awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
57 mangsa tanah runtuh di Bandung Barat dikenal pasti, operasi SAR diteruskan
Pembaikan cerun di Jalan Lojing-Gua Musang dijangka bermula Mac - Nanta
Laura Fernández menang besar pilihan raya Costa Rica, bakal presiden wanita kedua negara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

India import minyak sayuran bernilai lebih AS$8.8 bilion pada separuh tahun fiskal 2021-22

Bernama
Bernama
15/10/2021
03:50 MYT
India import minyak sayuran bernilai lebih AS$8.8 bilion pada separuh tahun fiskal 2021-22
India mengimport sejumlah besar minyak sawit, minyak kacang soya dan minyak bunga matahari untuk memenuhi permintaan penggunaan domestik.
NEW DELHI: India mengimport minyak sayuran bernilai lebih AS$8.83 bilion dalam tempoh April hingga September tahun ini, sekali gus merekodkan peningkatan nilai 84.8 peratus berbanding tempoh yang sama 2020, menurut data perdagangan terkini yang dikeluarkan Kementerian Perdagangan.
Import minyak sayuran pada September sahaja bernilai AS$1.99 bilion, hampir 132 peratus lebih tinggi daripada angka pada September 2020.
India mengimport sejumlah besar minyak sawit, minyak kacang soya dan minyak bunga matahari untuk memenuhi permintaan penggunaan domestik.
Keseluruhan import oleh negara ini pada separuh pertama tahun fiskal 2021-22 meningkat 40.52 peratus kepada AS$341.1 bilion berbanding angka pada tempoh yang sama tahun lepas.
Jumlah eksport barangan dan perkhidmatan adalah AS$312.47 bilion, mewakili peningkatan 64.91 peratus berbanding tempoh enam bulan 2020.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#India
#minyak sayuran
#minyak sawit
#minyak kacang soya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan