INDEKS utama di Wall Street termasuk Dow Jones meningkat ke paras rekod selepas saham berkaitan pertumbuhan meningkat susulan jualan mendadak pada Selasa.

Ini selepas data pekerjaan swasta meningkat pada April.

Dalam semakan akhir, indeks Dow Jones naik 97 mata, Nasdaq jatuh 51 mata dan S & P 500 naik 2 mata.

Saham teknologi seperti Apple, Microsoft dan Amazon serta Google mencatatkan peningkatan.

Laporan Pekerja Kebangsaan (ADP) melaporkan penggajian swasta di Amerika meningkat pada April dengan syarikat meningkatkan pengeluaran untuk memenuhi permintaan.

Permintaan dilapor meningkat akibat pelan rangsangan kerajaan dan vaksinasi yang terus naik.

Namun pasaran masih rapuh dengan kekhuatiran berkenaan kadar inflasi yang meningkat dan potensi peningkatan kadar faedah.

Sebarang kenaikan kadar faedah akan memberikan kesan kepada keuntungan syarikat.