KUALA LUMPUR: Perdagangan Borong dan Runcit Malaysia merosot -10.2 peratus kepada RM100.0 bilion pada Ogos 2021 berbanding Ogos 2020.
Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin berkata, ia adalah pertumbuhan negatif dua digit ketiga berturut-turut selepas penurunan -14.7 peratus pada bulan Julai dan -10.3 peratus pada bulan Jun.
Walau bagaimanapun, menurut beliau, nilai jualan sektor itu tumbuh 7.9 peratus bulan ke bulan didorong oleh kebenaran beroperasi semula 11 sektor ekonomi dan pengedaran di negeri-negeri fasa satu dan fasa dua di bawah Pelan Pemulihan Negara.
“Subsektor kenderaan bermotor merosot -57.6 peratus atau RM7.9 bilion untuk mencatatkan RM5.8 bilion pada Ogos 2021. Perdagangan runcit juga turun -7.5 peratus atau RM3.4 bilion kepada RM42.3 bilion.
“Ini diikuti oleh perdagangan borong yang turun -0.1 peratus untuk mencapai RM51.9 bilion,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
Menurut beliau, pertumbuhan -57.6 peratus bagi subsektor kenderaan bermotor pada bulan Ogos 2021 adalah disebabkan oleh jualan kenderaan bermotor yang merosot -60.9 peratus atau RM4.8 bilion kepada RM3.1 bilion.
Katanya, ia diikuti dengan jualan komponen dan aksesori kenderaan bermotor dengan -47.2 peratus untuk mencatatkan RM1.7 bilion.
“Penyelenggaraan dan pembaikan kenderaan bermotor juga menurun -48.6 peratus kepada RM0.9 bilion diikuti oleh jualan, penyelenggaraan dan pembaikan motosikal dengan pertumbuhan -79.0 peratus untuk mencapai RM0.8 bilion.
“Sebaliknya, bagi perbandingan bulan ke bulan, jualan subsektor ini meningkat 188.1 peratus, dipacu oleh jualan kenderaan bermotor yang mencatatkan 135.5 peratus setelah bilik pameran dan pusat jualan kereta dibenarkan beroperasi di negeri-negeri utama,” ujarnya.
Mengulas lanjut, mengenai subsektor perdagangan runcit, katanya, penguncupan -7.5 peratus disebabkan oleh jualan runcit di kedai pengkhususan yang merosot -14.8 peratus atau RM1.4 bilion kepada RM8.1 bilion.
Menurut beliau, jualan runcit di kedai bukan pengkhususan juga merosot -8.1 peratus kepada RM15.4 bilion dan diikuti oleh jualan runcit barangan isi rumah -7.5 peratus, jualan runcit bahan api kenderaan -6.2 peratus.
“Ia diikuti jualan runcit peralatan informasi dan komunikasi -0.9 peratus, jualan runcit makanan, minuman dan tembakau -1.3 peratus, dan jualan runcit barangan kesenian dan rekreasi -1.4 peratus.
“Walaubagaimanapun, jualan runcit bukan di kedai, gerai atau pasar serta jualan runcit di gerai dan pasar masing-masing mencatatkan pertumbuhan positif sebanyak 20.8 peratus dan 5.9 peratus.
“Bagi perbandingan bulanan, perdagangan runcit naik 2.9 peratus dengan semua kumpulan dalam subsektor ini mencatatkan pertumbuhan positif,” katanya.
Mohd Uzir menjelaskan, penurunan -0.1 peratus dalam subsektor perdagangan borong pada bulan ini disebabkan oleh jualan borong barangan isi rumah yang menurun -9.7 peratus atau RM1 bilion kepada RM9.7 bilion.
Tambahnya, ini diikuti oleh jualan borong jentera, peralatan dan bekalan serta jualan borong berdasarkan yuran atau kontrak yang masing-masing jatuh -6.7 peratus dan -19.4 peratus.
Kata beliau, lain-lain pengkhususan jualan borong, jualan borong makanan, minuman dan tembakau serta jual borong bahan mentah pertanian dan haiwan hidup masing-masing meningkat 5.1 peratus, 3.4 peratus dan 3.9 peratus.
“Bagi perbandingan bulan ke bulan, jualan subsektor ini meningkat 4.7 peratus,” ujarnya.
Mohd Uzir memaklumkan, indeks jualan runcit melalui internet merekodkan pertumbuhan 13.8 peratus tahun ke tahun.
Jelasnya, bagi pelarasan musim, indeks ini meningkat 1.7 peratus berbanding bulan sebelum.
''Bagi indeks volum, perdagangan borong dan runcit mencatatkan pertumbuhan -12.2 peratus tahun ke tahun. Penguncupan ini disebabkan oleh kenderaan bermotor yang menjunam -59.0 peratus.
“Ini diikuti oleh perdagangan runcit dan perdagangan borong yang jatuh masing-masing -8.1 peratus dan -3.3 peratus. Sementara itu, indeks volum pelarasan musim meningkat 5.3 peratus bulan ke bulan,” ujarnya.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Oct 13 2021
MOHD UZIR: Perdagangan Borong dan Runcit Malaysia merosot -10.2 peratus kepada RM100.0 bilion pada Ogos 2021 berbanding Ogos 2020. -Gambar fail
Arahan tutup pasar malam waktu Maghrib tidak babitkan peniaga bukan Islam
Arahan penutupan sementara hanya membabitkan peniaga Islam bagaimanapun turut menggalakkan peniaga bukan Islam sekiranya mahu berbuat demikian.
Pelan Tindakan Pendidikan dan Penghayatan Rukun Negara dilancar Ogos ini - Aaron
Ia melibatkan Kementerian Perpaduan Negara, Kementerian Pendidikan, Kementerian Pendidikan Tinggi, dan Kementerian Komunikasi.
Peserta maraton Cyberjaya dipapah lepasi garisan penamat
Peserta maraton rebah di garisan penamat sejurus sebelum menamatkan larian 42km dalam perlumbaan Twincity Marathon Cyberjaya.
Proton buka pusat penyelidikan dan pembangunan di Teluk Hangzhou, China
Pembukaan pusat R&D itu akan meningkatkan sinergi kecekapan dalaman mereka dengan penggunaan sumber dan pengetahuan Geely.
AWANI Ringkas: Wujudkan akta lindungi pekerja OKU/autistik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PRK Kuala Kubu Baharu: Calon PH tayang sijil UPSR 7A, SPM 10A
Calon PH, Pang Sock Tao menyahut cabaran Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari supaya menunjukkan kelulusan pendidikan rendah dan menengahnya.
AWANI Ringkas: Wujudkan akta lindungi pekerja OKU/autistik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Isu stoking: Pengarah KK Mart, isteri akan kemuka representasi kepada AGC
Pengarah KK Mart yang berdepan dua pertuduhan melukakan perasaan orang Islam dalam isu berkaitan penjualan stoking tertera kalimah Allah akan mengemukakan representasi kepada Jabatan Peguam Negara.
Inisiatif IHH Healthcare lancar pemasangan panel solar wajar jadi contoh - Fadillah Yusof
IHH Healthcare Malaysia mencatatkan pencapaian baharu dengan melancarkan inisiatif pemasangan panel solar di seluruh rangkaian hospitalnya sekali gus menjadikannya pelopor.
Che'gu Bard akan didakwa di Johor Bahru esok
Che'gu Bard berkata, ia dipercayai berhubung kenyataannya mengenai isu kasino di Forest City, Johor.
Indeks harga pengeluar Malaysia naik 1.6 peratus
Indeks Harga Pengeluar Malaysia yang mengukur perubahan harga barangan di peringkat pengeluar, meningkat 1.6 peratus pada Mac 2024.
Inflasi Malaysia kekal 1.8 peratus pada Mac 2024 - Perangkaan
Inflasi Malaysia kekal 1.8 peratus pada Mac 2024 dengan mata indeks mencatatkan 132.2 berbanding 129.9 pada bulan yang sama tahun sebelumnya.
Nilai jualan dagangan borong, runcit naik 5.5 peratus kepada RM141.1 pada Februari 2024
Nilai jualan perdagangan borong dan runcit Malaysia mencatatkan nilai jualan berjumlah RM141.1 bilion, meningkat 5.5 peratus tahun ke tahun pada Februari 2024.
Kadar pengangguran kekal 3.3 peratus pada Februari - DOSM
Kadar pengangguran pada Februari kekal 3.3 peratus, mencatatkan bilangan penganggur yang lebih rendah iaitu 567,000 orang.
Nilai jualan sektor pembuatan naik 0.7 peratus pada Februari 2024
Nilai jualan sektor pembuatan Malaysia naik 0.7 peratus, mencatat RM146.2 bilion pada Februari 2024.
Indeks Pengeluaran Perindustrian naik 3.1 peratus pada Februari 2024 - DOSM
Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPP) meningkat 3.1 peratus tahun ke tahun pada Februari 2024, didorong oleh momentum positif dalam kesemua sektor.
PADU ada data asas 30 juta rakyat Malaysia
Data itu hanyalah data asas yang dikumpul daripada pelbagai agensi sedangkan yang diperlukan sekarang adalah data dinamik.
Jumlah daftar PADU cecah 10.8 juta, sasaran 50 peratus rakyat mendaftar mampu dicapai hari ini
Jumlah itu bersamaan 48.3 peratus daripada jumlah keseluruhan 21.96 juta warganegara berumur 18 tahun ke atas.
DOSM tambah 300 kaunter daftar PADU
Jabatan Perangkaan menambah 300 kaunter fizikal di seluruh negara dalam memastikan proses mengemas kini maklumat dalam sistem PADU lancar.
Keselamatan data PADU terjamin, beroperasi 84 hari tanpa gangguan - Mohd Uzir
Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) telah terbukti mempunyai standard keselamatan data yang baik selepas beroperasi selama hampir 100 hari tanpa gangguan.