SATU tarikan utama pelawat yang melancong ke Sabah ialah menjamu selera di restoran-restoran makanan laut yang terkenal.
Disukai bukan sahaja segar tetapi juga berharga berpatutan!
Walau bagaimanapun, jenis-jenis makanan lain juga telah menjadi popular dalam kalangan pelancong dan juga penduduk tempatan.
Satu daripada makanan yang semakin menjadi popular ialah makanan dan hidangan tulen Mesir.
Kafe makanan warisan Mesir yang pertama di Sabah iaitu 10 'N GO, membuka pintunya pada tahun 2021 oleh pasangan suami isteri, Ahmed Yousry dan Shayma Arafa.
Keluarga mereka mempunyai sejarah yang lama dan reputasi dalam perniagaan makanan serta pengurusan kafe di Iskandariah, Mesir.
Ahmed berkata, Mesir sememangnya terkenal dengan warisan dan sejarah purbanya tetapi sejarah asal-usul masakan Mesir masih lagi terpelihara hingga ke hari ini.
Menurutnya, bagi memastikan rasanya kekal sama, setiap hidangan asli Mesir yang disediakan oleh 'masterchef' menggunakan bahan-bahan masakan asli yang berasal dari Mesir.
''Sekiranya anda berpeluang melawat Mesir, apa yang anda nikmati di kafe keluarga kami, rasanya pasti sama dengan masakan kami di Kota Kinabalu," kata Ahmed kepada DagangNews.com baru-baru ini.
"Saya mahu memastikan bahawa pelanggan kami dapat menikmati rasa sebenar Mesir dan masakan terbaik yang digemari sejak turun temurun dan pada masa yang sama harga makanan kami juga adalah berpatutan bagi memastikan pelanggan kami sentiasa gembira.
"Masakan Mesir terkenal kerana campuran ramuan dan rempah ratusnya yang unik dan semua bahan ini diimport dari Mesir untuk memberikan rasa keaslian masakan yang sebenar," kata Ahmed.
Sebagai kafe Mesir yang pertama di Sabah, beliau berkata, isterinya Shayma Arafa adalah 'Masterchef' yang menyediakan semua resipi hidangan istimewa Mesir.
Kafe yang berkonsepkan kasual ini terletak di 88 Marketplace, Kota Kinabalu dan menawarkan pelbagai jenis hidangan asli Mesir seperti Kushari, Halloumi, Simit, Kunafa, Shawarma, Nasi Mandy, dan lain-lain lagi, serta pelbagai jenis hidangan pencuci mulut dan minuman yang menyegarkan.
Ahmed merupakan graduan MBA dari Universiti Iskandariah, ramuan utama dibawa dari Mesir yang membolehkan 'masterchef' menghidangkan pengalaman makanan Mesir yang terbaik kerana di sebalik setiap hidangan masakan Mesir terdapat kisah yang menarik.
Ahmed berkata, pelanggan boleh memilih menu ala-carte atau hidangan kombo untuk menikmati pelbagai jenis hidangan dan untuk maklumat lanjut boleh layari laman web kami. - DagangNews.com
Dagang News
Sun Feb 27 2022
Ahmed Yousry dan Shayma Arafa di hadapan kafe 10 'N Go, Kota Kinabalu. -Dagang News
ERL, DK SCHWEIZER umum kerjasama sedia kerusi kulit premium untuk VIP KLIA Ekspres
Kerjasama itu merupakan pencapaian penting bagi kedua-dua syarikat dengan memanfaatkan kelebihan masing-masing.
Pendapatan lebih RM1 bilion, Ronaldo kekal atlet terkaya dunia - Forbes
Pemain berusia 39 tahun itu memperoleh pendapatan AS$260 juta (RM1.22 bilion) - meningkat daripada AS$136 juta (RM637 juta) - sejak 12 bulan lalu.
LKM sasar 10,000 hektar tanaman koko dalam lima tahun
LKM menggalakkan lebih ramai pemilik ladang kecil termasuk petani mengusahakan tanaman koko bagi mencapai sasaran keluasan tanaman komoditi itu.
Gunung berapi Ile Lewotolok Indonesia meletus, paksa Wings Air batal pendaratan
Sebuah pesawat Wings Air di laluan Kupang-Wunopito Lembata dengan 40 penumpang sepatutnya mendarat di lapangan terbang pada jam 11 pagi.
Jalan rosak di Johor berbaki 979 daripada 2,642 lokasi dikenal pasti
Sebanyak 1,075 kawasan jalan rosak telah dibaiki tahun lepas dan 588 lokasi lagi akan dibuat sepanjang tahun ini.
Imigresen Kelantan dakwa 15 pendatang di Mahkamah Sesyen Khas
Kesemua pendatang yang berusia antara 19 hingga 48 tahun itu ditangkap dalam Op Kutip sekitar Kota Bharu dan Bachok pada 3 Mei.
Semakan lengkap industri pertengahan kewangan sedang dijalankan - BNM
Kajian semula yang lebih menyeluruh terhadap industri pengantara kewangan sedang dijalankan, kata Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia.
Piala FA 2024: Laluan mudah buat juara bertahan JDT
Melalui undian, JDT dilihat meraih lawan mudah dengan mengetuai 12 lagi pasukan Liga Super serta tiga pasukan daripada Liga A1 Semi Pro.
Dua wanita cedera, kereta terbalik dalam longkang di Lebuhraya WCE
Empat mangsa dalam kereta itu merupakan dua wanita dewasa, seorang lelaki dewasa dan seorang kanak-kanak perempuan.
Menteri China, Liu Jianchao bertemu pegawai kanan PKR diketuai Nurul Izzah
Malaysia sangat mementingkan hubungan dengan China dan pencapaian luar biasa China dalam pembangunan ekonomi dan sosial amat mengagumkan.
Kafe makanan warisan Mesir pertama di Sabah
Bagi memastikan rasanya kekal sama, setiap hidangan asli Mesir yang disediakan oleh 'masterchef' menggunakan bahan-bahan asli dari Mesir.