KUALA LUMPUR: Indeks Harga Pengeluar (IHPR) Malaysia bagi pengeluaran tempatan meningkat 10.0 peratus tahun ke tahun pada Disember 2021 berbanding penurunan 2.1 peratus yang dicatatkan pada bulan yang sama tahun sebelumnya.
Peningkatan ini adalah kesan daripada harga komoditi utama yang meningkat pada kadar lebih rendah namun tekanan inflasi masih berterusan, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DoSM) hari ini.
Dalam satu kenyataan, Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata peningkatan IHPR pengeluaran tempatan pada Disember 2021 disumbangkan oleh indeks perlombongan yang melonjak 45.1 peratus berbanding kejatuhan 40.0 peratus yang dicatatkan pada Dis 2020, dipacu oleh kenaikan harga minyak mentah (46.8 peratus) dan gas asli (37.0 peratus).
"Indeks pertanian, perhutanan dan perikanan juga meningkat pada kadar sederhana iaitu 10.9 peratus berbanding 23.5 peratus pada Dis 2020, sebahagian besarnya disebabkan oleh peningkatan dalam indeks perikanan (12.4 peratus), pengeluaran ternakan (11.6 peratus) dan penanaman tanaman kekal (11.2 peratus)," katanya.
Sementara itu, indeks pembuatan meningkat 7.6 peratus pada Dis 2021, disumbangkan oleh indeks bagi subsektor pembuatan produk petroleum bertapis (22.3 peratus), pembuatan minyak dan lemak daripada sayuran dan haiwan (18.1 peratus) dan pembuatan kimia asas, baja dan sebatian nitrogen, plastik serta getah sintetik dalam bentuk primer (15.6 peratus).
Beliau menambah indeks bagi subsektor pembuatan produk plastik, pembuatan produk getah dan pembuatan besi dan keluli asas turut meningkat sementara indeks utiliti merekodkan peningkatan secara marginal masing-masing dengan 0.9 peratus dan 0.7 peratus bagi indeks bekalan air dan indeks bekalan elektrik dan gas.
Melihat kepada perbandingan bulan ke bulan, Mohd Uzir menjelaskan IHPR pengeluaran tempatan buat pertama kalinya mencatatkan penurunan setelah merekodkan peningkatan secara konsisten selama 14 bulan berturut-turut.
IHPR pengeluaran tempatan turun 0.6 peratus pada Dis 2021 dengan penurunan ini disumbangkan terutamanya oleh indeks perlombongan dengan catatan negatif 4.2 peratus.
Indeks pertanian, perhutanan dan perikanan turut mencatatkan penurunan 2.9 peratus, dipacu terutamanya oleh harga buah tandan segar kelapa sawit yang merosot 4.9 peratus berbanding November 2021.
Harga bagi ayam juga menunjukkan penurunan 0.8 peratus, tambah beliau.
Sementara itu, indeks pembuatan meningkat secara marginal 0.1 peratus, disokong oleh kenaikan sederhana 0.7 peratus bagi subsektor pembuatan produk petroleum bertapis selain peningkatan harga bagi produk-produk berkaitan dengan pembinaan.
Namun begitu, peningkatan marginal dalam indeks pembuatan turut diimbangi dengan kejatuhan 0.8 peratus bagi pembuatan komponen dan papan elektronik.
Pada masa yang sama, indeks bekalan air dan bekalan elektrik dan gas masing-masing meningkat 0.5 peratus dan 0.1 peratus.
Mohd Uzir seterusnya berkata IHPR pengeluaran tempatan meningkat 9.5 peratus pada tahun 2021, yang merupakan peningkatan tertinggi dalam tempoh sedekad yang lalu. Ini juga kali pertama IHPR mencatatkan peningkatan setelah merekodkan penurunan selama tiga tahun berturut-turut.
"Tahun 2021 menyaksikan bagaimana ekonomi di seluruh dunia mengalami masalah bekalan yang tidak mencukupi untuk menampung permintaan yang kembali pulih setelah sekatan pergerakan di kebanyakan negara dimansuhkan. Ini menyebabkan gangguan kepada rantaian bekalan dan memberi tekanan kepada harga komoditi dan bahan mentah.
Selain itu, keadaan cuaca sejuk berpanjangan luar biasa di beberapa negara turut menyebabkan kenaikan harga bagi komoditi utama terutamanya gas asli.
Bagi tahun 2022, dunia berdepan dengan ancaman penularan varian Omicron pula yang turut memberi kesan signifikan kepada harga komoditi utama terutama minyak mentah.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 27 2022
Peningkatan ini adalah kesan daripada harga komoditi utama yang meningkat pada kadar lebih rendah namun tekanan inflasi masih berterusan, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DoSM) hari ini. - Gambar fail
Bursa Malaysia dijangka mengalami keadaan tidak banyak berubah minggu depan
FBM KLCI dijangka turun naik dalam julat 1,528 hingga 1,560 minggu depan, dengan sokongan serta-merta pada 1,520, diikuti oleh 1,508.
Noktah kemiskinan tegar, isu kewarganegaraan dibincang bersama MPN PKR Sabah
Anwar yang juga Presiden PKR berkata MPN PKR Sabah telah mengutarakan kepentingan memesatkan usaha menoktahkan kemiskinan tegar di Sabah.
Tun Hanif Omar lakar sejarah Ketua Polis Negara paling lama, termuda
Allahyarham dilantik memegang jawatan Ketua Polis Negara keempat pada usia 35 tahun bermula 8 Jun 1974.
AWANI Ringkas: PM di Sabah, lawatan kerja sehari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Amelia Henderson jawab tuduhan pakai rantai dengan loket salib
Aktres i.D berikut menerima kecaman kerana memakai loket balerina yang disalah erti oleh warga maya dengan lambang salib.
Mengenang Tun Mohammed Hanif Omar 1939-2024
Baik bagi mengenang pemergian tokoh negara berjiwa besar Allahyarham Tun Haniff Omar
Bersama kami di talian adalah Tan Sri Mohd Annuar Zaini yang juga merupakan tokoh pentadbiran yang kita kenali
Bersama kami di talian adalah Tan Sri Mohd Annuar Zaini yang juga merupakan tokoh pentadbiran yang kita kenali
Perluasan konflik serantau, Asia Barat
Prof Dr Azmi Hassan, Felo Kanan Akademi Penyelidikan Strategik Nusantara NASR
'Saya akan beri keputusan dalam masa singkat' - Anwar
Ketua-ketua cabang di Sabah telah memberikan pandangan dan keputusan akan dipertimbang dalam masa terdekat.
Wanita usung mayat bapa saudara ke bank demi tanda tangan dokumen pinjaman wang
Erika memberitahu pekerja bank bahawa bapa saudaranya mahu melakukan pinjaman sebanyak 17,000 reais (RM15,523).
Sambutan Aidilfitri MADANI 2024 peringkat kebangsaan dirai di Sabah hari ini
Majlis itu membuka tirai dan menerima kunjungan orang ramai seawal pukul 10.30 pagi hingga 3 petang.
Bursa Malaysia dibuka rendah, kurang peserta berikutan cuti panjang
Pada 9.18 pagi ini, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut sebanyak 3.56 mata kepada 1,549.95 daripada 1,553.51 di akhir dagangan Selasa lepas.
Ringgit dibuka tinggi berbanding mata wang utama kecuali dolar AS
Pada 9 pagi, ringgit susut kepada 4.6980/7035 berbanding dolar AS daripada 4.6845/6878 pada Khamis.
Bursa Malaysia susut dalam dagangan awal berikutan aktiviti ambil untung
Pada 9.16 pagi ini, indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 1.62 mata kepada 1,543.09 daripada 1,544.71 di akhir dagangan semalam.
Indeks Harga Pengeluar Malaysia susut 0.6 peratus pada Januari 2024 - DOSM
Penyusutan itu terutamanya berikutan IHPR sektor perlombongan yang menyusut 1.3 peratus berbanding 3.4 peratus pada Disember 2023.
IHPR merudum, Muhyiddin dakwa Kerajaan acuh tak acuh urus ekonomi rakyat
Muhyiddin berpandangan, realiti penurunan IHPR dikhuatiri akan memburukkan keadaan ekonomi rakyat yang terjejas dengan kenaikan harga barangan.
Indeks harga pengeluar Malaysia turun -1.8 peratus pada Ogos 2023
IHP Malaysia merosot kepada -1.8 peratus pada Ogos 2023, iaitu meningkat sedikit berbanding -2.3 peratus pada Julai (Jun: -4.8 peratus).
Sentimen berhati-hati dorong Bursa Malaysia dibuka rendah
Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 4.66 mata kepada 1,454.27 daripada 1,458.93 pada penutup semalam.
Inflasi mereda, pasaran buruh bertambah baik positif untuk ekonomi Malaysia - DOSM
Inflasi terus menurun pada Jun 2023 kepada kadar terendahnya pada separuh pertama 2023, menandakan paras terendah baharu 2.4 peratus.
Ringgit terus mengukuh berbanding dolar AS
Pada 9 pagi, mata wang tempatan menambah nilai kepada 4.5425/5480 berbanding dolar AS daripada 4.5800/5845 pada penutupan Khamis.
MIDF Research unjur IHP inflasi menyederhana kepada 3.0 peratus tahun ini
MIDF Research mengunjurkan IHP inflasi keseluruhan menyederhana kepada 3.0 peratus pada 2023 daripada 3.4 peratus tahun lepas.