awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Orang awam diminta beri maklumat berkaitan bahan letupan tercicir

Bernama
Bernama
19/11/2023
14:00 MYT
Orang awam diminta beri maklumat berkaitan bahan letupan tercicir
Sebuah kotak berisi bahan letupan dipercayai tercicir dari sebuah kenderaan yang dipandu oleh seorang lelaki pada Selasa lepas.
SHAH ALAM: Sebuah kotak berisi bahan letupan dipercayai tercicir dari sebuah kenderaan yang dipandu oleh seorang lelaki pada Selasa lepas.
Ketua Polis Daerah Kuala Langat Superintenden Ahmad Ridhwan Mohd Nor@Saleh berkata pihaknya menerima laporan pada 10.28 malam hari kejadian daripada lelaki berusia 28 tahun itu yang mengesyaki bahan letupan terbabit telah tercicir ketika dalam perjalanan untuk dihantar ke kuari di kawasan Puchong.
"Semasa pengadu dan rakannya berada di jalan Sistem Lingkaran Lebuhraya Kajang, pengadu perasan terdapat kenderaan dari belakang memberi lampu isyarat yang mengatakan bonet Nissan Navara yang dinaiki mereka terbuka," menurutnya dalam kenyataan malam ini.
Beliau berkata pengadu kemudian memberhentikan kenderaan dan menutup semula bonet itu tanpa mengesyaki ada barang yang tercicir kerana keadaan lalu lintas agak sibuk serta berbahaya.
"Pada 8.25 pagi, pengadu bersama rakannya telah sampai ke lokasi dan semasa menurunkan barang, pengadu mendapati sekotak bahan letupan jenis cast booster 400GMS berkurangan dan telah memeriksa jalan yang dilalui tetapi tidak menjumpai kotak tersebut," katanya.
Ahmad Ridhwan berkata kes disiasat di bawah Seksyen 286 Kanun Keseksaan kerana kelakuan cuai membabitkan bahan letupan dan orang awam yang mempunyai maklumat atau menjumpai bahan terbabit diminta tampil ke balai polis berhampiran atau menghubungi Pegawai Penyiasat Sarjan Zulfadzly di talian 016-412 3834.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bahan letupan tercicir
#kotak
#Polis Daerah Kuala Langat
#kenderaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan