GEORGE TOWN: Diduga dengan perniagaan terpaksa ditutup akibat pandemik COVID-19 bukan penghalang untuk seorang pemilik spa menceburi bidang perniagaan lain demi kelangsungan hidup bersama 12 anaknya.
Rabtahwati Ramli berkata, pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) memberi impak kepada perniagaan diusahakan apabila perlu menutup tiga buah spa di Pulau Pinang dan di ibu negara.
“Saya terpaksa tutup spa pada awal tahun lalu secara berperingkat kerana PKP. Selain itu, tiada pelanggan yang datang kerana bimbang dengan penularan pandemik COVID-19.
“Operasi spa terpaksa ditutup sepenuhnya pada April lalu dan sehingga kini masih tidak boleh dibuka kerana keadaan COVID-19 belum pulih sepenuhnya,” katanya.
Bagaimanapun, Rabtahwati bernasib baik apabila dia mewarisi kemahiran memproses jamu daripada neneknya yang merupakan seorang bidan.
Kata Rabtahwati, menyedari perniagaan spa tidak lagi menjamin pulangan yang memberangsangkan, dia mula aktif menjual produk herba.
“Produk saya ini semuanya berasaskan herba antaranya jamu, set peralatan bersalin dan banyak lagi. Sebelum ini, saya ada jual produk ini juga. Saya usaha sendiri sejak dua tahun lalu dengan semua ramuan adalah daripada saya sendiri.
“Saya juga mempunyai kilang di Kulim, Kedah. Produk herba ini yang membantu saya menjana pendapatan sepanjang operasi spa ditutup dan saya bersyukur kerana sambutan produk herba ini sangat memberangsangkan,” katanya.
Menurutnya, bagi membantu golongan wanita yang terjejas atau kehilangan pendapatan akibat pandemik ini, dia merancang untuk menjalankan program mentor mentee khas untuk golongan berkenaan.
“Saya menerima banyak permintaan daripada wanita-wanita yang berminat untuk mempelajari selok belok perniagaan spa termasuk penjagaan selepas bersalin di rumah selepas COVID-19 melanda.
“Program ini dijangka bermula tahun ini tetapi terpaksa ditangguhkan lagi selepas PKP 2.0 dilaksanakan sejak Januari lalu. Dalam program itu nanti, saya akan membuka peluang kepada 20 wanita yang berminat untuk menjalankan perniagaan spa di rumah,” katanya.
Tambahnya, ilmu serta kelengkapan spa akan dibekalkan kepada peserta dan ia diadakan secara percuma.
Sinar Harian
Tue Mar 09 2021
Rabtahwati bersama sebahagian daripada 12 anaknya. - Foto Sinar Harian
Penunjuk perasaan pro-Palestin di Paris kepung universiti
Penunjuk perasaan pro-Palestin mengepung bangunan dan kawasan hadpaan Universiti Sciences Po yang berprestij di Paris pada Jumaat.
Piala Thomas: Zii Jia pamer magis tarik perhatian ramai di Chengdu
Zii Jia merekodkan kemenangan ke atas Lee Cheuk Yiu dalam aksi yang mengambil masa 45 minit menghadirkan saat-saat terbaik dalam saingan pembukaan ini.
Youth All Girls raih gangsa di Amerika Syarikat
Pasukan sorak Malaysia Youth All Girls raih gangsa di The 2024 International Cheer Union World Cheerleading Championships (ICU JWCC) di Florida, Amerika Syarikat pada Khamis.
Perkembangan proses penamaan calon PRK Kuala Kubu Baharu
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon pagi tadi di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Firdaus Azil ada perincian untuk dikongsikan jam ini.
Firdaus Azil ada perincian untuk dikongsikan jam ini.
Malaysia-China bincang perkukuhkan kerjasama sektor pendidikan
Malaysia dan China membincangkan inisiatif strategik bagi memperluas serta memperkukuh jalinan kerjasama sektor pendidikan tinggi antara Kuala Lumpur-Beijing sempena sambutan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik Malaysia-China.
Perdana Menteri ke Riyadh sempena mesyuarat khas Forum Ekonomi Sedunia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan lawatan kerja ke Riyadh, Arab Saudi sempena mesyuarat khas forum sedunia World Economic Forum (WEF) bermula 27 hingga 29 April ini.
Kerajaan Persekutuan kaji cadangan wujud hospital di Pengerang - Azalina
Hospital tersebut akan memudahkan penduduk mendapatkan rawatan memandangkan Pengerang semakin pesat membangun.
AWANI Ringkas: Reformasi gaji di Malaysia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Piala Thomas: Lee Zii Jia beri mata pertama buat Malaysia!
Kemenangan straight set benarkan Malaysia raih mata pertama dalam aksi peringkat kumpulan saingan Piala Thomas berdepan Hong Kong.
AWANI Pagi: Filem Oppa semai mesej PDRM banteras jenayah scam
Ikuti diskusi bersama Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf akan berkongsi mesej disemai PDRM dalam membanteras jenayah scam yang berleluasa ketika ini.
Kelaparan akut jejaskan 281.6 juta orang tahun lepas - PBB
Tahap bahaya kelaparan akut menjejaskan 281.6 juta orang tahun lepas, tahun kelima berturut-turut bahawa ketakjaminan makanan semakin memburuk.
Hamilton optimis kedudukan lebih baik di GP China
Lewis Hamilton melihat potensi kedudukan yang lebih baik dalam saingan Grand Prix yang kembali ke China buat pertama kali dalam tempoh lima tahun, hujung minggu ini.
'Selfish!' - Fasha Sandha sedih raya di Perlis tak jadi gara-gara dijangkiti COVID-19
Fasha berkata dia mula melakukan pemeriksaan COVID-19 selepas berasa tidak sihat badan dan mengalami bersin tidak henti sejak Raya pertama.
Kes COVID-19 catat penurunan ketara pada ME 14/2024 - KKM
Jumlah kes COVID-19 menurun 97.1 peratus kepada 493 kes pada Minggu Epidemiologi ke-14 (ME 14/2024) iaitu bagi tempoh 31 Mac hingga 6 April lepas berbanding 17,256 kes pada ME 1/2024.
China jadikan pengalaman pencegahan COVID-19 untuk hadapi pandemik masa depan
China akan menjadikan pengalaman dalam pencegahan dan kawalan COVID-19 untuk membuat persediaan yang lebih proaktif untuk menghadapi pandemik masa depan seperti "Penyakit X".
Negara berdepan ketirisan subsidi diesel serius - Amir Hamzah
Negara kini sedang berdepan isu ketirisan subsidi diesel yang serius dan wujud kemungkinan terdapat pihak yang tidak layak masih menikmati subsidi itu, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah.
Kematian akibat kemalangan jalan raya lebih tinggi daripada COVID-19 - Anthony Loke
PDRM akan mengeluarkan data mengenai kemalangan jalan raya pada setiap hari, bukan setahun sekali seperti diamalkan sebelum ini.
Ismail Sabri ziarah lapan beradik yatim piatu akibat COVID-19
Ismail Sabri tiba kira-kira jam 2 petang di kediaman lapan beradik itu di Taman Adenium, Bukit Beruntung pada Selasa.
Teori konspirasi 'Penyakit X'
Ahli teori konspirasi AS sekali lagi membuat 'keuntungan' selepas PBB memberi amaran tentang wabak lebih berbahaya iaitu 'Penyakit X'.
Reformasi dasar, kukuhkan perlindungan, produktiviti pekerja tidak formal
Reformasi dasar perlu dilakukan dalam usaha meningkatkan perlindungan dan produktiviti pekerja tidak formal di Malaysia.