awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KDNK 2025 Malaysia dijangka kekal stabil pada 5 peratus - CIMB Securities

Bernama
Bernama
13/01/2025
13:30 MYT
KDNK 2025 Malaysia dijangka kekal stabil pada 5 peratus - CIMB Securities
Menurut CIMB Securities, pertumbuhan IPP Malaysia yang naik kepada 3.6 peratus tahun ke tahun pada November (Okt 24: +2.0 peratus), sejajar dengan jangkaan pasaran. - Gambar hiasan/Bernama
KUALA LUMPUR: Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia dijangka kekal stabil pada kadar lima peratus pada 2025, selaras dengan sasaran kerajaan antara 4.5 dan 5.5 peratus, menurut CIMB Securities Sdn Bhd.
Katanya unjuran itu berdasarkan permintaan luaran yang pulih secara berterusan disokong oleh kitaran teknologi global yang meningkat selain perbelanjaan domestik yang kukuh didorong oleh pelaburan yang baik dan perbelanjaan pengguna yang berdaya tahan.
"Bagaimanapun, risiko meningkat. Potensi ketegangan perdagangan meningkat dijangka menaikkan tekanan inflasi global, yang boleh menyebabkan bank-bank pusat global mengambil pendekatan lebih berhati-hati terhadap penurunan kadar faedah, berpotensi menjejaskan prospek pertumbuhan.
"Kami mengekalkan unjuran pertumbuhan KDNK 2024 sebanyak 5.2 peratus dalam unjuran kerajaan yang disemak semula antara 4.8 dan 5.3 peratus," katanya dalam nota penyelidikan hari ini.
Menurut CIMB Securities, pertumbuhan Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPP) Malaysia yang naik kepada 3.6 peratus tahun ke tahun pada November (Okt 24: +2.0 peratus), sejajar dengan jangkaan pasaran.
Katanya pertumbuhan meningkat didorong oleh pengeluaran pembuatan dan penjanaan elektrik yang kukuh, di samping penurunan dalam pengeluaran perlombongan.
"Walaupun terdapat cabaran dalam sektor pembuatan, sektor perkhidmatan yang mencatatkan prestasi kukuh dapat membantu mengimbangi kelemahan ini," katanya.
Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) dijangka mengeluarkan anggaran KDNK suku keempat 2024 Jumaat ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#KDNK
#Inflasi
#CIMB
#pelaburan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan