KUALA LUMPUR: Industri ikan hiasan mempunyai potensi besar kepada ekonomi negara terutama dari segi eksport dan pendapatan penternak dengan pengeluarannya dijangka meningkat sebanyak 352 juta ekor bernilai RM550 juta menjelang 2030.
Timbalan Ketua Pengarah Perikanan (Pengurusan), Wan Muhammad Aznan Abdullah berkata, pengeluaran ikan hiasan pada 2023 adalah sebanyak 241 juta ekor dengan nilai RM373 juta dan 21 peratus daripadanya bagi tujuan eksport.
"Pencapaian ini jelas menunjukkan bahawa industri ikan hiasan Malaysia mempunyai potensi besar untuk terus berkembang.
"Jabatan Perikanan (DOF) akan terus komited menyokong industri ini dan membantu penternak ikan hiasan Malaysia mencapai kejayaan di pasaran global," katanya dalam kenyataan DOF, pada Sabtu.
Berdasarkan statistik DOF pada 2023, Johor menjadi negeri tertinggi bagi pengeluaran utama ikan hiasan dengan nilai sebanyak RM261 juta diikuti Perak RM87 juta, Pulau Pinang RM8 juta dan Sarawak RM3.5 juta.
Bagi ikan hiasan bernilai komersial (kecuali Arowana), ikan tetra mencatatkan nilai jualan paling tinggi iaitu RM24.2 juta diikuti ikan koi (RM12.2 juta), ikan discus (RM11.3 juta), ikan gupi (RM11 juta), ikan molly (RM10.8 juta) dan ikan laga (betta) (RM9.4 juta).
Menurut kenyataan itu, antara inisiatif yang dilaksanakan DOF adalah pemberian bantuan peralatan dan makanan ikan melalui Sistem Penyampaian Khidmat Sokongan (SPeKS) Akuakultur setiap tahun, khidmat nasihat teknikal berkenaan pemeriksaan kualiti air, pensijilan dan pematuhan biosekuriti serta siri latihan kepada penternak.
Bagi mempromosikan industri ikan hiasan serta meningkatkan kualiti ikan yang diternak di Malaysia, DOF juga menggalakkan pengusaha (penternak/pengeksport) menyertai pameran peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
Beliau berkata pameran Aquafair Kuala Lumpur 2023 menyaksikan seramai 10 pengusaha menyertai reruai yang disediakan oleh jabatan itu selain lapan pengusaha termasuk Chew Thean Yeang (CTY) Aquarium Sdn Bhd menyertai Pavilion DOF Interzoo 2024 di Jerman.
Turut diadakan seminar Plecostomus (ikan bandaraya) yang bertujuan memberi kesedaran kepada orang ramai cara yang betul untuk memelihara ikan hiasan. - BERNAMA
Bernama
Sat Jun 22 2024
Industri ikan hiasan mempunyai potensi besar kepada ekonomi negara terutama dari segi eksport dan pendapatan penternak dengan pengeluarannya dijangka meningkat sebanyak 352 juta ekor bernilai RM550 juta menjelang 2030. - Gambar fail Bernama
Trump dinobat 'Person of the Year' majalah Time
Edisi terkini turut memaparkan wawancara eksklusif bersama Trump yang berlangsung pada 25 November di resortnya, Mar-a-Lago, Florida.
Politik negara lebih stabil pada 2024
Tahun kedua di bawah pentadbiran Kerajaan Perpaduan menyaksikan pentas politik negara lebih stabil berbanding tahun 2023.
Sektor pelancongan pulih, MOTAC manfaat Kepengerusian ASEAN 2025
Statistik terbaharu itu menunjukkan peningkatan sebanyak 5.6 peratus berbanding 32.35 juta pelancong dalam tempoh sama pada 2019.
Didesak letak jawatan: Beritahu mana kelemahan dan apa patut saya ubah? - Menteri MOTAC
Menurut King Sing, beliau mengalu-alukan pandangan daripada semua pihak dalam usaha untuk menambah baik kelemahan.
Trump undang Presiden China hadiri majlis angkat sumpah bulan depan
Trump menghulurkan jemputan itu kepada Xi pada awal November, sejurus selepas pilihan raya.
Palestin sambut baik Ireland sertai kes genosid ke atas Israel di ICJ
Setakat ini, lebih 10 negara, termasuk Turkiye, Sepanyol, dan Mexico, telah menyertai kes ICJ terhadap Israel.
Parti pemerintah sokong usul pemecatan Presiden
Krisis politik di Korea Selatan semakin meruncing apabila parti pemerintah, People Power Party (PPP), memberikan sokongan kepada usul pemecatan Presiden, Yoon Suk Yeol.
Tentera Israel mula berundur dari selatan Lubnan
Pasukan Tentera Israel melaksanakan proses pengunduran pertama dari sebuah bandar di selatan Lubnan, yang digantikan dengan tentera Lubnan berdasarkan perjanjian gencatan senjata.
Ketua parti pemerintah Korea Selatan sokong usul pendakwaan terhadap Presiden Yoon
PPP turut menggesa penubuhan jawatankuasa etika bagi mempertimbangkan sama ada parti itu perlu meminta Yoon berundur daripada parti itu.
PBB lulus resolusi desak gencatan senjata segera di Gaza
Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) meluluskan resolusi yang menyeru gencatan senjata segera, tanpa syarat, di Gaza walaupun ditolak oleh Amerika Syarikat (AS) dan Israel.
Jabatan Perikanan teroka pasaran baharu ikan hiasan
Jabatan Perikanan komited dalam menyokong industri ikan hiasan dan membantu penternak tempatan mencapai kejayaan di pasaran global.
Industri ikan hiasan meningkat, penyumbang ekonomi negara
Pengeluaran ikan hiasan pada 2023 adalah sebanyak 241 juta ekor dengan nilai RM373 juta dan 21 peratus daripadanya bagi tujuan eksport.
Jalan Pasar Pudu 'syurga' peminat ikan hiasan
Kebanyakan harga ikan hiasan yang dijual di situ lebih murah antara 20 hingga 30 peratus berbanding lokasi lain.
Berselindung di sebalik ikan hiasan
Lambakan ikan larangan di perairan sungai negara mengakibatkan ikan asal atau ikan tempatan berkurangan.
Premis ikan hiasan pamer ikan pendatang diberi amaran
Pengusaha premis tersebut diberi amaran agar mematuhi peraturan dengan memohon kebenaran Ketua Pengarah Perikanan Malaysia untuk mempamerkan ikan spesies pendatang itu.
Cubaan bawa keluar ikan hiasan ke Thailand digagalkan
Tindakan pemandu kenderaan pacuan empat roda tersebut berjaya dikesan penguatkuasa Jabatan Kastam Diraja Malaysia ketika cuba melintasi laluan kereta di Kompleks ICQS Bukit Kayu Hitam.
Peminat ikan laga perlu berdaftar dengan Jabatan Perikanan Negeri
Ikan laga atau 'pelaga' atau 'pelaga Siam' merupakan ikan hiasan yang cukup popular dan mempunyai ramai peminat di seluruh Malaysia dan luar negara.
50 ikan hiasan tanpa permit dirampas MAQIS di Gelang Patah
Hasil pemeriksaan yang dilakukan oleh pegawainya pada pukul 12.18 tengah malam mendapati lelaki tempatan itu membawa masuk dua bekas balang yang berisi ikan hiasan berkenaan.
Berkerusi roda tidak halang Faizal ternak ikan laga
Pemuda berusia 36 tahun itu mula membela ikan perhiasan berkenaan semenjak enam tahun lalu, dengan permulaannya hanyalah sepasang ikan.
Penternak diminta hasil ikan pelaga berkualiti tinggi
Ikan tersebut merupakan antara ikan hiasan yang mendapat permintaan tinggi khususnya dari negara seperti Singapura, Thailand, Vietnam, Indonesia, China dan Taiwan.