KUALA LUMPUR: Lembaga Tabung Haji (TH) terus mencatatkan rekod tertinggi dengan jumlah deposit mencecah RM88 bilion setakat Mei 2022, mencerminkan keyakinan umat Islam yang semakin kuat terhadap institusi pengurusan haji negara.
Jumlah deposit TH meningkat hampir 16 peratus kepada RM88 bilion daripada RM75.92 bilion yang direkodkan pada 31 Dis, 2020.
Menerusi Pelan Transformasi Strategik HIJRAH24, TH menyasarkan jumlah deposit sebanyak RM100 bilion.
Pemangku Pengarah Eksekutif Operasi Mohamed Ameen Abdul Wahab berkata peningkatan itu sesuatu yang agak ketara apabila deposit bersih bulanan juga mencecah lebih RM1 bilion.
"Untuk rekod, TH telah mencatatkan deposit bersih sebanyak RM1.1 bilion bagi April 2022, antara deposit bersih bulanan tertinggi setakat ini, menggambarkan keyakinan orang Islam di Malaysia terhadap TH," katanya kepada Bernama.
TH mengumumkan agihan keuntungan selepas zakat sebanyak 3.10 peratus bagi 2021 yang memberi manfaat kepada lebih 8.4 juta pendepositnya melibatkan jumlah agihan RM2.46 bilion berbanding RM2.24 bilion yang diagih pada 2020, peningkatan sebanyak RM219 juta.
Beliau berkata TH sentiasa komited untuk menambah baik perkhidmatan dalam usaha menggalakkan seluruh umat Islam di Malaysia agar mempunyai akaun TH.
Setakat ini, kira-kira 55 peratus umat Islam di Malaysia masih belum mempunyai akaun TH, katanya.
"Jumlah pendeposit TH hari ini kira-kira 8.5 juta manakala jumlah orang Islam di Malaysia mengikut perangkaan 2020 adalah lebih kurang 18.9 juta. Kira-kira 45 peratus rakyat Malaysia beragama Islam adalah pendeposit TH.
"TH ditubuhkan untuk membantu dan menguruskan umat Islam Malaysia mengerjakan haji yang merupakan antara tuntutan dalam rukun Islam. Maka, penting untuk semua orang Islam Malaysia membuka akaun serta mendaftar haji (mereka yang mampu). Kuota (giliran) haji pula ditentukan oleh pihak lain," katanya.
Mohamed Ameen berkata deposit daripada simpanan akan dilaburkan untuk memperoleh keuntungan yang kemudiannya akan dizakatkan.
"Pada 2021, TH telah menyerahkan zakat berjumlah RM106 juta untuk golongan asnaf di seluruh negara.
"Sekiranya 55 peratus orang Islam Malaysia yang belum mempunyai akaun TH ini membuka akaun, saiz deposit akan lebih berkembang dan lebih banyak keuntungan boleh dijanakan untuk membantu lebih ramai asnaf di seluruh negara," katanya.
Beliau berkata TH juga telah menambah baik perkhidmatan selari dengan kehendak pengguna, dengan pembukaan akaun boleh dilakukan secara dalam talian malah pemohon hanya perlu hadir di mana-mana cawangan TH di seluruh negara untuk pengesahan biometrik sahaja.
TH kini telah automasikan kesemua perkhidmatan yang ditawarkan di cawangan, dalam bentuk digital atau dalam talian, katanya.
Beliau berkata justeru, kesemua perkhidmatan yang boleh dilakukan di cawangan TH sama ada transaksi kewangan mahupun haji kini boleh dilakukan secara dalam talian.
"Tahun ini, julung kalinya, TH mengeluarkan tawaran haji secara dalam talian melalui aplikasi THiJARI dan jemaah boleh menjawab tawaran tersebut melalui aplikasi yang sama, tanpa perlu hadir ke cawangan untuk menyerahkan borang penerimaan tawaran.
"Mereka hanya perlu datang ke cawangan untuk menyerahkan pasport dan buku rawatan," katanya.
Beliau berkata TH berwawasan perkhidmatan di TH harus menjadi lebih baik atau sekurang-kurangnya setara dengan industri.
"Pendeposit-pendeposit kami terdiri daripada pelbagai segmen. Justeru, apabila kita mahu memperkenalkan satu platform digital, ia haruslah menyeluruh untuk pelbagai segmen," katanya.
Platform digital THiJARI yang dilancarkan sejak Februari 2020 kini mencapai lebih 1.5 juta pengguna dan lebih 1.0 juta pengguna aplikasi telefon bimbit, katanya
"Setiap hari kami menerima hampir 90,000 transaksi dalam talian. Angka ini menggambarkan penerimaan pendeposit terhadap usaha yang telah kami laksanakan," katanya.
Mohamed Ameen berkata sekiranya terdapat pendeposit yang kurang mahir dengan perkhidmatan dalam talian, mereka masih boleh menikmati semua perkhidmatan secara tradisional di kaunter cawangan-cawangan TH.
"Kami juga mempunyai satu lagi saluran di mana kami bekerjasama dengan rakan-rakan bank kami iaitu Bank Islam, Bank Rakyat, Maybank, CIMB dan yang terbaharu, AmBank," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 30 2022
Jumlah pendeposit TH setakat hari ini ialah kira-kira 8.5 juta, bermakna, kira-kira 55 peratus umat Islam di Malaysia masih belum mempunyai akaun TH. - Gambar fail
Sultan Selangor berkenan lancar Tabung Pembangunan Ehsan Selangor-Gaza
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini berkenan melancarkan Tabung Pembangunan Ehsan Selangor-Gaza.
PADU: Keraguan pengguna patut menjadi satu mesej yang kerajaan kena faham - Pakar
Masalah itu tercetus akibat kurangnya komunikasi yang cermat dan akhirnya, ia membawa kepada pemahaman yang bersegmen dan kompleks.
Jumlah korban serangan di dewan konsert Rusia meningkat kepada 143
Jumaat lepas, sekumpulan lelaki bersenjata melepaskan tembakan rambang di Dewan Bandaraya Crocus, Krasnogorsk dalam Wilayah Moscow.
Kerjasama dua hala India-Malaysia bergantung kepada kepercayaan, kebolehpercayaan bersama - Menteri Luar
Memupuk kepercayaan dan kebolehpercayaan bersama sebagai asas untuk kerjasama dua hala antara India dan Malaysia adalah sangat penting, kata Menteri Luar India, Dr S. Jaishankar.
AWANI 7:45 [28/03/2024] - 75 peratus pemegang akaun keldai | Sakit mata, sakit hati | Bayar agihan pendapatan | Elak serbuan saat akhir
#AWANI745 malam ini bersama Essan Yahya;
1. Scammer! Dalam tiga bulan, lebih empat ribu ditahan
2. Hati jadi sakit, lambakan kereta terbiar depan rumah... Gempur745 siasat
3. PNB agih pendapatan RM0.67 bilion
4. Tambahan 300 kaunter PADU seluruh negara
1. Scammer! Dalam tiga bulan, lebih empat ribu ditahan
2. Hati jadi sakit, lambakan kereta terbiar depan rumah... Gempur745 siasat
3. PNB agih pendapatan RM0.67 bilion
4. Tambahan 300 kaunter PADU seluruh negara
AWANI Ringkas: Rusuhan di bazar Ramadan
AWANI Ringkas
PM Anwar beri bayangan tiada 'cuti tambahan' sempena sambutan Aidilfitri
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim beri bayangan tiada cuti tambahan diberikan menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri yang dijadual pada 10 April depan.
UAE lancar kempen derma lebihan makanan sepanjang Ramadan
Emiriah Arab Bersatu (UAE) menerusi UAE Food Bank melancarkan kempen menderma lebihan makanan sepanjang ramadan kepada mereka yang memerlukan.
Pelapor Khas PBB terima ugutan
Pelapor Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Francesca Alabanese mendedahkan menerima ugutan ketika cuba mengumpulkan bukti genosid dilakukan Israel di genting Gaza.
Pentadbiran Biden arah semua agensi persekutuan AS lantik ketua pegawai AI
Pentadbiran Presiden Joe Biden telah mengarahkan semua agensi persekutuan negara itu melantik seorang ketua pegawai Kecerdasan Buatan (AI) untuk menyelia semua teknologi berkaitan.
TH terima permohonan maaf pengadu, dakwaan wang hilang selesai
TH menerima permohonan maaf daripada seorang bekas pegawai kanan kerajaan yang sebelum ini mendakwa wang lebih RM30,000 dalam akaun TH miliknya hilang.
TH diarah perkukuh keselamatan aplikasi THiJARI
Mohd Naim berkata, TH telah membuat laporan polis berhubung dakwaan wang lesap melibatkan aplikasi THiJARI.
Pendeposit diingatkan tidak buka mesej, hantaran meragukan - TH
Sebelum ini media melaporkan seorang bilal sebuah masjid di Ulu Yam Bharu, Hulu Selangor kerugian RM12,000 selepas wang di dalam akaun TH miliknya disyaki dipindah ke akaun milik orang lain.
Dividen Tabung Haji dijangka umum April ini - Mohd Na'im
Pengumuman dan agihan dividen Tabung Haji (TH) bagi tahun kewangan 2023 dijangka pada April ini iaitu setelah audit penuh dijalankan.
TH sangkal dakwaan agih kuota haji kepada PJH
Kuota haji berjumlah 31,600 yang telah diberikan kerajaan Arab Saudi adalah mengikut sistem pendaftaran haji terbuka berdasarkan konsep "Mendaftar Dahulu, Didahulukan".
Peningkatan kos haji disebabkan beberapa faktor - Zulkifli
Kenaikan kos haji kali ini adalah wajar dan masih berpatutan berikutan kos ditanggung oleh Lembaga Tabung Haji (TH) semakin bertambah.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 19 Januari 2024.
Kerajaan beri bantuan RM1,000 untuk jemaah haji Muassasah golongan B40
Jemaah haji Muassasah golongan B40 akan membayar kos haji berjumlah RM12,356, berbanding RM13,356 yang ditetapkan kerajaan sebelum ini.
Bayaran haji B40 tahun ini RM12,356 - TH
TH mengumumkan kadar bayaran bagi bakal haji muassasah kumpulan B40 yang akan menunaikan ibadah itu buat kali pertama, ditetapkan pada RM12,356 seorang tahun ini.
31,600 jemaah terima surat tawaran, TH biaya kos RM350.1 juta
Seramai 31,600 jemaah Haji bagi tahun 1445 Hijri bersamaan 2024 Masihi bakal menerima surat tawaran haji bermula 19 Januari 2024.