awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ratu cantik Malaysia angkat pendidikan kanak-kanak terpinggir
PBB gesa lebih banyak negara terima pesakit Gaza selepas sempadan Rafah dibuka semula
PM Anwar arah AKPS perhebat operasi banteras kegiatan e-waste haram
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Inflasi November 2024 naik 1.8 peratus, harga ayam naik 50 sen

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
20/12/2024
04:35 MYT
Inflasi November 2024 naik 1.8 peratus, harga ayam naik 50 sen
Purata harga Ayam standard di peringkat Semenanjung Malaysia pada November 2024 adalah RM9.69 sekilogram berbanding RM9.17 sekilogram pada November 2023. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Inflasi Malaysia meningkat 1.8 peratus pada November 2024 dengan mata indeks mencatatkan 133.3 berbanding 130.9 pada bulan yang sama tahun sebelumnya.
Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) melaporkan, peningkatan inflasi pada November 2024 didorong oleh peningkatan lebih perlahan bagi kumpulan utama Kesihatan (1.2%) dan Pengangkutan (0.4%).
Manakala, inflasi Makanan dan Minuman meningkat pada kadar lebih tinggi 2.6 peratus berbanding 2.3 peratus pada bulan Oktober 2024.
Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin berkata kumpulan Makanan dan Minuman yang menyumbang 29.8 peratus daripada keseluruhan wajaran Indeks Harga Pengguna (IHP) meningkat 2.6 peratus pada November 2024 (Oktober 2024: 2.3 peratus).
"Subkumpulan utama Makanan di rumah meningkat 0.6 peratus (Oktober 2024: 0.6 peratus) disumbangkan oleh inflasi kelas perbelanjaan daging yang merekodkan peningkatan sebanyak 1.6 peratus (Oktober 2024: 1.4 peratus).
"Daging ayam segar yang merupakan komponen terbesar (32.6 peratus) dalam kelas perbelanjaan daging telah merekodkan kenaikan 4.8 peratus (Oktober 2024: 3.6 peratus).
"Berdasarkan pengumpulan data oleh pihak DOSM, purata harga ayam standard Malaysia pada November 2024 adalah RM10.41 sekilogram berbanding RM9.96 sekilogram pada November 2023 (Oktober 2024: RM10.63).
"Manakala, purata harga Ayam standard di peringkat Semenanjung Malaysia pada November 2024 adalah RM9.69 sekilogram berbanding RM9.17 sekilogram pada November 2023 (Oktober 2024: RM9.68)," katanya dalam kenyataan media pada Jumaat.
Di samping itu, subkumpulan utama Makanan di luar rumah meningkat lebih tinggi kepada 4.8 peratus berbanding 4.1 peratus pada bulan sebelumnya.
Antara item yang mencatatkan kenaikan lebih tinggi pada November 2024 ialah ayam goreng, masakan sayur dan sate.
Mohd Uzir menambah, kebanyakan negeri merekodkan peningkatan di bawah paras inflasi nasional 1.8 peratus.
"Bagaimanapun, inflasi bagi lima negeri meningkat melebihi paras inflasi nasional iaitu Pulau Pinang (2.9 peratus), Pahang (2.4 peratus), Selangor (2.1 peratus), Johor (1.9 peratus) dan Sarawak (1.9 peratus).
"Bagi perbandingan inflasi dengan negara-negara terpilih, inflasi di Malaysia (1.8 peratus) lebih rendah berbanding inflasi di Vietnam (2.8 peratus) dan Filipina (2.5 peratus). Manakala, kadar tersebut lebih tinggi berbanding Indonesia (1.6 peratus), Republik Korea (1.5 peratus), Thailand (1.0 peratus) dan China (0.2 peratus)," katanya.
Topic Berkaitan
#Inflasi
#ayam segar
#DoSM
#Mohd Uzir Mahidin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan