awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bad Cop: Permulaan era drama Malaysia yang lebih berani - “Kita sentiasa berusaha memperkenalkan…”
Ketibaan penumpang di KL Sentral disambut meriah dengan tarian kebudayaan
Wanita pertama ketuai Institusi Hadiah Nobel
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Indeks Harga Pengeluar Malaysia susut 2.8 peratus pada Ogos 2025 - DOSM

Bernama
Bernama
29/09/2025
08:10 MYT
Indeks Harga Pengeluar Malaysia susut 2.8 peratus pada Ogos 2025 - DOSM
Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin berkata penurunan pada Ogos sama seperti bulan sebelumnya yang disumbangkan terutamanya oleh sektor pembuatan dan perlombongan. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Indeks Harga Pengeluar (IHPR) Malaysia yang mengukurperubahan harga di peringkat pengeluar, mencatatkan penurunan kecil 2.8 peratus pada Ogos 2025 selepas susut 3.8 peratus pada bulan sebelumnya, kata Jabatan Perangkaan Malaysia.

Ringkasan AI
  • Indeks Harga Pengeluar (IHPR) Malaysia mencatat penurunan 2.8 peratus pada Ogos 2025, disumbangkan oleh sektor pembuatan dan perlombongan, khususnya produk petroleum bertapis dan komputer serta elektronik.
  • Sektor pertanian, perhutanan dan perikanan meningkat 7.3 peratus, manakala sektor utiliti turut mencatatkan kenaikan dalam bekalan elektrik, gas dan air.
  • IHPR pengeluaran tempatan meningkat 0.1 peratus secara bulanan, namun semua kategori pemprosesan menunjukkan penurunan tahun ke tahun sejak Mac 2025.

Ketua Perangkawan Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin berkata penurunan pada Ogos sama seperti bulan sebelumnya yang disumbangkan terutamanya oleh sektor pembuatan dan perlombongan.
"Sektor pembuatan mencatatkan penurunan 4.0 peratus sama seperti Julai 2025, dipengaruhi oleh pembuatan kok dan produk-produk petroleum bertapis (-14.9 peratus) serta pembuatan komputer, produk elektronik dan optikal (-7.7 peratus)," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata pada masa yang sama, sektor perlombongan susut 3.4 peratus pada Ogos 2025 berbanding penurunan ketara 8.7 peratus pada Julai, dipengaruhi oleh aktiviti pengekstrakan petroleum mentah (-5.1 peratus).
Sebaliknya sektor pertanian, perhutanan dan perikanan meningkat 7.3 peratus (Julai 2025: 1.1 peratus), didorong oleh penanaman tanaman kekal (11.6 peratus), manakala sektor utiliti mencatatkan peningkatan dalam bekalan elektrik dan gas (4.1 peratus) dan bekalan air (3.4 peratus).
Pada asas bulan ke bulan, Mohd Uzir berkata IHPR bagi pengeluaran tempatan meningkat 0.1 peratus pada Ogos 2025, selepas kenaikan 0.3 peratus pada bulan sebelumnya.
Mengikut peringkat pemprosesan, beliau berkata semua kategori mencatatkan penurunan tahun ke tahun pada Ogos 2025, meneruskan trend penguncupan sejak Mac 2025.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Indeks Harga Pengeluar
#ekonomi malaysia
#DoSM
#Mohd Uzir Mahidin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan