awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
AKPS perlu 400 pegawai penyiasat sokong keperluan operasi - Mohd Shuhaily
Tindakan tegas terhadap kontraktor lewat siapkan projek KKR - Menteri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Honda Malaysia sasar jualan 2,000 unit sebulan bagi City baharu

Bernama
Bernama
02/03/2017
14:17 MYT
Honda Malaysia sasar jualan 2,000 unit sebulan bagi City baharu
Honda Malaysia Sdn Bhd menyasarkan jualan 2,000 unit sebulan bagi model City baharu yang dilancarkan hari ini. - Gambar fail
Honda Malaysia Sdn Bhd menyasarkan jualan 2,000 unit sebulan bagi model City baharu yang dilancarkan hari ini, dengan varian S berharga kurang RM1,000 daripada S+ sebelum ini.
Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif, Katsuto Hayashi berkata City baharu itu, dilengkapi penambahbaikan segmen C serta tawaran keselamatan dan ciri-ciri canggih yang dinaik taraf, ditawarkan pada harga segmen B tanpa sebarang kenaikan.
City baharu itu, yang mengekalkan enjin 1.5L i-VTEC Honda, boleh didapati dalam tiga varian iaitu S, E dan V, dengan harga atas jalan masing-masing antara RM78,300, RM84,600 dan RM92,000.
"Saya yakin tiga varian ini boleh menarik lebih ramai pembeli yang berminat untuk bertukar kepada ciri-ciri nilai tambah lebih baik," katanya dalam ucapan semasa pelancaran model City baharu itu di sini, hari ini.
Model baharu itu tersedia dalam lima warna iaitu Lunar Silver Metallic, Dark Ruby Red Pearl, Taffetta White, Modern Steel Metallic dan Crystal Black Pearl.
Sejak pelancaran Honda City Generasi Keempat pada Mac 2014, model itu menerajui kategori Sedan segmen B dengan lebih 100,000 unit dijual di Malaysia, dan hampir 40 peratus jualan Honda Malaysia dalam tempoh tiga tahun.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#city
#Dark Ruby Red Pear
#Honda
#i-VTEC
#Katsuto Hayashi
#Lunar Silver Metallic
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan