MOSCOW: Harga Bitcoin melonjak hampir tiga peratus pada pagi Selasa, melepasi paras AS$66,000 buat kali pertama sejak 17 Jun, menurut data perdagangan, lapor Sputnik/RIA Novosti.
Di Binance, bursa mata wang kripto terbesar mengikut jumlah dagangan, Bitcoin meningkat 2.87 peratus dalam tempoh 24 jam kepada AS$66,026.15 setakat 10.44 pagi waktu Moscow (07:44 GMT).
Menurut CoinMarketCap, yang mengira purata harga merentasi lebih 20 bursa, harga Bitcoin meningkat 2.92 peratus kepada purata AS$65,987.39.
-- BERNAMA-SPUTNIK/RIA NOVOSTI