awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan mahu setiap kampung dibangunkan ke tahap terbaik
Cubaan seludup mata wang asing RM2.4 juta dalam bungkusan pakaian baharu gagal
Angkasawan NASA dibenar bawa telefon pintar terkini dalam misi ke bulan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gaji dijangka meningkat dalam 12 bulan akan datang - Tinjauan S Grant Thornton

Bernama
Bernama
10/01/2017
02:24 MYT
Gaji dijangka meningkat dalam 12 bulan akan datang - Tinjauan S Grant Thornton
Komuniti perniagaan di Malaysia menjangkakan gaji pekerja akan naik dalam tempoh 12 bulan akan datang, menurut kajian Grant Thornton IBR. - Gambar hiasan
Komuniti perniagaan di Malaysia menjangkakan gaji pekerja akan naik dalam tempoh 12 bulan akan datang, menurut satu kajian yang dibuat oleh Grant Thornton International Business Report (IBR).
Gaji pekerja dan lain-lain petunjuk ekonomi yang penting, termasuk hasil, eksport, harga jualan, pekerjaan dan juga keuntungan dijangka akan bertambah baik walaupun keyakinan unjuran yang kurang memberangsangkan untuk tahun akan datang, kata syarikat itu dalam satu kenyataan pada Isnin.
Malaysia mempunyai komuniti bisnes yang terbanyak di rantau ASEAN yang sedang dalam perancangan untuk meningkatkan gaji kakitangan dalam 12 bulan akan datang.
"Sebanyak 86 peratus daripada perniagaan berharap untuk menawarkan kenaikan gaji bagi pekerja-pekerja mereka pada tahun akan datang berbanding 78 peratus dalam suku ketiga tahun 2016," kata Rakan Kongsi Pengurusan Negara Datuk Narendra Kumar Jasani.
Beliau berkata keyakinan yang agak rendah kali ini adalah disebabkan oleh prestasi ringgit.
"Turun naik kadar pertukaran menjadi kekangan terbesar untuk pembesaran perniagaan di Malaysia, dengan 76 peratus daripada eksekutif syarikat perniagaan menggariskannya sebagai satu cabaran.
"Ini merupakan peningkatan sebanyak 34 peratus berbanding 42 peratus pada suku ketiga tahun 2016 dan adalah yang tertinggi di rantau ASEAN," katanya.
Tinjauan tersebut juga mendedahkan bahawa 36 peratus perniagaan di Malaysia meramalkan hasil akan meningkat pada suku keempat tahun 2016 berbanding dengan 26 peratus suku sebelumnya.
"Harga jualan dan keuntungan juga dijangka naik dalam tempoh 12 bulan dengan 20 peratus perniagaan menjangkakan peningkatan dalam harga jualan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ASEAN
#Datuk Narendra Kumar Jasani
#gaji
#Grant Thornton International Business Report
#IBR
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan