awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemangku Presiden Venezuela lantik menteri pelancongan baharu
Lawatan Modi serlah usaha strategik India ke Asia Tenggara
WHO mohon AS$1 bilion tangani krisis kesihatan global pada 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Honda sasar jual 500 unit sebulan model terbaharu Accord

Bernama
Bernama
07/09/2016
10:45 MYT
Honda sasar jual 500 unit sebulan model terbaharu Accord
Pengarah Urusan dan Ketua pegawai Eksekutif Honda Malaysia Katsuto Hayashi (kiri) melancarkan Honda Accord baru pada majlis pelancarannya di Setia Alam. Pengerusi Honda Malaysia Sdn Bhd Datuk Seri Syed Faisal Albar dan Roslan Abdullah. - Foto Bernama
Honda Malaysia menyasar menjual 500 unit sebulan model terbaharu Accord yang dilancarkan hari ini.
Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia Katsuto Hayashi berkata model terbaharu Accord itu menawarkan tahap pengalaman baharu dalam kelas sedan eksekutif premium.
"Barisan siri sedan kami City, Civic dan Accord di Malaysia kini lengkap," katanya.
Model baharu itu tampil dengan tiga variasi 2.0VTi, 2.0VTi-L dan 2.4VTi-L, dengan harga atas jalan bermula daripada RM144,800 hingga RM172,800.
"Dengan sasaran jualan 500 unit sebulan itu, Accord dijangka menyokong sasaran jualan keseluruhan Honda sebanyak 90,000 unit tahun ini," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran itu di Setia Alam, di sini, hari ini.
Katsuto berkata Accord telah direka semula bagi menawarkan penampilan luaran yang lebih canggih dan maskulin dengan reka bentuk bampar depan baharu, lampu puncak LED yang bergaya bagi bahagian depan dan belakang dan rim hitam dan perak dengan dua tona.
"Varian 2.4 VTi-L, berharga RM5,000 lebih murah berbanding model sebelum ini dan dikuasakan oleh enjin revolusi Earth Dreams Technology Honda bagi pemanduan yang lebih memuaskan dan bahan api yang lebih cekap.
"Accord ini akan menjadi model pertama Honda yang didatangkan dengan warna Obsidian Blue Pearl. Ia juga akan dilengkapkan dengan unit Audio Paparan Canggih Sentuh Skrin tujuh inci dengan i-MID, yang sesuai dengan Apple CarPlay dan Android Auto," katanya.
Sementara itu, Katsuto berkata data dalaman Honda menunjukkan Jualan Keseluruhan Kenderaan dari Januari hingga Ogos 2016 turun kira-kira 15 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lepas.
"Dengan jualan dari Januari hingga Ogos berjumlah 55,751 unit, kami berjaya mengekalkan kedudukan nombor satu kami dalam segmen bukan nasional," katanya.
Topic Berkaitan
#Honda Accord
#Katsuto Hayashi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan