KUALA LUMPUR: George Kent (Malaysia) Bhd menerima tawaran tunai daripada Malaysian Resources Corporation Bhd (MRCB) untuk menjual lima juta saham biasanya dalam MRCB George Kent Sdn Bhd (MRCBGK) dengan harga RM53 juta.

MRCBGK adalah syarikat usaha sama 50:50 antara MRCB dan George Kent dan merupakan kontraktor siap guna bagi projek transit Aliran Ringan 3 (LRT3) yang bernilai RM16.6 bilion.

Pada 14 Sept, MRCB menawarkan untuk membeli saham George Kent, atau menjual 50 peratus pegangannya sendiri kepada George Kent.

"Hasil tunai berjumlah RM53 juta itu akan digunakan sebagai modal kerja bagi Kumpulan George Kent pada 31 Mac, 2022," kata kumpulan itu dalam maklumannya kepada Bursa Malaysia hari ini.

MRCBGK diperbadankan sebagai jentera tujuan khas dengan perniagaan tunggal untuk melaksanakan Projek LRT3 sehingga tempoh yang berakhir pada 2 Feb, 2024.

Sehingga kini, kira-kira 60 peratus kontrak itu telah diselesaikan.

George Kent berkata urus niaga itu akan mengelakkan kumpulan daripada sebarang pendedahan kepada sebarang liabiliti pada masa depan setelah mengambil kira kontrak LRT3 itu yang bernilai RM11.4 bilion.

"Dengan mengambil kira faktor yang dinyatakan di atas, lembaga pengarah berpandangan bahawa adalah lebih membantu untuk George Kent menerima tawaran tunai itu bagi menjual 50 peratus kepentingan ekuiti GK Rail dalam MRCBGK," katanya.

-- BERNAMA