KUALA LUMPUR: Institut Keusahawanan Negara Berhad (INSKEN) menyumbang lebih RM5.7 juta peningkatan hasil jualan serta 174 pekerjaan baharu dicipta melalui program bimbingan komprehensif di bawah kawal selia Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC).
Menterinya, Tan Sri Noh Omar berkata, kejayaan INSKEN membuktikan program bimbingan memberi kesan dalam membantu usahawan meneruskan kelangsungan perniagaan ketika berdepan cabaran COVID-19.
"Dua program bimbingan tersebut adalah INSKEN Bumiputera Business Coaching (IBBC) dan Online Onboarding Coaching Programme (E-Board).
"Secara keseluruhan, peningkatan hasil jualan tersebut dicipta 383 usahawan yang terbahagi kepada 214 peserta Program IBBC dan 169 peserta Program E-Board.
"Nilai gandaan yang dijana daripada peruntukan dana untuk melaksanakan kedua-dua program bimbingan ini juga menunjukkan catatan cemerlang," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
BACA: INSKEN persiap 24 atlet majukan perniagaaan selepas bersara - Noh Omar
BACA: INSKEN bawa graduan jadi usahawan melalui ejen pesan hantar
Terdahulu, beliau berucap pada Majlis Graduasi Program Bimbingan INSKEN 2020/2021.
Turut hadir, Timbalan Menteri MEDAC, Muslimin Yahaya; Ketua Setiausaha MEDAC, Datuk Suriani Ahmad dan Ketua Pegawai Eksekutif INSKEN, Muhd Firdaus Azharuddin.
Dalam pada itu jelas Noh, keseluruhan kos perbelanjaan untuk melaksanakan Program IBBC mencecah nilai gandaan sebanyak 4.9 dan 2.3 bagi Program E-Board dijana dalam bentuk peningkatan hasil jualan usahawan.
"Program yang menggunakan pendekatan bimbingan secara one-on-one ini wajar diteruskan serta ditingkatkan frekuensi pelaksanaannya agar lebih ramai usahawan mendapat manfaatnya," ujarnya.
Noh berkata, peserta program INSKEN akan diberikan pertimbangan sewajarnya terhadap permohonan bantuan pembiayaan dengan agensi lain.
"Manfaat ini merupakan inisiatif kolaborasi antara agensi yang akan diteruskan oleh INSKEN.
"Seramai 214 peserta Program IBBC tamat bimbingan secara one-on-one selama empat bulan adalah usahawan daripada industri kedai gunting rambut, katering, spa, bengkel kereta, food truck, perunding perkahwinan, penyaman udara dan lain-lain servis berkaitan.
"Kesemua peserta program ini yang dibimbing oleh pakar industri mencatat peningkatan jualan keseluruhan melebihi RM5.4 juta dan berjaya menawarkan 174 peluang pekerjaan baharu," katanya.
Sementara itu, Muhd Firdaus berkata, secara keseluruhan, INSKEN melaksanakan 31 Program IBBC dan 10 kohort Program E-Board pada tahun ini dan 15 Program IBBC serta empat kohort Program E-Board masih lagi dalam tempoh pelaksanaan dijangka tamat dalam masa terdekat.
"Kesemua peserta Program IBBC dan E-Board ini dipantau hasil jualannya dengan menggunakan aplikasi IPro iaitu sebuah sistem yang dibangunkan oleh INSKEN.
"INSKEN akan memastikan usahawan mencatatkan data jualan sebelum dan ketika mengikuti program ke dalam sistem itu.
"Tujuannya agar tindakan segera dapat diambil jika terdapat tanda usahawan memerlukan bantuan dan berada dalam kesusahan iaitu seperti penurunan graf jualan bulanan.
Selain itu jelasnya, data itu juga digunakan bagi menilai keberkesanan program terhadap prestasi jualan perniagaan.
Sementara itu, Pengarah Urusan Klassique Touch Weddings & Events Sdn Bhd, Azizie Azhar yang juga peserta terbaik bagi Program INSKEN Business Coaching 2020: perunding perkahwinan, berkata, pengalaman menyertai program IBBC banyak membantu dirinya untuk meneruskan kelangsungan perniagaan sepanjang pandemik COVID-19.
Dalam nada sama, peserta terbaik bagi Program E-Board 2021, Perunding Pewarisan Harta Islam, Wasiyyah Shoppe Berhad, Norain Abu Bakar menjelaskan, program itu membimbing usahawan membuat transformasi perniagaan ke arah digital dengan memantapkan pemasaran secara dalam talian melalui platform seperti Facebook, Instagram, TikTok, WhatsApp, Shopee, Lazada, Telegram dan YouTube.
Astro Awani
Thu Dec 09 2021
Noh berkata, peserta program INSKEN akan diberikan pertimbangan sewajarnya terhadap permohonan bantuan pembiayaan dengan agensi lain. - Foto MEDAC
AWANI Pagi: Hari sedunia bagi keselamatan & kesihatan di tempat kerja 2024
Memahami kaitan perubahan iklim kepada isu keselamatan dan kesihatan pekerjaan, yang diangkat sebagai tema Hari Sedunia bagi Keselamatan dan Kesihatan di Tempat Kerja tahun ini. Diskusi bersama Ts Mohd Soffian Osman, Perunding Keselamatan & Kesihatan Awam, Safety Management Academy 7.30 pagi nanti
Jualan kediaman kekal memberangsangkan - TA Global
Kenaikan harga hartanah akibat tekanan inflasi ke atas harga bahan binaan tidak menghalang hasrat rakyat Malaysia untuk memiliki rumah idaman.
Rakyat Israel desak kerajaan bawa pulang tebusan yang tinggal
Ribuan berkumpul di Tel Aviv pada Sabtu malam bagi mendesak kerajaan Israel mencapai perjanjian gencatan senjata dengan Hamas dan membawa pulang tebusan yang tinggal
Hamas keluarkan video dua tebusan Israel
Kumpulan pejuang Hamas mengedarkan video menampilkan dua tahanan Israel yang menyeru kepada Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, untuk memenuhi perjanjian pembebasan mereka.
Israel sedia tangguh serangan ke atas Rafah
Israel bersedia menangguhkan serangan ke Rafah jika perjanjian pembebasan tahanan Hamas tercapai. Menteri Luar Israel, Israel Katz, menegaskan keutamaan pembebasan tahanan.
Restoran nasi kandar dibaling cat, polis kesan tiga lelaki
Cat merah tersebut terkena papan tanda dan pintu hadapan restoran yang mula beroperasi pada Sabtu.
Kawasan Beris Lalang terbakar lagi
Cuaca panas melampau di Kelantan menyebabkan kebakaran ladang dan semak di kawasan Beris Lalang. Penduduk dan pekebun mengalami kerugian
Ringgit dijangka diniaga dalam jajaran kecil
Ringgit Malaysia dijangka berada di sekitar 4.77 berbanding Dolar AS minggu depan, bergantung kepada keputusan FOMC dan data ekonomi AS
Bursa Malaysia dijangka diniagakan dalam jajaran kecil
Analisis terkini menunjukkan Bursa Malaysia berpotensi naik dalam jajaran kecil minggu depan, dengan pandangan positif terhadap kembalinya dana asing. Paras sokongan dan konsolidasi disebutkan.
PM tiba di Riyadh untuk hadiri mesyuarat WEF
Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Riyadh bagi menghadiri Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia. Beliau dijadual terlibat dalam dialog strategik, panel, dan pertemuan bersama pemimpin serantau
INSKEN sasar latih 10,000 usahawan tahun ini - Ewon
INSKEN sasar untuk melatih 10,000 usahawan tahun ini berbanding 9,700 usahawan yang telah dilatih di seluruh negara pada tahun lepas.
INSKEN kerjasama dengan Majlis Agama Islam Negeri bantu usahawan asnaf - Ewon
INSKEN telah bekerjasama dengan beberapa Majlis Agama Islam Negeri bagi membantu usahawan asnaf melalui pelaksanaan program pembangunan latihan keusahawanan.
Usahawan Sabah tingkat hasil jualan lebih RM1.63 juta menerusi bimbingan INSKEN
Pencapaian program bimbingan INSKEN turut merekodkan 30 pekerjaan baharu melalui Program IBBC.
Jelajah Jiwa SME buka peluang usahawan perkasa perniagaan
Siri Jelajah Jiwa SME di Johor Bahru membuka peluang buat usahawan mikro, kecil dan sederhana untuk menimba ilmu bagi memperkasakan perniagaan mereka.
Jelajah Genta Belia 2023 perkasa ekonomi golongan muda
Ia merupakan inisiatif baharu KBS yang dilaksanakan di 43 lokasi melibatkan beberapa daerah terpilih di seluruh negara bermula Jun ini.
Usahawan bimbingan INSKEN sumbang RM21 juta kepada ekonomi negara tahun lalu
INSKEN berjaya melatih 21,385 usahawan melalui 502 program, melebihi sasaran awal iaitu 13,390 usahawan dan 422 program.
INSKEN catat RM11 juta hasil jualan, 178 pekerjaan baharu melalui IBBC - Ewon
Program INSKEN Bumiputera Business Coaching (IBBC) berjaya meningkatkan RM11 juta hasil jualan dan 178 pekerjaan baharu melalui pelaksanaan sembilan program bimbingan pada 2022.
Program bimbingan INSKEN cipta hasil jualan RM3.1 juta - Noh Omar
Usahawan tidak boleh sentiasa merasa selesa dengan prestasi perniagaan mereka dalam keadaan semasa yang kian mencabar.
INSKEN capai KPI, berjaya tingkatkan hasil jualan 56 usahawan di Sarawak
INSKEN mencatat sejarah tersendiri apabila merekodkan peningkatan hasil jualan berjumlah RM437,000 melalui program INSKEN Bumiputera Business Coaching (IBBC) Edisi Sarawak 2022.
Sokongan semua pihak penting untuk bantu usahawan - Noh Omar
Usaha membantu usahawan akan memberi kesan yang lebih besar sekiranya mendapat kerjasama dan sokongan dari pelbagai pihak termasuk melalui kolaborasi sesama agensi.