awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TNB tingkat kesiapsiagaan, pantau risiko bekalan elektrik ketika banjir
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Johor dapat kelulusan tubuh JETCO

Bernama
Bernama
21/10/2020
22:33 MYT
Johor dapat kelulusan tubuh JETCO
Hasni berkata selepas ini JETCO Singapura akan bergiat aktif dalam usaha membawa masuk pelaburan, mempromosi sektor pelancongan dan kebudayaan di antara Johor serta Singapura. - Gambar fail
JOHOR BAHRU:Penubuhan Pejabat Ekonomi, Pelancongan dan Kebudayaan Johor (JETCO) di Singapura mendapat kelulusan daripada Kabinet pada Rabu.
Mengumumkan perkara itu, Menteri Besar Johor Datuk Ir Hasni Mohammad berkata penubuhan JETCO merupakan salah satu daripada Tujuh Ikhtiar Makmur Johor yang diumumkan pada Jun lepas.
"Alhamdullillah, saya telah dimaklumkan oleh Menteri Luar Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bahawa Jemaah Menteri pada hari ini meluluskan penubuhan JETCO di Singapura.
"Oleh itu, penubuhannya bakal menerobos naratif baharu ekonomi, kebudayaan dan pelancongan pasca COVID-19," katanya dalam kenyataan di sini, pada Rabui.
Hasni berkata selepas ini JETCO Singapura akan bergiat aktif dalam usaha membawa masuk pelaburan, mempromosi sektor pelancongan dan kebudayaan di antara Johor serta Singapura.
"Selain itu, JETCO Singapura akan bekerjasama dengan kementerian dan agensi kerajaan pusat serta kerajaan negeri Johor dalam usaha menjaga kebajikan rakyat Johor di Singapura," katanya.
Menurut beliau, penubuhan JETCO Singapura merupakan usaha Johor dalam mendepani cabaran global pasca COVID-19.
"Semoga usaha ini dapat mengembalikan Johor sebagai negeri yang paling kompetitif dan berbudaya dalam rantau ini," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Hasni Mohammad
#Hishammuddin Hussein
#Johor
#JETCO
#Singapura
#pelancongan
#kerajaan
#ekonomi
#kabinet
#pelaburan
#sektor pelancongan
#COVID-19
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan