awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump kecam persembahan Bad Bunny di Super Bowl LX: “Antara yang terburuk..."
Cadangan jenamakan ASWARA sebagai Universiti P. Ramlee kembali dibangkitkan
21 Orang Asli ditahan bantu siasatan kes ceroboh tanah Sultan Pahang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

InvestKL tarik pelaburan RM1.68 bilion pada separuh pertama tahun ini

Bernama
Bernama
27/07/2022
20:19 MYT
InvestKL tarik pelaburan RM1.68 bilion pada separuh pertama tahun ini
Malaysia perlu melatih lebih ramai profesional seperti jurutera data raya, pakar keselamatan siber dan akauntan untuk memenuhi permintaan pelabur yang semakin bertambah.
KUALA LUMPUR: InvestKL telah menarik pelaburan bernilai RM1.68 bilion pada separuh pertama 2022 dengan mewujudkan 1,919 peluang pekerjaan eksekutif berkemahiran tinggi.
Menurut agensi di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) itu, pelaburan tersebut meliputi penubuhan enam syarikat multinasional (MNC) terkemuka dari Amerika Syarikat, United Kingdom, China dan Australia.
"Syarikat-syarikat ini merangkumi pelbagai industri seperti makanan, teknologi, pembangunan perisian dan farmaseutikal," katanya dalam kenyataan semalam.
Ketua Pegawai Eksekutifnya Muhammad Azmi Zulkifli berkata perjanjian perdagangan utama seperti Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) yang baru dikuatkuasakan awal tahun ini serta sasaran Malaysia untuk meratifikasikan Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) pada tahun ini, telah memberi jaminan baik kepada pelabur.
"Perjanjian perdagangan utama ini menawarkan jaminan memberangsangkan kerana bakal menjadikan Malaysia (destinasi) lebih menarik kepada syarikat-syarikat untuk mempelbagaikan rantaian bekalan dan meluaskan akses pasaran bagi barangan dan perkhidmatan serta produk digital," katanya.
Pada masa depan, Azmi berkata Malaysia perlu melatih lebih ramai profesional seperti jurutera data raya, pakar keselamatan siber dan akauntan untuk memenuhi permintaan pelabur yang semakin bertambah.
Beliau berkata langkah tersebut akan menyokong objektif negara untuk menarik syarikat yang mempunyai nilai tinggi, teknologi tinggi dan pertumbuhan tinggi, seiring dengan matlamat Aspirasi Pelaburan Nasional (NIA) untuk mengimbangi kemajuan ekonomi dengan kemampanan alam sekitar.
Selain itu, beliau berkata penekanan yang lebih serius perlu diberikan terhadap agenda alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) bagi meningkatkan lagi kesediaan ekosistem dan infrastruktur negara untuk memanfaatkan pembangunan mampan.
"Kita mesti kekal di barisan hadapan ESG sambil merebut peluang baharu ketika peralihan ke arah planet lebih hijau berikutan tenaga boleh diperbaharui menjanjikan potensi besar dan Malaysia perlu pantas dalam bidang ini untuk kekal kompetitif," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#InvestKL
#pelaburan
#peluang pekerjaan eksekutif berkemahiran tinggi
#Syarikat multinasional
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan