Syarikat farmaseutikal terkemuka di Malaysia, GK Bio International Sdn. Bhd. (GK Bio), berkongsi kegembiraan bersama warga emas Rumah Seri Kenangan Cheras menerusi sumbangan bekalan makanan, keperluan asas dan suplemen kesihatan.
Menurut Pengurus besar GK Bio, Howard Heng, usaha itu juga bagi menyebarkan kepentingan sokongan komuniti selain memastikan golongan ini mempunyai nutrisi dan keperluan yang mencukupi.
“Acara ini membantu meningkatkan kesedaran kepada masyarakat untuk memberi lebih perhatian dan kasih sayang kepada warga emas serta memberi lebih perhatian kepada keperluan fizikal dan mental mereka.
“Warga emas biasa menghadapi masalah seperti mobiliti, gegaran dan mudah lupa, mungkin kerana mereka tidak melakukan pencegahan awal yang mencukupi atau tidak mempunyai nutrien tertentu,” katanya selepas menyampaikan sumbangan keperluan asas dan suplemen kesihatan kepada warga emas Rumah Seri Kenangan Cheras.
Oleh itu, GK Bio telah menyediakan pelbagai produk berkualiti tinggi berasaskan probiotik dan fungus bagi membendung masalah biasa dihadapi warga emas.
Probiotik GKB dihasilkan dengan teknologi enkapsulasi berbilang lapisan untuk meningkatkan kadar kelangsungan hidup dan berkesan terhadap usus manusia.
Selain itu, fungus GKB dihasilkan dengan teknologi penapaian cecair berpaten untuk mengekalkan sebatian bioaktif tertinggi.
“Dengan acara CSR ini GK Bio berharap dapat membantu lebih banyak warga emas serta mendidik warga emas dan anak-anak mereka tentang kepentingan pencegahan awal dan penggunaan produk yang sihat dan semula jadi untuk memperbaiki kehidupan mereka,” tambahnya.
Turut hadir kaki tangan GK Bio, pakar diet, pakar pemakanan, ahli farmasi dan ahli fisioterapi bagi berinteraksi dan melakukan senaman ringan bersama warga emas yang terlibat.
Dengan pengalaman lebih daripada 50 tahun penyelidikan dan pembangunan inovasi berterusan, produk GKB juga disahkan halal dan selamat digunakan.
“Kami mempunyai produk probiotik yang menyokong kesihatan usus dan juga produk kesihatan kulat (fungus) seperti Antrodia (antrosterol) yang dapat mengekalkan kesihatan hati, Cordyceps cicadae (HEA) yang digunakan untuk mengekalkan kesihatan mata dan Hericium (erinacine A) yang digunakan untuk kesihatan otak.
“Kulat (Fungus) yang GK Bio gunakan dalam produk terbukti secara saintifik memberi manfaat kepada kesihatan manusia selain mempunyai jurnal dan paten saintifik kebangsaan serta antarabangsa,” ujarnya.
GK Bio komited dalam membantu orang ramai termasuk warga emas memahami cara penjagaan kesihatan awal demi meningkatkan kesejahteraan masyarakat.
Untuk maklumat lanjut tentang GK Bio, layari https://www.mygkb.com/
*Artikel ini adalah kandungan berbayar
Amzar Alif
Sun Jun 30 2024
(Dari kiri) Pengurus Produk Kanan GK Bio, Emily Lim; Timbalan Penguasa Rumah Seri Kenangan Cheras, Anuar Ab Ghalim; Pengurus Besar GK Bio, Howard Heng; Pengurus Besar APD Pharma, Chan Chiew Ying; Pengurus Operasi GK Bio, Lilly Mok. - Gambar GK Bio
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta, ditipu pelaburan tidak wujud
Seorang warga emas kerugian RM1,590,800 apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Nyanyian karol meriahkan persiapan sambut Krismas
Di Tawau lazimnya acara ini awal disember setiap tahun dari jam 7 malam dan ada kalanya sehingga jam 1 pagi.
376 peserta terpilih sertai SY Startup 2024
Ekoran sambutan hangat ini Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah mengesahkan program ini akan diteruskan pada tahun hadapan.
Kerajaan Sarawak berusaha tingkatkan pengeluaran beras
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata bekalan makanan di negara ini mencukupi.
Penyelaras Kemanusiaan PBB suarakan kebimbangan krisis kemanusiaan yang semakin memuncak di Gaza
Muhannad Hadi melahirkan kebimbangan terhadap keadaan keselamatan dan kemanusiaan yang semakin merosot di Semenanjung Gaza.
Loji Electrolyser Sejingkat kurangkan masa penghasilan hidrogen
Loji electrolyser pertama Sarawak di Sejingkat berjaya mengurangkan masa penghasilan satu kilogram hidrogen kepada 30 kilowatt perjam berbanding 40 kilowatt perjam sehingga Julai lalu.
Fadillah setuju dua jawatan tertinggi PBB tidak dipertandingkan
PBB dijadual mengadakan perhimpunan agungnya pada Februari 2025 dengan pertandingan dikatakan tertumpu kepada saingan jawatan Naib Yang DiPertua
PBB perlu bersedia seakarang hadapi PRN - Fadillah
Naib Presiden Kanan PBB Datuk Seri Fadillah Yusof mengingatkan anggota parti itu agar tidak selesa dengan kemenangan besar dan pujian yang diberi kepada kerajaan sebaliknya fokus agar tidak terlepas kuasa ke tangan pihak lain.
353 premis KEMAS rosak akibat banjir di lapan negeri
Sebanyak 353 premis Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) rosak akibat banjir yang melanda lapan negeri sejak November lepas, membabitkan kerugian hampir RM6 juta.
Wanita suara garau cemas bilik hotel diserbu JAIS
Seorang wanita yang memiliki suara garau berdepan detik cemas apabila hotel bajet yang dihuni diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
GK Bio kongsi keceriaan bersama warga emas, tingkat kesedaran tentang penjagaan awal kesihatan
GK Bio International Sdn. Bhd. (GK Bio), berkongsi kegembiraan bersama warga emas Rumah Seri Kenangan Cheras menerusi sumbangan bekalan makanan, keperluan asas dan suplemen kesihatan.