awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Empat hektar hutan simpan di Banting terbakar
Imigresen selamatkan pembantu rumah warga Indonesia jadi mangsa eksploitasi
Edar vape berisi dadah, warga Singapura antara dua ditahan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hutang Kerajaan Persekutuan cecah RM630.5 bilion setakat Dis 2015 - Kementerian Kewangan

Bernama
Bernama
17/03/2016
09:43 MYT
Hutang Kerajaan Persekutuan cecah RM630.5 bilion setakat Dis 2015 - Kementerian Kewangan
Tahap hutang Kerajaan Persekutuan setakat Disember 2015 mencecah RM630.5 bilion. - Gambar fail
Tahap hutang Kerajaan Persekutuan setakat Disember 2015 mencecah RM630.5 bilion atau 54.4 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), kata Kementerian Kewangan.
Kementerian tersebut dalam jawapan bertulis yang diedarkan di Parlimen hari ini, berkata daripada jumlah berkenaan 96.6 peratus atau RM609.1 bilion adalah hutang domestik, dan baki adalah pinjaman luar pesisir.
"Kerajaan terus komited dalam memastikan paras hutang Kerajaan Persekutuan tidak melebihi 55 peratus daripada KDNK. Langkah konsolidasi fiskal akan terus diamalkan bagi mengurangkan paras defisit secara berperingkat," kata kementerian itu.
Menurut Kementerian Kewangan, jumlah jaminan yang telah diberikan oleh kerajaan sehingga akhir tahun lalu adalah sebanyak RM177.7 bilion atau 15.4 peratus daripada KDNK.
Jaminan tersebut diberikan terutamanya kepada entiti awam yang melaksanakan projek-projek infrastruktur dan operasi pengangkutan awam.
Kerajaan Persekutuan dari semasa ke semasa memberi jaminan kepada Badan Berkanun dan syarikat Kerajaan untuk meminjam bagi membiayai projek-projek pembangunan untuk kepentingan rakyat.
Selain itu, sebanyak dua Surat Sokongan telah diberikan oleh kerajaan sehingga akhir 2015 yang masing-masing berjumlah US$3 bilion (RM12.4 bilion) dan US$150 juta (RM620.12 juta).
"Prestasi bayaran balik pinjaman adalah baik dan mengikut jadual yang ditetapkan tanpa sebarang tunggakan," kata kementerian itu.
Topic Berkaitan
#hutang
#KDNK
#Keluaran Dalam Negara Kasar
#Kementerian Kewangan
#Parlimen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan