KUALA LUMPUR: Jualan kenderaan dalam industri automotif negara menyaksikan penyusutan mendadak apabila hanya menjual 7,086 unit kenderaan pada Julai.
Jumlah itu jauh berbeza dengan 58,878 unit yang dicatatkan bulan sama tahun lalu.
Persatuan Automotif Malaysia (MAA) berkata, bagaimanapun jualan yang dicatat pada Julai itu adalah 270 peratus lebih tinggi berbanding 1,921 unit yang diraih pada Jun 2021.
"Bagi tempoh Januari hingga Julai 2021, industri menjual 256,215 unit, iaitu 10 peratus berbanding 232,423 unit yang dicatatkan tempoh sama tahun lalu," katanya.
"Bagi tempoh bulan dikaji, industri automotif menjual 4,949 unit kenderaan penumpang dan 2,137 unit kenderaan komersial, berbanding 53,415 unit dan 5,463 unit yang dijual masing-masing bagi kenderaan penumpang dan komersial pada Julai 2020.
"Jualan yang diraih pada Julai kebanyakan disumbangkan daripada Sabah dan Sarawak di mana bilik pameran dibenarkan beroperasi di bawah Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN)," jelas MAA dalam satu kenyataan seperti dilapor Berita Harian.
Mengulas lanjut, MAA memberitahu, jumlah pendaftaran kenderaan secara dalam talian bagi tempoh bulan dikaji juga sangat rendah.
Mengulas berkaitan aspek pengeluaran pula, MAA berkata, bagi tempoh Julai, hanya 2,775 unit kenderaan dihasilkan, berbanding 47,630 unit yang dikeluarkan pada Julai 2020.
Mengenai unjuran jualan Ogos 2021, jualan pada bulan semasa dijangka lebih tinggi berbanding Julai lalu.
Jelas MAA, ia susulan daripada bilik pameran di kebanyakan negeri termasuk pasaran utama di Selangor dan Kuala Lumpur dibenarkan beroperasi berdasarkan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) dan kadar vaksinasi pekerja.
Artikel asal disiarkan di DagangNews.com
Dagang News
Tue Aug 17 2021
Jualan pada bulan Ogos 2021 dijangka lebih tinggi berbanding Julai lalu. - Gambar hiasan
Kontroversi UM: Mahasiswa tuntut penjelasan atau boikot kuliah
Sekumpulan mahasiswa Universiti Malaya yang berang dengan tindakan Institut Pengajian China, Universiti Malaya (UM) menjemput individu pro-Zionis, akhirnya turun berdemonstrasi bagi menyuarakan bantahan dan akan memboikot kuliah pengajian jika tiada reaksi dari pihak pentadbiran UM.
Lima anggota polis disyaki samun berdepan tindakan dalaman
Lima anggota polis antara tujuh individu yang ditahan kerana disyaki terbabit dalam kes samun warga asing membabitkan wang tunai berjumlah RM260,000, berdepan tindakan dalaman antaranya pertukaran jabatan.
JKDM beli 20 anjing pengesan dadah libat kos RM1.9 juta
JKDM dalam proses perolehan 20 ekor anjing pengesan dadah serta tiga unit mesin pengimbas 'backscatter' dalam usaha perangi dadah.
Sultan Selangor berangkat ke majlis bacaan yasin, tahlil di Pangkalan TLDM
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkenan berangkat ke Pangkalan TLDM Lumut.
MOT, Khazanah, MAG perlu perkukuh tadbir urus MAB - PM Anwar
Jelas Anwar lagi, pengurusan syarikat penerbangan yang baik juga akan memberi manfaat kepada kakitangan melalui gaji yang setimpal dengan perkhidmatan mereka.
Kontroversi UM: Mahasiswa protes, tuntut tindakan tegas pihak jemput profesor pro-Israel
Sekumpulan mahasiswa Universiti Malaya (UM) hari ini mengadakan perhimpunan membantah tindakan menjemput penceramah pro-Zionis memberi ceramah di institusi itu baru-baru ini.
[INFOGRAFIK] Penstrukturan Semula Akaun KWSP | Berkuatkuasa 11 Mei 2024
Berikut adalah info berkenaan dengan Penstrukturan Semula Akaun KWSP.
Sekatan terhadap penceramah asing pro-Zionis demi keselamatan negara - Zambry
Sekatan terhadap penceramah asing pro-Zionis perlu dilihat dari aspek keselamatan dan imej negara yang boleh terjejas akibat kenyataan mereka.
Kekejaman zionis: Universiti Columbia ilhamkan gelombang protes nasional
Protes di Universiti Columbia membantah perang Israel di Gaza telah mencetuskan gelombang demonstrasi serupa di kampus kolej seluruh Amerika Syarikat.
Pemilik stesen minyak didenda RM30,000 jual RON95 kepada kenderaan asing
Hakim menjatuhkan hukuman itu ke atas Mohammad Naziruddin Abu Hassan, 61, selaku Orang Kena Saman (OKS) selepas mengaku bersalah atas pertuduhan itu.
Aliran trafik perlahan di beberapa lebuh raya setakat 5 petang
Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama dilaporkan perlahan setakat 5 petang ini, ekoran pertambahan kenderaan sempena cuti Aidilfitri.
Pengusaha stesen minyak perlu bersedia hadapi peningkatan kenderaan
Pengusaha perlu membuat persediaan awal bagi memastikan bekalan minyak mencukupi bagi kegunaan semua kenderaan.
Daihatsu tangguh penghantaran semua model susulan isu keselamatan
Daihatsu telah mentauliah siasatan kepada jawatankuasa pihak ketiga bebas berhubung isu prosedur dan mendapati masalah pada 174 item dalam 25 kategori ujian.
Elegan dan premium, Honda lancar CR-V serba baharu
CR-V serba baharu menawarkan pilihan khusus untuk memenuhi kehendak dan keperluan pelbagai pelanggan.
Orang awam diminta beri maklumat berkaitan bahan letupan tercicir
Sebuah kotak berisi bahan letupan dipercayai tercicir dari sebuah kenderaan yang dipandu oleh seorang lelaki pada Selasa lepas.
Jualan suku ketiga Perodua naik 28.3 peratus, pendaftaran lepasi 230,000
Setakat sembilan bulan pertama tahun ini, Perodua berjaya menghasilkan sejumlah 245,341 unit kenderaan, peningkatan sebanyak 18.6 peratus.
Empat rumah kedai musnah terbakar
Kebakaran melibatkan empat unit rumah kedai dengan anggaran keluasan keseluruhan 80 x 80 kaki telah musnah sebanyak 90 peratus.
Aidiladha: Dua juta kenderaan dijangka di lebuh raya, patuhi TTA PLUS
Sebanyak dua juta kenderaan dijangka menggunakan Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) setiap hari menjelang Aidiladha yang disambut Khamis ini.
Lebih 81,000 kenderaan dijangka berada di Melaka sepanjang dua hari pertama Aidilfitri
Polis Melaka menjangkakan sebanyak 81,550 kenderaan berada di jalan raya di Melaka sepanjang tempoh dua hari pertama perayaan Aidilfitri.
Aidilfitri: Polis jangka dua juta kenderaan masuk Johor
Kesesakan luar biasa dijangka berlaku terutama di CIQ Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB) di Iskandar Puteri.