Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) masih sedang berbincang mencari rakan kongsi strategik untuk mengembangkan pasarannya dan ini tidak melibatkan penjualan ekuiti, kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Datuk Zakaria Arshad.
Beliau berkata FGV telah berbincang dengan banyak pihak, antara lainnya, syarikat dari China, India, Pakistan, Timur Tengah dan Afrika Utara untuk mencari rakan kongsi berpotensi bagi menjalin kerjasama untuk tempoh jangka panjang dan mengembangkan pasaran hilirannya.
Zakaria juga menafikan laporan sebuah akhbar tempatan bahawa tiga syarikat China mengintai pegangan strategik dalam FGV.
"Ketika ini kira-kira 80 peratus hasil FGV dijana daripada perniagaan huluannya dan kami menyasar meningkatkan sumbangan daripada perniagaan hiliran kami kepada antara 30 peratus dan 40 peratus selepas 2020," katanya kepada pemberita selepas pelancaran logo baharu jenama "Saji", di sini, hari ini, oleh Pengerusi Felda Tan Sri Isa Samad.
Zakaria berkata FGV merangka strategi menambah nilai produknya, bersama dengan rakan kongsi berpotensi untuk menjual secara terus ke pasaran destinasi dan pengguna dan bukan sebaliknya menggunakan pedagang.
Bagaimanapun, beliau berkata FGV tidak mempunyai kawalan terhadap rakan kongsi yang membeli sahamnya dalam pasaran terbuka dan mengalu-alukan mereka yang berminat dengan saham di bawah nilainya kerana ia mempunyai potensi pertumbuhan.
Di pasaran China, Zakaria berkata FGV telahpun mempunyai kilang di sana tetapi sebagai sebuah syarikat asing ia mempunyai had dari segi pelesenan dan pengedaran, justeru itu, ia mencari rakan kongsi strategik untuk berkembang bersama-sama.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Delima Oil Products Sdn Bhd (DOP), anak syarikat FGV, Datuk Wira Adam berkata Saji telah menjadi satu jenama sebutan bagi minyak masak di Malaysia selama hampir 20 tahun.
"Kami berharap dapat memberikan penampilan mesra pengguna yang segar dan kontemporari kepada logo Saji bagi menarik generasi baharu pengguna dan mengekalkan pengguna setia kami," katanya.
Selain minyak masak, Saji juga mempunyai produk pelengkap bagi masakan untuk menambah nilai senarai produk berasaskan sawitnya dalam usaha menembusi pasaran khusus.
"Minyak masak kami ketika ini menyumbang 97 peratus daripada hasil kami dan produk pelengkap akan melengkapkan capaian kepada pengguna kami," katanya.
Selama ini, DOP telah memperkenalkan beberapa produk cepat laris di bawah jenama Saji termasuk Saji Mayo, Saji Creamers dan mi segera Saji Instant.
Wira berkata lebih banyak produk berasaskan sawit dan gula akan diperkenalkan tahun ini selain daripada sos cili, garam bukit, krimer jagung dan 'kaya' yang dilancarkan hari ini. - BERNAMA
Bernama
Wed Mar 22 2017
Di China, FGV telahpun mempunyai kilang di sana tetapi sebagai sebuah syarikat asing ia mempunyai had dari segi pelesenan dan pengedaran, justeru itu, ia mencari rakan kongsi strategik untuk berkembang bersama-sama. - Gambar fail
Kertas kabinet wujud sektor sukan dibentang dalam tempoh sebulan - Hannah
Hannah berkata dengan data yang lebih menyeluruh melibatkan sektor industri sukan nanti, pihaknya akan mampu merangsang pertumbuhan sukan di negara ini dengan lebih baik.
Tiga Syarikat Semikonduktor umum melabur di Pulau Pinang - Kon Yeow
Tiga syarikat semikonduktor dari China menyatakan komitmen untuk membuat pelaburan baharu di Pulau Pinang.
Pindaan garis panduan lawatan: Sekolah diharap susun semula program - Fadhlina
Semua sekolah diharap dapat menyusun semula program lawatan masing-masing berikutan pindaan Garis Panduan Lawatan Murid Sekolah pada tahun lepas bagi mengukuhkan pembelajaran di luar kelas, kata Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.
Kebajikan pendidikan anak-anak dijaga sehingga tamat sekolah - KPM
Kementerian Pendidikan Malaysia akan memastikan kebajikan pendidikan anak-anak 10 pegawai dan anggota Tentera Laut Diraja Malaysia yang terkorban dalam nahas helikopter di Lumut, Perak, terus dijaga sehingga mereka tamat persekolahan.
Chegubard ditahan polis berkaitan hantaran mengenai kasino di Forest City
Chegubard ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini berkaitan hantaran mengenai pengoperasian kasino di Forest City pada Sabtu.
Zahid minta pihak dalam BN buka "buku baharu"
Ahmad Zahid menegaskan senario politik tanah air sudah berubah dan terdapat banyak video lama dari parti lawan yang meminta pengundi menyokong DAP.
Malaysia kongsi pengalaman dalam usaha berterusan mempertahan Palestin
Delegasi negara akan berkongsikan peranan Malaysia dalam usaha berterusan mempertahankan nasib Palestin dalam Persidangan Liga Parlimen Al-Quds kelima yang berlangsung di Istanbul, Turki pada Sabtu.
Universiti Malaya mohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia
Jabatan Pengajian Antarabangsa dan Strategik, Universiti Malaya memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia berhubung kenytaaan tidak bertanggungjawab Profesor Dr Bruce Gilley pada 24 April lalu.
Genting Malaysia nafi terbabit perbincangan
Selepas Berjaya Corporation Bhd dan Kerajaan Negeri Johor, kini Genting Malaysia Bhd pula menafikan sebarang penglibatan dalam perbincangan mengenai pengoperasian kasino di Forest City, Johor.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 27 April 2024.
FGV laksana program latihan tambah baik tenaga kerja, amalan lestari
FGV melaksanakan program latihan yang berstruktur, bersistematik dan disesuaikan dengan pihak berkepentingan.
FGV: Zakaria Arshad diarah bercuti serta merta - laporan
Ketua Pegawai Eksekutif dan Presiden Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV), Datuk Zakaria Arshad telah digantung dari tugasnya serta merta.
FGV tidak jual ekuiti tetapi timbang potensi rakan kongsi strategik kembang pasaran
Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) masih sedang berbincang mencari rakan kongsi strategik untuk mengembangkan pasarannya dan ini tidak melibatkan penjualan ekuiti, kata Presiden dan Ketua Pegawa
Saham FGV turun selepas berita tiada perbincangan jadikan syarikat persendirian
Pada pukul 10.34 pagi, saham FGV susut tiga sen kepada RM1.72 dengan 3.47 juta saham bertukar tangan.
Felda bakal saksikan rombakan pengurusan di bawah teraju Shahrir Samad
Felda bakal menyaksikan rombakan pengurusan dalam usaha agensi itu mengembalikan kedudukannya untuk meningkatkan kesejahteraan dan menyelesaikan permasalahan warganya masa kini.
FGV kurangkan kerugian sebelum cukai kepada RM23.23 juta pada suku ketiga
Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) berjaya mengurangkan kerugian sebelum cukai kepada RM23.23 juta bagi suku ketiga berakhir 30 Sept, 2016
FGV, Felda tarik balik Sijil RSPO di 58 kilang miliknya
FGV dan Lembaga Felda sudah menarik balik sijil Prinsip dan Kriteria Rundingan Meja Bulat Minyak Sawit Lestari di 58 kilang.
FGV nafi tuduhan pencabulan hak asasi manusia oleh WSJ
Felda Global Ventures Holdings Bhd menafikan laporan The Wall Street Journal dan laporan-laporan media berikutnya yang memetik akhbar itu berkaitan dengan dakwaan pencabulan hak asasi manusia.
Bekas CEO FGVH Tan Sri Sabri Ahmad meninggal dunia
Bekas Presiden Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Felda Global Ventures Holdings Bhd Tan Sri Sabri Ahmad meninggal dunia akibat kanser paru-paru 5.30 pagi tadi.
Keuntungan Felda Global Ventures cecah RM1.13 Bilion
Keuntungan sebelum cukai tahun penuh Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) bagi tahun yang berakhir pada 31 Dis, 2012, mencecah RM1.26 bilion.