awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Glomac catat hasil Q2 lebih rendah, susut 28% kepada RM75.4 juta

Dagang News
Dagang News
30/11/2021
00:00 MYT
Glomac catat hasil Q2 lebih rendah, susut 28% kepada RM75.4 juta
Lakaran artis bagi projek Plaza@Kelana Jaya.
KUALA LUMPUR: Glomac Bhd. merekodkan hasil yang lebih rendah bagi suku kedua berakhir 30 Oktober 2021 sebanyak RM75.4 juta, susut 28% berbanding RM104.6 juta bagi tempoh sama tahun lalu.
Bagaimanapun, keuntungan sebelum cukai meningkat 47.2% kepada RM19.5 juta, disokong margin keuntungan kasar yang lebih baik, menurutnya dalam kenyataan pada Isnin.
Ia disumbang melalui projek Saujana Perdana, Plaza@ Kelana Jaya, 121 Residences, Lakeside Boulevard dan Sri Saujana, Johor.
Prestasi pada suku tersebut menyaksikan peningkat berbanding suku pertama sebelumnya apabila hasil kumpulan meningkat 161% manakala keuntungan sebelum cukai melonjak 418% apabila ekonomi dibuka semula dan aktiviti pembinaan Glomac beroperasi semula di tapak projek yang sedang berjalan.
Pada masa sama, kedudukan kunci kira-kira Glomac juga kekal kukuh, yang mana setakat 31 Oktober 2021 gearan bersih meningkat kepada 0.23x daripda 0.25x pada permulaan awal tahun kewangan manakala kedudukan tunai dan deposit berjumlah RM214.5 juta.
Glomac berkata, pendapatan bagi tempoh terdekat kekal disokong jualan belum dibilkan berjumlah RM526 juta dan aktiviti pembinaan yang kembali beroperasi.
"Pada masa hadapan, kumpulan akan kekal berhati-hati terhadap ketidaktentuan daripada pandemik yang menjejaskan sentimen meskipun keyakinan meningkat dengan pembukaan semula ekonomi," katanya.
Namun, menurut syarikat pemaju hartanah ini, ia memiliki portfolio pembangunan bank tanah dengan nilai pembangunan kasar kira-kira RM8 bilion.
Dengan mengambil kira kunci kira-kira yang kukuh, kumpulan berupaya mempercepatkan aktiviti pembangunan dan memacu pertumbuhan dalam tempoh jangka masa panjang, tambahnya.
*Berita asal di DagangNews.com
Topic Berkaitan
#GLOMAC
#Saujana Perdana
#keuntungan sebelum cukai
#Plaza Kelana Jaya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan