HANOI: Harga beras eksport Vietnam kekal tertinggi di dunia, dengan harga beras hancur 5 peratus mencecah AS$638 satu tan manakala beras hancur 25 peratus berharga AS$623 satu tan, menurut Persatuan Makanan Vietnam.
Beras hancur 5 peratus dari Thailand pula dijual pada harga AS$628 satu tan dan dari Pakistan berharga AS$598 satu tan, lapor Agensi Berita Vietnam (VNA).
Di Delta Mekong, jelapang padi terbesar di Vietnam, harga padi terus kekal pada paras tinggi yang tidak pernah berlaku sebelum ini di kebanyakan kawasan, sekali gus membantu petani memperoleh keuntungan yang baik.
Pada Julai, indeks harga beras Pertubuhan Makanan dan Pertanian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (FAO) mencapai paras tertinggi dalam tempoh hampir 12 tahun, didorong oleh lonjakan harga dalam kalangan negara pengeksport beras utama susulan India memulakan sekatan eksport.
Baru-baru ini, Kementerian Perindustrian dan Perdagangan Vietnam mengumumkan senarai 210 perniagaan yang layak mengeksport beras.
Menurut kementerian itu, dalam tempoh tujuh bulan pertama tahun ini, Vietnam mengeksport 4.83 juta tan beras. Negara itu merancang mengeksport kira-kira 2.67 juta tan dalam tempoh berbaki lima bulan tahun ini.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 28 2023
Harga beras eksport Vietnam kekal tertinggi di dunia, dengan harga beras hancur 5 peratus mencecah AS$638 satu tan manakala beras hancur 25 peratus berharga AS$623 satu tan, menurut Persatuan Makanan Vietnam. - Gambar hiasan
Kos haji meningkat atau kekal diumum pada Isnin
Pengumuman kos bagi mengerjakan haji bagi tahun hadapan akan dibuat pada Isnin sekali gus menjawab persoalan sama ada berlaku peningkatan atau kos dikekalkan.
WTF: Tang Jie-Ee Wei hampiri kejuaraan, cipta sejarah
Chen Tang Jie-Toh Ee Wei menghampiri gelaran juara Jelajah Dunia Akhir (WTF) Persekutuan Badminton Dunia (BWF) selepas melangkah ke final edisi 2024 di Hangzhou, China, malam ini.
Karnival M6 jambatani komuniti e-sukan dengan khalayak umum
Sempena Kejohanan Antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 di mana Malaysia menjadi tuan rumah buat kali kedua.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal - Fahmi
Kontroversi Jalur Gemilang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
SAPP umum keluar daripada Perikatan Nasional - Presiden
Parti Maju Sabah (SAPP) mengambil keputusan secara rasmi menarik diri daripada gabungan politik Perikatan Nasional (PN).
Jenazah bayi beku: Polis rekod keterangan doktor
Polis telah merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
'Allosaurus' & 'Stegosaurus' dibida £12.4 juta pound
Tiga rangka dinosaur dari era Jurassic berjaya dibida dengan nilai 12.4 juta pound pada Khamis. Bidaan itu yang berlangsung di London melibatkan dua fossil Allosaurus yang dijual berpasangan berjumlah 8.1 juta pound atau bersamaan 10.3 juta dolar Amerika.
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
Francois Bayrou dilantik Perdana Menteri baharu Perancis
Presiden Perancis, Emmanuel Macron, yang sedang berhadapan tekanan politik, semalam melantik sekutunya yang berhaluan tengah, Francois Bayrou, sebagai Perdana Menteri baharu bagi negara itu.
Penunjuk perasaan Korea Selatan berhimpun menjelang undi pemecatan Presiden kali kedua
Penunjuk perasaan berhimpun di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu.
Harga beras import dari India berjaya diturunkan hasil rundingan bersama - Anwar
Harga beras import dari India berjaya diturunkan sedikit hasil rundingan bersama kerajaan India, semasa lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke negara berkenaan pada Ogos lepas.
NAFAS sebagai pengimport beras alternatif, dibincang dalam mesyuarat NACCOL esok
Cadangan menjadikan NAFAS sebagai alternatif pengimport beras serta pengeluar beras putih tempatan akan dibentangkan dalam mesyuarat NACCOL esok.
Wilayah Persekutuan, Terengganu, Sabah, Pulau Pinang umum kadar zakat fitrah
Tiga negeri dan Wilayah Persekutuan hari ini mengumumkan kadar zakat fitrah masing-masing yang ditentukan berdasarkan harga beras semasa mengikut gred dan jenis yang dimakan kebanyakan umat Islam.
Isu harga padi, beras akan dimuktamadkan 20 Mac ini - PM
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) dan Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) diberi tempoh sehingga 20 Mac ini untuk memuktamadkan isu harga padi dan beras.
Harga kawalan beras akan dibincang dalam mesyuarat NACCOL - PM Anwar
PM yakin harga beras boleh dikurangkan sekali gus dapat membantu mengurangkan beban kos sara hidup rakyat.
Kerajaan akan kaji harga beras putih tempatan - Mohamad Sabu
Kerajaan akan mengkaji harga beras putih tempatan (BPT) yang ditetapkan pada RM2.60 sejak tahun 2008.
Cadangan pecah monopoli beras perlu perbincangan bersama - Mat Sabu
Sebarang cadangan untuk memecahkan monopoli beras perlu dibincangkan bersama kementerian dan agensi berkaitan sebelum keputusan dibuat.
KPDN tambah tenaga kerja pantau bekalan beras
KPDN meningkatkan tenaga kerja untuk tugas pemantauan bagi menambah baik Op Jamin yang menumpukan kepada pemantauan bekalan dan harga beras.
Jualan Rahmah: Komitmen segera kerajaan atasi krisis beras - Persatuan pengguna
Inisiatif program Jualan Rahmah Beras dengan peruntukan RM150 juta, menunjukkan keazaman kerajaan meringankan bebanan kewangan rakyat.
KPDN anjur Jualan Rahmah Beras esok - Fuziah
Usaha itu adalah bagi membantu rakyat yang kini terbeban dengan kenaikan harga beras tempatan.