awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Geely rancang tingkat pelaburan di Malaysia - PM Anwar

Bernama
Bernama
10/10/2023
14:17 MYT
Geely rancang tingkat pelaburan di Malaysia - PM Anwar
Perdana Menteri menerima kunjungan hormat daripada pengerusi Geely Li Shufu dan tokoh perniagaan Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary yang turut disertai Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz. - Foto FB
KUALA LUMPUR: Zhejiang Geely Holding Group Co., Ltd. (Geely) merancang untuk meningkatkan pelaburannya di negara ini termasuk memperkukuh Malaysia sebagai hab pengeluar kenderaan bagi tujuan eksport, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata demikian menerusi hantaran di laman Facebooknya selepas menerima kunjungan hormat daripada pengerusi Geely Li Shufu dan tokoh perniagaan Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary yang turut disertai Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, hari ini.
Anwar berkata pertemuan tersebut merupakan bukti bahawa Geely menyusul pelaburan komited berjumlah RM32 bilion yang diumumkan beliau sebagai sebahagian daripada hasil lawatan rasminya ke China pada akhir Mac tahun ini.
"Tambahan pula, Geely akan meningkatkan penyertaan dalam bidang penyelidikan dan pembangunan serta penyediaan tenaga mahir tempatan yang selari dengan keperluan industri pada masa hadapan.
"Moga yang dirancang ini akan membuahkan hasil kepada ekonomi negara, Insya-Allah," katanya.
Geely merupakan gergasi automotif dunia dan juga rakan kongsi strategik konglomerat Malaysia, DRB-HICOM. Syed Mokhtar memegang 56 peratus pegangan dalam DRB Hicom.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Geely
#tingkat pelaburan
#Zhejiang Geely Holding Group
#Anwar Ibrahim
#Li Shufu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan