awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Galakan cukai hab perkhidmatan global diperkenalkan sehingga 10 tahun - PM Anwar

Bernama
Bernama
13/10/2023
11:49 MYT
Galakan cukai hab perkhidmatan global diperkenalkan sehingga 10 tahun - PM Anwar
Anwar berkata galakan cukai tersebut adalah untuk menggalakkan lebih banyak komitmen syarikat pelabur untuk menjadikan Malaysia sebagai pusat perkhidmatan global. -Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Kerajaan akan memperkenalkan galakan cukai Hab Perkhidmatan Global dengan insentif kadar cukai pendapatan lima peratus atau 10 peratus yang ditentukan berdasarkan keberhasilan untuk tempoh sehingga 10 tahun, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata galakan cukai tersebut adalah untuk menggalakkan lebih banyak komitmen syarikat pelabur untuk menjadikan Malaysia sebagai pusat perkhidmatan global.
"Kerajaan komited untuk menaik taraf lapangan terbang sedia ada bagi meningkatkan keupayaan operasi bagi memenuhi peningkatan kemasukan pelabur, peniaga dan pelancong," katanya ketika membentangkan Belanjawan 2024 yang bertemakan 'Reformasi Ekonomi, Memperkasa Rakyat' di Dewan Rakyat hari ini.
Anwar berkata sejumlah RM47 juta disediakan bagi menambah baik fasiliti penumpang di terminal Lapangan Terbang Tioman dan memanjangkan landasan sedia ada kepada 1,300 meter.
-- BERNAMA
Kongsi pandangan anda di sini
Topic Berkaitan
#Belanjawan 2024
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan