Jualan kenderaan di Malaysia merosot sebanyak 62 peratus kepada 22,960 unit pada Mei 2020 daripada 60,760 unit pada bulan sama tahun lepas.
Dalam kenyataan hari ini, Persatuan Automotif Malaysia (MAA) berkata jumlah jualan yang rendah itu berikutan sentimen pengguna yang berhati-hati dan hakikat bahawa Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia yang hanya menyambung semula pendaftaran kereta penumpang baharu bermula 13 Mei.
MAA berkata pengeluaran turut susut kepada 12,286 unit pada bulan tersebut berbanding 51,454 unit pada Mei 2019.
"Jumlah jualan pada Jun 2020 akan lebih tinggi daripada Mei 2020 berikutan perniagaan yang disambung semula selepas menarik balik sekatan untuk kebanyakan aktiviti ekonomi.
"Kehadiran ke bilik pameran kereta turut meningkat selepas pengumuman kerajaan mengenai pengecualian cukai jualan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 22 2020

MAA berkata pengeluaran turut susut kepada 12,286 unit pada bulan Mei berbanding 51,454 unit pada Mei 2019. - Gambar hiasan

Jaringan Leandro, Bergson bantu JDT atasi Sri Pahang FC
Jaringan dua pemain import Leandro Velazquez dan Bergson da Silva menghadiahkan kemenangan kesembilan buat Johor Darul Ta'zim (JDT).

COVID-19 | Peningkatan kes global membimbangkan - WHO
Jumlah kes COVID-19 global setiap minggu meningkat hampir dua kali ganda sepanjang dua bulan lepas. Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata, jumlah kes baharu ketika ini semakin hampir mencecah kadar jangkitan tertinggi yang pernah direkodkan dalam pandemik ini.

Kelindan lori terlibat kemalangan dengan ambulans meninggal dunia
Kelindan lori yang terlibat dalam kemalangan dengan sebuah ambulans membawa pesakit COVID-19, maut ketika menerima rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar, pada Jumaat.

Iklan Judi Raya | Pelakon akui silap, patut ambil tahu isi kandungan
Pelakon iklan kontroversi Hari Raya yang tular pada Jumaat, tampil membuat penjelasan dan mengakui dia serta pelakon-pelakon lain yang terlibat, tidak tahu iklan itu dikaitkan dengan aktiviti judi. Saifullah Mohd Yunus mendedahkan kepada MStar, dia hanya mengetahui iklan terbabit mempromosikan perjudian dalam talian selepas 70 peratus proses penggambaran selesai.

Video Tular | Iklan judi hina agama Islam - JAKIM
Kandungan video dipercayai mengandungi iklan judi sempena Hari Raya Aidilfitri menimbulkan kegusaran dan rasa tidak senang dalam kalangan masyarakat khususnya umat Islam di negara ini.

Bazar Ramadan | MBPP keluarkan 23 notis amaran
23 notis amaran dikeluarkan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) kepada penganjur =bazar Ramadan di negeri itu yang gagal memastikan prosedur operasi standard (SOP) sepanjang tempoh tiga hari Ramadan.

Takziah | Jenazah Abu Bakar selamat dikebumikan
Jenazah pelakon veteran Abu Bakar Omar, 72 tahun, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Akar Peluru di Alor Setar, pada 5.40 petang Jumaat. Terdahulu, jenazah Allahyarham dibawa ke Masjid Al Ghufran, Jalan Pegawai dari kediamannya di Jalan Bukit Nyamuk, Kuala Nerang untuk disembahyangkan.

COVID-19 | PKPD di 4 lokaliti di Sabah, Kelantan dan Pahang
Kerajaan bersetuju melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di empat lokaliti di Sabah, Kelantan dan Pahang. Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan, PKPD itu membabitkan dua kawasan di Sabah dan masing-masing satu kawasan di Kelantan dan Pahang.

Kematian | Kanak-kanak maut lemas jatuh bendang
Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun ditemui lemas selepas terjatuh ke dalam lubuk air sedalam dua meter ketika berbasikal berhampiran sawah padi di Kampung Hutan Kandis, Arau. Ketua Polis Daerah Arau SUPT Nanda Maarof berkata, kejadian berlaku pada 6.30 petang Jumaat.

Kematian | Kanak-kanak 9 tahun ditemui maut
Seorang kanak-kanak perempuan berusia 9 tahun ditemui tidak sedarkan diri selepas dipercayai mengantung diri menggunakan kain pelikat di rumahnya di Flat Temenggong, Kulai pada petang Khamis.

COVID-19: PBB gesa kerajaan pertimbang cukai kekayaan
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggesa kerajaan semua negara mempertimbang untuk mengenakan 'solidariti atau cukai kekayaan' kepada golongan kaya.

Notis bankrap: Bagaimana saya mahu membayar peguam? - Najib
Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak turut mengkritik kerajaan kerana cuba memufliskannya dengan undang-undang yang tidak boleh dicabarnya.

LHDN fail notis kebankrapan terhadap Najib
Najib memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi itu di Mahkamah Rayuan yang menetapkan 16 Jun untuk mendengar rayuannya.

Najib akui terima notis bankrap LHDN, anggap ia 'menambah garam ke luka ketidakadilan'
Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengakui telah menerima notis bankrap Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) berhubung ringkasan penghakiman cukai pendapatannya dari 2011 hingga 2017.

PRU15: Manifesto Barisan Nasional tidak akan seperti 'Janji Manismu' Pakatan Harapan - Ahmad Zahid
Naib Presiden UMNO Mohamed Khaled Nordin telah diberi mandat untuk merangka manifesto BN bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15

Operasi perniagaan pulih sedikit pada separuh kedua 2020 - BNM
Langkah pembendungan COVID-19 yang dilaksanakan baru-baru ini adalah kurang ketat dan lebih bersasar.

Jualan bulanan Proton cecah paras tertinggi dalam tempoh 7 tahun
Proton Holdings Bhd telah menjual sebanyak 14,989 unit kenderaan di pasaran tempatan dan eksport pada bulan Mac 2021.

Malaysia dikekalkan keahlian dalam WGBI FTSE Russell
WGBI merupakan penanda aras merangkumi penerbitan bon kerajaan dari lebih 20 negara utama di dalam pelbagai mata wang.

New York muktamad undang-undang benar jualan ganja
Persetujuan yang dicapai penggubal undang-undang pada Sabtu itu akan memperluaskan program ganja bagi tujuan perubatan.

Kos haji dijangka naik ke RM25,000
Peningkatan itu belum lagi mengambil kira kos-kos tertentu melibatkan pelaksanaan SOP norma baharu kesan daripada pandemik COVID-19.