awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelantikan Malek Razak sebagai PAT langkah strategik pacu pembaharuan - ATM
Balu Tun Daim fail larangan bersuara terhadap Anwar Ibrahim
Hakim AS sekat usaha pentadbiran Trump tamatkan perlindungan ke atas 350,000 rakyat Haiti
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Indeks nilai seunit eksport, import Malaysia bagi Ogos 2023 naik 0.5 dan 1.0 peratus

Bernama
Bernama
27/09/2023
05:05 MYT
Indeks nilai seunit eksport, import Malaysia bagi Ogos 2023 naik 0.5 dan 1.0 peratus
Menurut DOSM, terma perdagangan Malaysia turun 0.5 peratus bulan ke bulan kepada 110.5 mata pada Ogos 2023. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Nilai eksport Malaysia pada Ogos 2023 mencatat peningkatan marginal sebanyak 0.5 peratus kepada 142.3 mata berbanding bulan sebelumnya, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
Peningkatan tersebut disumbangkan oleh minyak galian dan makanan yang masing-masing menokok sebanyak 5.0 peratus dan 0.3 peratus, katanya dalam kenyataan Indeks Perdagangan Luar Negara hari ini.
Bagaimanapun, indeks volum eksport turun 1.9 peratus pada bulan sama selaras dengan penyusutan indeks bahan mentah tidak boleh dimakan sebanyak 11 peratus dan alat jentera serta kelengkapan pengangkutan sebanyak 10.7 peratus.
Indeks nilai seunit import turut meningkat 1.0 peratus pada Ogos 2023, disumbangkan oleh peningkatan indeks minyak, lemak binatang dan sayur-sayuran (9.6 peratus), minyak galian (7.0 peratus) dan makanan (0.3 peratus).
Selain itu, indeks volum import merosot 2.6 peratus pada Ogos 2023 berbanding bulan sebelumnya berikutan kemorosotan indeks minyak galian (-17.1 peratus), bahan kimia (-3.0 peratus) dan barang-barang keluaran kilang (-2.7 peratus).
Menurut DOSM, terma perdagangan Malaysia turun 0.5 peratus bulan ke bulan kepada 110.5 mata pada Ogos 2023, didorong oleh kejatuhan indeks minyak, lemak binatang dan sayur-sayuran (-9.2 peratus), minyak galian (-1.9 peratus) dan pelbagai barang keluaran kilang (-0.9 peratus).
Terma perdagangan Malaysia bagi tahun ke tahun turut susut 1.3 peratus daripada 111.9 mata pada Ogos 2022.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Nilai eksport Malaysia
#peningkatan marginal
#Jabatan Perangkaan Malaysia
#Import Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan