awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

FTA Malaysia-Korea Selatan dijangka dimuktamad tahun depan jika tidak terjejas krisis politik

Bernama
Bernama
09/12/2024
07:10 MYT
FTA Malaysia-Korea Selatan dijangka dimuktamad tahun depan jika tidak terjejas krisis politik
Penunjuk perasaan berhimpun menggesa pemecatan Presiden Korea Selatan Yoon Suk Yeol, di Seoul, semalam. - Gambar fail/ Reuters
KUALA LUMPUR: Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) antara Malaysia dan Korea Selatan dijangka dimuktamadkan tahun depan, tertakluk kepada kestabilan politik di Korea Selatan, menurut Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) Liew Chin Tong.
Beliau berkata rundingan FTA tersebut telah bermula.
"Memang keadaan politik tidak menentu di Korea pada masa ini. Sama ada akan menjejaskan rundingan FTA itu kita tidak pasti.
"Namun, kita telah memulakan perundingan untuk FTA dan kalau proses politik di Korea ini tidak menjejaskan perundingan tersebut, maka ia akan ditandatangani pada tahun hadapan," katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.
Liew berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Datuk Ku Abd Rahman Ku Ismail (PN-Kubang Pasu) yang ingin tahu adakah krisis politik Korea Selatan akan menjejaskan FTA Malaysia dan republik itu.
Semasa lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Korea Selatan baru-baru ini, kedua-dua negara telah menyatakan komitmen untuk menyegerakan sebarang rundingan tertangguh.
Perdana Menteri berkata perjanjian berkenaan dijangka ditandatangani semasa lawatan balas Presiden Korea Selatan Yoon Suk Yeol ke Malaysia akan datang.
Sementara itu, Liew berkata Kerangka Insentif Pelaburan Baharu yang dijangka diumumkan seawal suku pertama 2025 akan memastikan syarikat pelaburan menerima insentif berdasarkan pematuhan terhadap skor penilaian yang ditetapkan.
"Skor penilaian ini akan menentukan jenis insentif yang akan diberikan kepada pelabur, berdasarkan sumbangan mereka kepada ekonomi mengikut enam aspek utama yang ditetapkan dalam Aspirasi Pelaburan Nasional," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Korea Selatan
#krisis politik
#Malaysia
#FTA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan