awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Syarikat tempatan perlu diberi keutamaan, peluang dalam projek AI - Sim
PBT Negeri Sembilan diarah bertindak segera atasi rumah ibadat tidak berlesen - Exco
Laporan Bloomberg: Azam Baki patuhi pengisytiharan harta melalui saluran rasmi - SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Harga timah dijangka stabil minggu depan

Bernama
Bernama
02/02/2013
04:38 MYT
Harga timah dijangka stabil minggu depan
Harga timah di Pasaran Timah Kuala Lumpur (PTKL) dijangka diniagakan lebih kukuh pada minggu depan, yang disokong oleh minat membeli yang boleh dikekalkan terhadap logam itu, kata seorang peniaga.
Pasaran timah tempatan juga dijangka menerima petunjuk dari pergerakan di Bursa Logam London (LME).
Bagi minggu yang baru berakhir, yang singkat berikutan cuti umum, harga timah di PTKL meningkat US$190 untuk ditutup kepada US$24,890 setan metrik berbanding US$24,700 setan metrik pada Jumaat sebelum ini, dengan dagangan didominasi oleh pembeli Eropah, Jepun dan tempatan.
Pasaran ditutup pada Isnin bagi menggantikan cuti Thaipusam dan pada Jumaat bagi cuti Hari Wilayah Persekutuan.
Perolehan mingguan meningkat kepada 190 lot berbanding 160 lot pada minggu lepas, dengan dominasi pasaran oleh pembeli Jepun, Eropah dan tempatan.
Perbezaan harga antara PTKL dan LME mengecil kepada premium US$415 setan metrik berbanding US$430 setan metrik pada Jumaat lepas.
Topic Berkaitan
#Bursa Logam London
#Harga timah
#PTKL
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan