tidak jujur
Syed Saddiq yang memakai kemeja batik biru tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur kira-kira jam 9 pagi.
Mahkamah Tinggi tolak habeas corpus Alvin Goh supaya dibebaskan serta-merta
Muhammad berkata permohonan itu telah menjadi akademik dan tiada isu langsung kerana Goh mencabar perintah reman 21 hari sebelum ini di bawah POCA.
FGV minta Felda hentikan siaran media
Pengerusi FGV Datuk Wira Azhar Abdul Hamid menulis surat kepada Pengerusi Felda Datuk Seri Idris Jusoh memaklumkan kepadanya bahawa notis untuk menamatkan LLA itu masih tidak diterima setakat Isnin.
Saham FGV meningkat susulan pengurangan yuran lembaga pengarah
Pada 9.59 pagi, kaunter tersebut menokok tiga sen kepada RM1.06 sen dengan 566,250 saham bertukar tangan.
FGV lantik pengerusi sebagai CEO sementara
Pelantikan pada asas sementara itu dipersetujui Menteri Kewangan (Diperbadankan).
FGV lantik Pemangku CFO
FGV Holdings Bhd (FGV) melantik Ketua Bahagian Kewangan Kumpulan Aznur Kama Azmir sebagai pemangku Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan (CFO).
Felda mahu FGV diurus sebaiknya bukan dipolitikkan - Shahrir
Pelantikan Pengerusi FGV yang baharu Datuk Azhar Abdul Hamid sememangnya tepat memandangkan latar belakang tokoh itu sebelum ini dalam perniagaan industri sawit.
Pengerusi baharu FGV lapor diri hari ini
Pengerusi baharu Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) Datuk Wira Azhar Abdul Hamid, tiba di Menara Felda pada 8.15 pagi hari ini untuk tugas pertamanya dengan syarikat berkenaan.
Apa yang sebenarnya kita mahu?
Apabila CEO MRT Corp, meletak jawatan kerana mengambil tanggungjawab ke atas kemalangan yang membunuh tiga pekerja, ada yang berkata apa yang dilakukannya itu sebab hendak lari dari tanggungjawab.