JOHOR BAHRU: Kerajaan negeri Johor membentuk satu Jawatankuasa Pelaburan Khas yang berfungsi sebagai platform menyelesaikan isu dihadapi para pelabur di negeri itu.
Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi menerusi hantaran di laman Facebook beliau berkata jawatankuasa itu dianggotai pelbagai agensi serta syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dari negeri Johor dan persekutuan.
"Usaha ini penting bagi meyakinkan para pelabur tentang komitmen kerajaan negeri dalam memudahcara operasi perniagaan, sekali gus menggalakkan lagi pelaburan khususnya yang berimpak dan berteknologi tinggi untuk terus berada di Johor," katanya.
Onn Hafiz berkata beberapa perkara telah diutarakan termasuk penyediaan infrastruktur asas seperti utiliti dan jalan raya di kawasan industri, meningkatkan lagi acara konvensyen dan pameran domestik serta antarabangsa selain mengukuhkan kedudukan Johor sebagai hab sekuriti makanan, serta 'harapan' yang diperlukan sesetengah taman perindustrian.
"Sekali lagi saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam membantu Johor merekodkan pelaburan RM60.9 bilion bagi separuh pertama tahun ini.
"Insya-Allah, kerajaan negeri tidak akan berpeluk tubuh dengan pencapaian ini. Malah, jawatankuasa ini kini fokus untuk mengenal pasti dan meneliti penyelesaian kepada cabaran yang dihadapi pelabur," katanya.
Onn Hafiz berkata kerjasama yang ditunjukkan semua ahli Jawatankuasa Pelaburan Johor (JIC) akan terus memacu pelaburan di Johor dan membawa limpahan ekonomi secara berterusan ke negeri itu, untuk kesejahteraan rakyat pada masa akan datang.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 03 2022
ONN HAFIZ: Usaha ini penting bagi meyakinkan para pelabur tentang komitmen kerajaan negeri dalam memudahcara operasi perniagaan. - Gambar fail
Freedom Flotilla to Gaza: Sekumpulan pakar PBB gesa laluan selamat bagi misi penghantaran bantuan
Sekumpulan pakar dari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggesa agar laluan selamat bagi misi Break The Siege Freedom Flotilla to Gaza pada Jumaat.
Sabah FC berdepan tunggakan sebulan gaji pemain - Pengarah
Sabah FC kini hanya berdepan tunggakan gaji pemain untuk satu bulan setelah usaha dilakukan secara tuntas untuk menyelesaikan masalah pembayaran tunggakan sejak tahun lepas.
Tumpuan Jumaat - 26 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
MYAirline akan terus kekalkan barisan pemegang jawatan, dapatkan pelbagai pelabur
MYAirline Sdn Bhd akan terus mengekalkan barisan pemegang jawatan yang dilantik dan pengurusan utama selain memastikan dokumentasi Sijil Perakuan Pengendali Udaranya (AOC) kekal dalam keadaan terkini.
China sokong Malaysia untuk dapatkan pembangunan yang sesuai dan mainkan peranan dalam arena antarabangsa
China akan memberikan sokongan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mempromosikan prinsip Malaysia MADANI dalam tadbir urus.
Perasuah semakin licik, perlu sokongan semua pihak terutama media - Azam Baki
Rasuah merupakan jenayah yang unik sifatnya pada masa kini dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memerlukan sokongan daripada semua pihak khususnya media untuk membanterasnya.
KJ tak terfikir untuk kembali ke FAM
Khairy berkata terdapat calon-calon lain yang lebih layak untuk menerajui badan induk itu berbanding beliau.
Dakwa kerajaan ambil tindakan terhadap kritikan, Syed Saddiq diminta tidak hipokrit - Fahmi
Fahmi berkata kerajaan tidak menghalang rakyat untuk mengkritik, khususnya melibatkan dasar yang dilaksanakan kerajaan.
Dua anak Tun M sekali lagi diberi tempoh lanjutan 30 hari bagi isytihar harta
Maklumat harta serta aset Mirzan dan Tan Sri Mokhzani sejak empat dekad lalu perlu dikemukakan dalam tempoh 30 hari kepada SPRM.
AWANI Ringkas: Kes saman fitnah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Persekutuan lulus 510 projek di Johor dengan kos RM4.7 bilion - Onn Hafiz
Kelulusan projek itu hasil kerjasama erat Kerajaan Negeri Johor dan Persekutuan yang mahukan peningkatan ekonomi negara.
Johor sasar 60 hingga 70 pingat emas Sukma Sarawak
Sasaran itu perlu dicapai bagi memastikan Johor mempertahankan dan mengulangi kejuaraan yang dilakar ketika Sukma 2022 di Kuala Lumpur.
Johor pastikan kualiti hidup rakyat Johor jadi keutamaan
Johor negeri pertama yang melaksanakan penyelarasan dengan agensi daripada Kerajaan Pusat dalam melaksanakan projek berimpak tinggi negeri Johor.
Sultan Ibrahim kurnia darjah SMIJ kepada Menteri Besar Johor
Majlis pengurniaan darjah berlangsung di Istana Besar, sempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Baginda Tuanku Sultan yang ke-65.
Johor cari kaedah tangani isu kekurangan bekalan BPT - MB
Walaupun bekalan beras dan barang keperluan asas bukan di bawah kawalan kerajaan negeri, namun ia menjejaskan kesejahteraan penduduk Johor.
Singtel nyata kesediaan bangunkan kampus pusat data di Johor - Onn Hafiz
Onn Hafiz mengadakan sesi perjumpaan dan lawatan ke Singtel yang merupakan salah satu daripada empat syarikat telekomunikasi utama di Singapura.
Tinjau CIQ BSI, KSAB secara kerap bukan cari kesalahan sesiapa - MB Johor
Masalah di CIQ bukanlah sesuatu yang berlaku dalam satu atau dua tahun lepas, tetapi telah menjadi 'warisan'.
Johor sasar pertumbuhan ekonomi pada 4.1-5.0 peratus tahun ini - MB
Pertumbuhan KDNK bagi Johor pada tahun lepas dianggarkan 6.5 peratus hingga 7.1 peratus yang juga antara angka tertinggi di Malaysia.
Johor-Singapura setuju teliti pelbagai kaedah tingkat kesalinghubungan - Onn Hafiz
Onn Hafiz ketika ini dalam rangka lawatan rasmi tiga hari ke Singapura bermula Ahad (12 Februari).
Perarakan Chingay 2023 di Johor diadakan secara besar-besaran
Kerajaan negeri memperuntukkan RM200,000 kepada Persatuan Tiong Hua Johor bagi penganjuran festival tahunan itu.