awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ringgit dibuka hampir tidak berubah berbanding dolar AS didorong sentimen global bercampur-campur
Piala Malaysia: Masih ada 90 minit untuk Negeri Sembilan FC berjuang
SARA untuk Semua disalurkan hari ini, kategori barangan diperluas
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jualan e-dagang menyusut, orang ramai pilih 'keluar' membeli-belah

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
18/05/2022
04:53 MYT
Jualan e-dagang menyusut, orang ramai pilih 'keluar' membeli-belah
Presiden Dewan Perdagangan Digital Malaysia, Chris Daniel Wong berkata ia termasuk mempraktikkan kedai pengalaman seiring usaha menarik kembali minat pembeli dalam talian. - Foto fail
KUALA LUMPUR: Usahawan e-dagang perlu meningkatkan cara perniagaan mereka susulan penyusutan nilai jualan e-dagang untuk tempoh suku pertama tahun ini.
Presiden Dewan Perdagangan Digital Malaysia, Chris Daniel Wong berkata ia termasuk mempraktikkan pendekatan gedung pengalaman (experience store) seiring usaha menarik kembali minat pembeli dalam talian.
"Kita tahu apabila ekonomi dibuka seperti sekarang ini, ramai pengguna akan keluar untuk membeli barangan mereka kerana mereka nak pegang, lihat dan rasa.
"Jika kita boleh praktikkan konsep 'experience store' di mana sesetengah barangan hanya boleh dibeli secara dalam talian, ini sangatlah penting.
"Para pelanggan boleh masuk ke satu kedai untuk memegang, melihat, merasa mahupun mencuba pakaian atau barang tersebut.
"Apabila telah berpuas hati melihat barangan tersebut, mereka boleh menempah barangan itu secara dalam talian," katanya ketika ditemu bual dalam Niaga AWANI.
Niaga AWANI: Ekonomi Digital | Jualan e-dagang merosot, apa sebabnya?
Jelasnya, inisiatif berkonsepkan pelbagai saluran itu mampu meningkatkan pengalaman pengguna dalam membuat pilihan membeli-belah.
Mengulas lanjut, beliau berkata, penyusutan nilai jualan e-dagang untuk suku pertama 2022 berbanding nilai pada 2021 bukanlah sesuatu yang perlu dibimbangkan.
"Kita nampak di sini bahawa di sektor peruncitan, pendapatan mereka berkembang, tetapi di sektor e-dagang kita nampak penjualan mereka menurun.
"Jadi kita nampak keadaan seimbang dan tiada apa yang perlu kita panik.
"Namun, dari segi industri jangka masa sederhana, kita akan nampak industri e-dagang akan mengalami penurunan lantaran pembukaan sektor ekonomi," katanya.
Beliau pada masa sama mencadangkan supaya usahawan e-dagang Malaysia meningkatkan eksport jualan di luar negara secara lebih agresif.
Prestasi nilai jualan e-dagang merekodkan RM278.2 bilion, peningkatan 9.3 peratus tahun-ke-tahun pada suku tahun pertama 2022.
Namun, bagi perbandingan suku tahun ke suku tahun, pendapatan e-dagang menyusut 4.2 peratus.
Topic Berkaitan
#E-dagang
#online shopping
#kedai pengalaman
#nilai jualan online
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan