awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 4,000 kes kanser direkod sejak 2022 di Melaka - Ngwe
Belum ada garis masa bawa penambahan kerusi DUN Sarawak ke Parlimen - Alexander
Roy Azman masih dirawat di hospital, pembedahan ditangguh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hubungi BNM jika bank enggan memendekkan tempoh pinjaman

Najib Aroff
Najib Aroff
11/02/2021
06:34 MYT
Hubungi BNM jika bank enggan memendekkan tempoh pinjaman
Justeru Shamsiah mengesa peminjam berhubung dengan pegawai bank dan meminta terma jelas tentang bantuan bayaran balik dan kesan kepada kos pinjaman. - Foto Astro AWANI
KUALA LUMPUR:Peminjam berhak meminta pihak bank memendekkan tempoh bayaran balik hutang apabila mereka berkemampuan meningkatkan bayaran.
Menurut Gabenor Bank Negara Malaysia, Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus sekiranya pihak bank enggan memberikan kebenaran peminjam boleh membuat aduan di Bank Negara.
"Kami juga mendengar keluhan segelintir peminjam yang mereka tidak diberi pilihan untuk memendekkan tempoh bayaran balik.
"Saya memberi jaminan bahawa peminjam berhak meningkatkan bayaran ansuran sebaik sahaja mereka bersedia melakukannya, ini akan mengurangkan kos pinjaman mereka. Sekiranya mereka menghadapi masalah dengan bank, sila hubungi Bank Negara," katanya.
Belau berkata demikian sebagai reaksi berhubung rungutan peminjam yang mendakwa tempoh bayaran balik pinjaman bertambah panjang sekali gus meningkatkan kos pinjaman keseluruhan.
Pemanjangan tempoh itu sememangnya berlaku apabila penstrukturan dilakukan, tambahnya.
"Bank menawarkan bantuan bayaran balik bersasar untuk mengurangkan beban aliran wang tunai peminjam termasuk mengurangkan ansuran bulanan yang perlu dibayar peminjam.
"Apabila ansuran pinjaman dikurangkan, masa yang diambil untuk melunaskan pinjaman tersebut akan menjadi lebih lama dan akan meningkatkan kos pinjaman.
"Dalam kebanyakan kes, tempoh pinjaman yang panjang hanyalah petunjuk sekiranya jumlah pinjaman yang dikurangkan ini kekal berterusan sepanjang tempoh pinjaman,' katanya.
Justeru, Shamsiah menggesa peminjam untuk berhubung dengan pegawai bank dan mendapatkan terma jelas tentang bantuan bayaran balik dan impak terhadap kos pinjaman.
Topic Berkaitan
#Bank Negara Malaysia
#BNM
#Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus
#Moratorium
#pinjaman
#pemanjangan tempoh pembayaran
#kos pinjaman
#bank
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan