awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Firma global DigitalBridge dijangka labur lebih RM4 bilion di Malaysia pada 2023 - PM Anwar

Bernama
Bernama
15/04/2023
07:28 MYT
Firma global DigitalBridge dijangka labur lebih RM4 bilion di Malaysia pada 2023 - PM  Anwar
Anwar turut berkongsi gambar mengenai kunjungan hormat yang diterimanya daripada delegasi DigitalBridge tempoh hari.- Facebook Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR: Firma infrastruktur digital global, DigitalBridge Group dianggarkan akan melabur lebih RM4 bilion terutama dalam sektor infrastruktur di Malaysia pada penghujung 2023, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata DigitalBridge ialah firma infrastruktur digital yang melabur dalam pusat pangkalan data, menara telekomunikasi dan gentian optik.
"Menurut kertas putih oleh Knight Frank, pertumbuhan infrastruktur digital di Malaysia adalah yang terpantas, dan pusat-pusat data merekodkan 113 megawatt hanya pada tahun 2022, atau empat kali ganda melebihi Thailand," katanya menerusi catatan di laman Facebook beliau pada Sabtu.
Beliau turut berkongsi gambar mengenai kunjungan hormat yang diterimanya daripada delegasi DigitalBridge tempoh hari.
Anwar menegaskan bahawa beliau akan terus komited dan menekankan kepentingan dalam memastikan ekosistem yang bersih dan kondusif bagi memudah cara sektor perniagaan dan pelaburan di negara ini.
"Ini sebagai sebahagian daripada usaha dan upaya kita memacu pertumbuhan ekonomi demi kesejahteraan rakyat. #MalaysiaMADANI," katanya.
Media melaporkan bahawa berdasarkan Kertas Putih Pusat Data Malaysia Knight Frank (Malaysia) Sdn Bhd yang dilancarkan pada Rabu 12 April, Malaysia muncul sebagai destinasi utama untuk pelaburan pusat data dalam kalangan lima negara Asia Tenggara, dengan penggunaan 113MW pada 2022, dan kira-kira 20 peratus pertumbuhan bekalan diunjurkan untuk lima tahun akan datang.
Lima negara itu ialah Malaysia, Indonesia, Thailand, Filipina dan Vietnam.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#DigitalBridge Group
#pelaburan
#Anwar Ibrahim
#sektor infrastruktur
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan