Skip to main content

Dunia

Tiga maut dalam letupan lombong arang batu di Colombia

Sistem Penyelamat Lombong Kebangsaan telah dikerahkan ke lokasi kejadian dan sedang berusaha mengenal pasti keadaan yang membawa kepada letupan berkenaan. - Foto X/@MediaOriente
Sistem Penyelamat Lombong Kebangsaan telah dikerahkan ke lokasi kejadian dan sedang berusaha mengenal pasti keadaan yang membawa kepada letupan berkenaan. - Foto X/@MediaOriente
Advertisement

MOSCOW: Tiga pelombong maut susulan letupan di sebuah lombong arang batu di wilayah Boyaca, Colombia, kata Presiden Colombia Abelardo de la Espriella pada Jumaat, lapor Sputnik/RIA Novosti.

"Saya amat kesal dengan tragedi yang berlaku di sebuah lombong arang batu di kawasan Los Tunjos, Sativasur, Boyaca, apabila letupan meragut nyawa tiga pekerja lombong," kata de la Espriella menerusi hantaran di platform media sosial X.

Menurut kenyataan itu, pasukan daripada Sistem Penyelamat Lombong Kebangsaan telah dikerahkan ke lokasi kejadian dan sedang berusaha mengenal pasti keadaan yang membawa kepada letupan berkenaan.

Advertisement

Agensi Perlombongan Kebangsaan Colombia dalam kenyataan berasingan memaklumkan bahawa kejadian itu berlaku pada Khamis malam.

-- BERNAMA-SPUTNIK/RIA NOVOSTI

Advertisement

 

 

Must Watch Video

Advertisement