awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak gajah Asia betina lahir di Zoo Nasional Smithsonian selepas hampir 25 tahun
MCMC, Murray Hunter rekod perintah persetujuan selepas kenyataan fitnah ditarik balik
Guru ditahan disyaki liwat pelajar beberapa kali
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Inisiatif ADAM50, Menara PNB 118 berjalan seperti biasa

Bernama
Bernama
31/05/2018
15:37 MYT
Inisiatif ADAM50, Menara PNB 118 berjalan seperti biasa
Objektif utama ADAM50 adalah untuk menggalakkan budaya menyimpan dan pelaburan oleh rakyat Malaysia daripada usia seawal baru lahir, melalui pemberian unit insentif percuma sebagai modal pelaburan permulaan. - Gambar fail
Permodalan Nasional Bhd (PNB) hari ini menjelaskan bahawa, Program Amanah Dana Anak Malaysia (ADAM50) dan projek pembinaan Menara PNB 118 bakal diteruskan mengikut perancangan asal.
Pengerusi Kumpulan, Tan Sri Abdul Wahid Omar, berkata kedua-dua inisiatif itu akan dilaksanakan seperti dirancang mengikut tempoh inisiatif dan pembinaan yang ditetapkan.
"(ADAM50) ini sememangnya diadakan untuk bayi yang lahir pada 1 Januari 2018 hingga lima tahun kehadapan dan program ini kita teruskan (seperti dirancang)," katanya kepada wartawan selepas majlis berbuka puasa PNB bersama media, di sini, hari ini.
ADAM50 adalah program yang diperkenalkan kerajaan dengan kerjasama PNB untuk semua bayi warganegara Malaysia yang lahir dalam tempoh dari 1 Januari 2018 sehingga 31 Disember 2022.
Objektif utama ADAM50 adalah untuk menggalakkan budaya menyimpan dan pelaburan oleh rakyat Malaysia daripada usia seawal baru lahir, melalui pemberian unit insentif percuma sebagai modal pelaburan permulaan.
Unit insentif percuma itu akan dikreditkan ke akaun Amanah Saham Bumiputera (ASB) bagi bayi Bumiputera dan Amanah Saham 1Malaysia (AS 1Malaysia) bagi bayi bukan Bumiputera selepas proses pendaftaran dibuat di Cawangan Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB) dan Ejen ASNB.
Berkenaan pembangunan projek Menara Warisan Merdeka pula, Abdul Wahid berkata, pembinaannya mengikut jadual dan setakat ini, 18 dari 118 tingkat menara itu sudah siap dibina.
Menara Warisan Merdeka atau juga dikenali dengan nama KL118 yang berketinggian kira-kira 630 meter adalah inisiatif PNB untuk merangsang ekonomi negara yang dijangka siap sepenuhnya pada 2024 dan bakal menjadi menara tertinggi di Malaysia dan Asia Tenggara.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Abdul Wahid Omar
#ADAM50
#Amanah Saham Bumiputera
#anak
#ASB
#ASNB
#ekonomi
#Menara PNB
#Permodalan Nasional Bhd
#PNB
#Program Amanah Dana Anak Malaysia
#rakyat Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan