awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis keluar 247 saman, sita 117 motosikal dalam operasi bersepadu
K-pop Demon Hunters cipta sejarah ketika Anugerah Grammy bermula
JDT kuasai perlawanan selepas permulaan sukar - Xisco Munoz
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Harga jualan kenderaan ditentukan pasaran, bukan dikawal kerajaan - MITI

Bernama
Bernama
04/09/2025
20:15 MYT
Harga jualan kenderaan ditentukan pasaran, bukan dikawal kerajaan - MITI
Kerajaan melalui Kementerian Kewangan menyediakan pelbagai insentif dan pengecualian cukai kepada kenderaan yang dipasang di Malaysia. - Gambar hiasan/DagangNews
KUALA LUMPUR: Harga jualan kenderaan di Malaysia tidak dikawal oleh kerajaan dan ia ditentukan oleh pasaran, menurut Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).
Katanya kerajaan melalui Kementerian Kewangan menyediakan pelbagai insentif dan pengecualian cukai kepada kenderaan yang dipasang di Malaysia termasuk kepada syarikat pengeluar kenderaan nasional.
"Melalui insentif dan pengecualian cukai ini, pengeluar kenderaan dapat menawarkan harga yang kompetitif bagi pasaran tempatan berbanding kenderaan yang diimport sepenuhnya," katanya dalam jawapan bertulis yang disiarkan di laman sesawang Parlimen semalam.
Ia menjawab soalan Senator Datuk Ahmad Ibrahim mengenai sama ada kementerian berhasrat untuk mengkaji semula harga kereta buatan Malaysia yang dilihat terlalu mahal sehingga rakyat terpaksa mengambil pinjaman sewa beli yang bertahun-tahun sedangkan kereta tempatan tidak mempunyai duti import.
Dalam pada itu, MITI berkata pengeluar kenderaan seperti Perodua ada mengeluarkan kenderaan kategori Rahmah yang dijual dengan harga mampu milik (RM22,000 tanpa insurans) bagi membolehkan lebih ramai rakyat memiliki kenderaan.
Katanya Proton juga mempunyai model Saga yang berharga kurang daripada RM40,000.
"Kerajaan berharap dengan kaedah ini, rakyat boleh memilih kenderaan yang sesuai dengan kemampuan masing-masing bagi mengelak bebanan kewangan yang tinggi kepada mereka," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#harga kereta
#automotif
#MITI
#kenderaan kategori Rahmah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan