awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TikTok kenakan caj RM0.50 bagi setiap jualan berjaya mulai 15 Februari 2026
iPhone boleh katup? Apple dilapor uji rekaan mirip Galaxy Z Flip
Pengarah drama Manjalara, Haris Kadir meninggal dunia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

FGV umum VSS pulihkan keyakinan pelabur

Najib Aroff
Najib Aroff
03/11/2017
13:21 MYT
FGV umum VSS pulihkan keyakinan pelabur
FGV pernah dikejutkan dengan isu Presiden Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif FGV Datuk Zakaria Arshad yang diarahkan bercuti sementara siasatan dijalankan berhubung urus niaga tertentu oleh anak syarikat FGV Delima Oil Produk Sdn Bhd. - FotoBERNAMA
Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV) mengumumkan Skim Pemisahan Sukarela (VSS) ke atas semua yang berjawatan Pengurus Besar dan ke atas, sebagai inisiatif untuk meningkatkan tahap kecekapan firma itu.
“Inisiatif ini bermula dari peringkat atasan dan ia satu isyarat bahawa kami membuat keputusan sukar demi menambahbaik keyakinan pemegang saham dan pihak berkepentingan," kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV, Datuk Zakaria Arshad.
Kenyataan itu turut menyebut, elaun Pengurus Besar, Pengurus Besar Kanan dan Naib Presiden termasuk beliau sendiri akan dikurangkan 15 peratus sebagai sebahagian inisiatif pengurusan kos yang ketat.
Tambahnya, syarikat itu turut menjangkakan sejumlah 15 peratus tawaran VSS akan diterima daripada 236 tenaga kerja pengurusan kanan yang menerima tawaran VSS tersebut.
Zakaria memulakan kembali tugas sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan pada 16 Oktober lalu selepas diarahkan bercuti sejak 6 Jun lalu, bagi membolehkan proses siasatan dalam syarikat berkaitan transaksi mencurigakan antara FGV dan Safitex Trading LLC.
Topic Berkaitan
#felda global ventures
#FGV
#Naib Presiden
#Saffitex Trading LLC
#VSS
#Zakaria Arshad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan