Menjelang 2020, produk akuakultur Malaysia yang dieksport ke China dijangka meningkat sekali ganda kepada RM400 juta setahun.
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata ini hasil inisiatif Satu Jalur Satu Laluan (One Belt One Road) dan merupakan satu daripada manfaat yang dapat dinikmati oleh ahli perniagaan Malaysia.
"Semasa lawatan saya ke Beijing, seorang pegawai membawa saya ke restoran makanan laut dan memberitahu apakah produk akuakultur yang diimport dari Malaysia. Bukti itu sudah cukup untuk menyaksikan industri akuakultur dan perikanan kita berjaya menembusi pasaran China,'' kata beliau kepada pemberita selepas Anugerah Akuakultur dan Kelisa 2017 di sini pada Rabu.
Beliau berkata semasa lawatan beliau ke China bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini, beliau menyedari bahawa Malaysia mempunyai potensi besar sebagai pengeksport utama akuakultur ke China.
"China menyertai bidang akuakultur sejak sekian lama dan terdapat banyak perkara yang kita boleh belajar daripada mereka terutama mengenai pemindahan teknologi. Kerjasama dengan pelbagai pihak telah diwujudkan dan perancangan sedang dijalankan," kata beliau.
Beliau berkata masih terdapat banyak ruang untuk penambahbaikan dan mengembangkan industri akuakultur kerana pelabuhan di Kuantan, Pahang akan dijadikan pelabuhan khas untuk menghubungkan kedua-dua negara bagi urusan import-eksport.
"Makanan laut dan produk ikan mendapat permintaan yang tinggi tetapi ada ruang untuk maju terutama mengenai pertukaran teknologi. Malaysia berjaya meneroka pasaran China dan ia akan menjadi pasaran yang besar untuk kita pada masa akan datang," kata beliau.
Beliau berkata pembangunan itu menafikan sebarang kelembapan dalam eksport ke Kesatuan Eropah dan pasaran lain yang mengenakan pelbagai sekatan dan syarat ke atas eksport Malaysia.
Terdahulu, Ahmad Shabery telah merasmikan majlis anugerah yang mengiktiraf 19 akuakultur dan industri berkaitan akuakultur atas sumbangannya kepada industri akuakultur negara.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 18 2017
Beliau berkata masih terdapat banyak ruang untuk penambahbaikan dan mengembangkan industri akuakultur kerana pelabuhan di Kuantan, Pahang akan dijadikan pelabuhan khas untuk menghubungkan kedua-dua negara. - Gambar fail
ABC News setuju bayar saman fitnah AS$15 juta Trump, mohon maaf
Rangkaian berita itu akan membayar sebanyak AS$15 juta kepada sebuah badan kebajikan dan mengeluarkan permohonan maaf.
Lelaki sempat jerit minta tolong sebelum dibaham buaya
Mangsa berusia 28 tahun disambar reptilia itu ketika melalui jambatan kayu di kawasan setinggan tersebut.
Bekas pemain bola sepak Manchester City sah Presiden Georgia
Mikheil Kavelashvili dilantik sebagai Presiden oleh Parlimen Georgia selepas 16 hari protes melanda pekan dan bandar negara berkenaan.
DBKL lanjut tempoh permohonan tapak bazar Ramadan
Ia bagi memberi peluang kepada lebih ramai penjaja yang berkelayakan untuk mengambil bahagian.
Tentera Rusia berundur dari selatan Syria
Sebuah konvoi kenderaan tentera Rusia dilaporkan berundur dari wilayah selatan Syria menuju ke pangkalan tentera di Tartous, bandar pesisir Latakia, utara negara itu.
Menurut media antarabangsa, konvoi kenderaan tentera dilihat melalui lebuh raya Damsyik-Homs menuju utara.
Menurut media antarabangsa, konvoi kenderaan tentera dilihat melalui lebuh raya Damsyik-Homs menuju utara.
FBI dedah foto wartawan AS yang hilang di Syria sejak 2012
Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) pada Sabtu mengeluarkan sebuah gambar yang memaparkan wajah seorang wartawan dari Amerika Syarikat, Austin Tice yang hilang di Syria pada 2012.
Menerusi hantaran di X, gambar tersebut disunting bagi memberi gambaran kemungkinan paras beliau pada usia 40-an.
Menerusi hantaran di X, gambar tersebut disunting bagi memberi gambaran kemungkinan paras beliau pada usia 40-an.
Thailand tewaskan Malaysia 1-0
Rekod tanpa kalah skuad bola sepak negara dalam kempen Kumpulan A Piala ASEAN lebur apabila tewas 0-1 kepada Thailand dalam aksi di Stadium Rajamangala, Bangkok, pada Sabtu malam.
Kemenangan dilakar apabila Kesilapan penjaga gol Malaysia Muhammad Haziq Nadzli ketika mengeluarkan bola dengan sempurna dimanfaatkan pemain Thailand, Patrik Gustavsson pada minit ke-57.
Kemenangan dilakar apabila Kesilapan penjaga gol Malaysia Muhammad Haziq Nadzli ketika mengeluarkan bola dengan sempurna dimanfaatkan pemain Thailand, Patrik Gustavsson pada minit ke-57.
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Polis menahan tiga lelaki dan merampas pelbagai jenis dadah dianggarkan bernilai RM44,200 di hadapan sebuah pasar raya di Bera pada Sabtu.
Menerusi kenyataan, ketua Polis Daerah Bera Supt Zulkiflee Nazir berkata pemeriksaan terhadap ketiga-tiga suspek itu menemukan dadah disyaki heroin seberat 1,379.81 gram dan syabu seberat 26.60 gram.
Menerusi kenyataan, ketua Polis Daerah Bera Supt Zulkiflee Nazir berkata pemeriksaan terhadap ketiga-tiga suspek itu menemukan dadah disyaki heroin seberat 1,379.81 gram dan syabu seberat 26.60 gram.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar pada Sabtu malam.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian berkenaan pada 9.44 malam.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian berkenaan pada 9.44 malam.
Yoon Suk Yeol ikrar lakukan yang terbaik untuk Korea 'hingga ke penamat'
Suk Yeol membuat janji itu ketika berdepan penggantungan tugas selepas Parlimen mengundi untuk mendakwa beliau.
Isu jualan saham KPF akan selesai dalam tempoh enam hingga sembilan bulan - Ahmad Shabery
Aset pelaburan dan modal koperasi itu yang kini bernilai lebih RM4 bilion sedang distruktur semula dan akan dicairkan.
Kod etika wartawan baharu bertepatan keperluan dunia kewartawanan - Shabery
Ia selaras dengan peredaran zaman dan cabaran teknologi serta peranan penting mereka sebagai suara rakyat.
Polisi mampan ekonomi kitaran perlu dibangunkan - Ahmad Shabery
Ahmad Shabery berkata, sekiranya berjaya, pengaplikasian ekonomi kitaran dijangka memberi keuntungan lebih RM100 bilion.
Felda beri penekanan amalan ekonomi kitaran dalam KEB 2024
Ahmad Shabery berpendapat Malaysia harus membangunkan peta hala tuju ke arah perlaksanaan ekonomi kitaran yang lebih menyeluruh.
Peneroka Felda terpaksa tanggung kerugian jika harga gula kekal rendah - Shabery
Kenaikan harga gula mentah berkali ganda sejak 2020 menyebabkan harga gula sebenar jauh melangkaui harga siling yang ditetapkan.
Shabery Cheek sedia bantu BN rampas kerusi Parlimen Kemaman
Ahmad Shabery berkata kekalahan BN dengan majoriti lebih 27,000 undi pada PRU15 bukan halangan besar bagi gabungan itu memenangi PRK itu.
Kekalkan kestabilan Johor sebagai negeri barisan hadapan ekonomi Malaysia
Katanya, Johor yang sudah maju di bawah pentadbiran Pakatan Harapan sebelum ini dilihat makin kukuh dan kuat di bawah gandingan BN-PH.
Isu Felda boleh selesai di bawah pentadbiran kerajaan negeri, pusat yang sama - Ahmad Shabery
Felda yakin beberapa isu yang menghimpit peneroka di Kelantan akan dapat diselesaikan dengan baik sekiranya kerajaan negeri dan kerajaan pusat bernaung di bawah tampuk pimpinan yang sama.
Warga Felda berperanan corak landskap politik tanah air - Ahmad Shabery
Warga Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) memainkan peranan besar dalam mencorakkan landskap dan masa depan politik tanah air.
Komitmen kerajaan bantu kurangkan beban kewangan Felda - Pengerusi
Jaminan itu memberi makna yang besar kepada Felda dalam usaha melaksanakan transformasi.